• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 16, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Dewan Negara Lulus Empat Rang Undang-Undang

in Berita
A A
Dewan Rakyat Lulus Tujuh Usul Kementerian Kewangan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) — Dewan Negara hari ini meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan kastam, eksais, zon bebas dan cukai pelancongan.

RUU tersebut adalah RUU Kastam (Pindaan) 2022, RUU Eksais (Pindaan) 2022, RUU Zon Bebas (Pindaan) 2022 dan RUU Cukai Pelancongan (Pindaan) 2022.

Timbalan Menteri Kewangan II  Yamani Hafez Musa ketika menggulung usul perbahasan RUU Kastam (Pindaan) 2022 berkata pindaan tersebut bagi tujuan menambah baik perundangan percukaian negara, selari dengan perubahan semasa perniagaan.

“Semua perkara yang kita pinda ini, kita buat melalui pandangan dan maklum balas daripada pelanggan dan ia lebih kepada memudahkan pelanggan untuk memenuhi obligasi mereka sebagai pencukai tanpa diberi denda, kerana kalau akta lama, mereka didenda.

“Saya rasa lebih baik kita belajar daripada krisis COVID-19 ini di mana ada Perintah Kawalan Pergerakan, saya rasa tidak adil untuk mereka diberi denda dan kita perlu beri kuasa kepada menteri untuk pastikan mereka ini diberi sedikit kelonggaran supaya boleh membayar kerana mereka ini sebenarnya adalah pembayar cukai yang baik, bukan sengaja tidak dibayar,” katanya.

Yamani Hafez berkata RUU Eksais (Pindaan) 2022 dilaksanakan bagi memasukkan peruntukan baharu yang membolehkan fasilitasi tertentu diberikan kepada pembayar cukai ketika berlakunya kecemasan awam atau krisis kesihatan awam. 

Selain itu, beliau berkata RUU Zon Bebas (Pindaan) 2022 dilakukan bagi memasukkan peruntukan baharu bagi kelonggaran pihak industri dan kerajaan untuk melaksanakan obligasi yang perlu disempurnakan dalam tempoh tertentu ketika kecemasan awam atau krisis kesihatan awam. 

RUU Cukai Pelancongan (Pindaan) 2022 pula dilakukan bagi memasukkan peruntukan baharu yang membolehkan fasilitasi tertentu diberikan kepada pembayar cukai ketika kecemasan awam atau krisis kesihatan awam.

Sementara itu, sebelum sesi persidangan hari ini ditangguh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata cadangan supaya Jawatankuasa Pilihan Khas menimbang terlebih dahulu pelantikan Ahli Dewan Negara tidak pernah diamalkan oleh mana-mana negara Komanwel yang mempunyai Perlembagaan seperti Malaysia.

Malah, katanya cadangan supaya fungsi jawatankuasa itu untuk menimbang pelantikan Ahli Dewan Negara adalah tidak selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.  

“Pelantikan Ahli Dewan Negara dalam Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan adalah kuasa prerogatif untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong. 

“Saya setuju pelantikan Ahli Dewan Negara perlu memberi nilai tambah kepada institusi Parlimen dengan mengambil kira kepakaran dan kelayakan individu dan saya yakin Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) meneliti perkara ini serta kerajaan mengalu-alukan cadangan menambah baik kriteria Ahli Dewan Negara,” katanya.

Terdahulu, Senator Datuk A. Kesavadas membawa usul mencadangkan pemilihan Ahli Dewan Negara dipertimbangkan melalui Jawatankuasa Pilihan Khas dan separuh daripada pelantikan senator oleh Yang di-Pertuan Agong diagihkan kepada individu bukan bipartisan.

Persidangan Dewan Negara bersambung esok. 

— BERNAMA

Share215ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

10 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In