• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 23, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Dana Asing Pembeli Ekuiti Tempatan Pada 7-11 Sept

in Berita
A A
Dana Asing Pembeli Ekuiti Tempatan Pada 7-11 Sept

Sumber Gambar : LinkedIn Bank Islam

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) — Sebulan selepas menyaksikan aliran keluar dana, kalangan pelabur asing sebaliknya kembali ke pasaran tempatan dengan menjadi pembeli bagi tempoh 7-11 Sept lepas dengan menyuntik kira-kira RM71.2 juta ekuiti bersih dalam pasaran tempatan berbanding jualan bersih RM589.4 juta sepanjang minggu sebelumnya.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim menyifatkan aliran masuk dana lebih baik itu akan terus memulihkan keyakinan pelabur terhadap pasaran ekuiti Malaysia susulan persekitaran politik yang lebih jelas di negara ini.

“Kita akan menyaksikan pilihan raya negeri Sabah pada bulan ini yang saya percaya menjadi isyarat politik yang jelas,” katanya kepada Bernama.

Berkaitan

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

Masa Tepat Laksanakan Pembaharuan Subsidi, Perlukan Strategi Tangani Halangan — Pakar Ekonomi

Pelabur asing memulakan minggu berkenaan dengan mengeluarkan RM72.3 juta ekuiti bersih tempatan pada Isnin susulan kemerosotan pasaran saham China dan Hong Kong selepas pegawai Amerika Syarikat (AS) mengumumkan negara itu menimbang untuk menyenaraikan Semiconductor Manufacturing International Corp yang tersenarai di Hong Kong, sebagai dagangan disenaraihitam.

Paras jualan asing bersih susut kepada RM11.5 juta pada Selasa walaupun Presiden AS Donald Trump membangkitkan kemungkinan mengasingkan ekonominya daripada China.

Presiden itu turut mengugut untuk menyekat mana-mana syarikat yang melakukan usaha penyumberan luar kerja kepada China, daripada menerima kontrak kerajaan Persekutuan selain berikrar untuk mengembalikan pekerjaan dan rantaian bekalan ke AS jika berjaya memenangi semula pemilihan Presiden pada November depan.

Dalam pada itu, momentum aliran keluar bersih asing yang lebih perlahan pada Selasa juga seiringan dengan peningkatan 0.2 peratus indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berikutan lonjakan pada saat-saat akhir yang membantu indeks mengatasi penurunan sebelumnya.

Ini turut memacu indeks penanda aras itu mencecah paras di bawah 1,500 berikutan pelbagai faktor seperti harga minyak mentah lebih rendah dan jangkaan keputusan kadar faedah oleh Bank Negara Malaysia (BNM) minggu ini.

Menurut Adam, dana-dana asing itu terbukti kembali ke Bursa Malaysia pada Rabu apabila bertindak membeli ekuiti-ekuiti tempatan bernilai RM58.9 juta susulan aktiviti jualan ketara membabitkan saham-saham teknologi semalaman di Wall Street.

“Bagaimanapun, institusi dana tempatan membuat pengeluaran bersih RM249.2 juta juta pada Rabu berikutan kebimbangan kelewatan pembangunan vaksin COVID-19.

“Susulan itu, bursa tempatan ditutup di bawah paras 1,500 iaitu 1,496.7 mata pada hari sama – satu tahap yang tidak dilihat sejak akhir Jun lepas,” katanya.

Momentum belian asing juga ketara pada Khamis lepas berikutan pemulihan semalaman saham-saham AS selepas mengalami penyusutan tiga hari berturut-turut apabila pembeli berpusu-pusu membeli saham-saham teknologi yang susut dan menyebabkan Nasdaq 100 mencecah paras tertinggi sejak April lepas.

Bagaimanapun, pada hari sama FBM KLCI susut sedikit sebanyak 0.4 peratus berikutan jualan ketara membabitkan kaunter sarung tangan, sekaligus memberi kesan terhadap impak susulan tindakan BNM mengekalkan kadar dasar semalaman pada 1.75 peratus yang disifatkan positif terhadap sektor perbankan dari segi margin faedah bersih.

Adam berkata aktiviti belian bersih asing ternyata lebih perlahan pada Jumaat apabila mencecah RM1.3 juta bersih berikutan aktiviti membeli saham berharga rendah bagi kaunter pengeluar sarung tangan yang turut dijejaskan oleh satu lagi pusingan penjualan saham-saham teknologi di Wall Street.

Bagaimanapun, bursa tempatan berjaya menokok 1.0 peratus untuk ditutup melebihi 1,500 mata pada Jumaat, katanya.

Bagi perbandingan setakat tahun ini, dana asing telah melepaskan sejumlah RM20.85 bilion ekuiti asing, mengatasi aliran masuk bersih RM19.49 bilion pada 2015.

Malah, berbanding pasaran lain di ASEAN seperti Thailand, Indonesia dan Filipina, Malaysia mencatat aliran keluar bersih kedua tertinggi selepas Thailand yang setakat ini mencatatkan aliran keluar bersih US$8.22 bilion.

Bagi perbandingan asas Jumaat hingga Jumaat, FBM KLCI susut 11.01 mata kepada 1,504.85 berbanding 1,515.86, sebelum ini.

— BERNAMA

Share201ShareSend

Related Posts

Sektor Kuasa Malaysia Turut Terkena Bahang Perang Ukraine-Rusia
Berita

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

4 weeks ago
Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023
Berita

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

2 months ago
Kadar Inflasi Dunia Meningkat, Apa Pelabur Boleh Buat?
Berita

Masa Tepat Laksanakan Pembaharuan Subsidi, Perlukan Strategi Tangani Halangan — Pakar Ekonomi

3 months ago
Program Khas Peremitan Pendapatan Yang Disimpan Di Luar Negara
Berita

229,613 Borang B Diterima Setakat 14 Jun, Angka Masih Rendah – LHDN

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In