“Sifu kata kalau nak cari saham berpotensi carilah saham 52 week high”. Betul ke?
Saham-saham yang membuat kenaikan 52 minggu yang tertinggi sememangnya tidak dinafikan berpotensi memberi pulangan yang baik kepada para pelabur.
Terma 52 minggu tersebut digunakan kerana terdapat 52 minggu dalam setahun. Oleh itu, 52 week high bermakna saham tersebut berjaya mencapai harga tertingginya dalam tempoh 1 tahun tersebut.
Adakah anda salah seorang daripada pelabur yang sedang mencari langkah-langkah untuk mendapatkan senarai saham yang membuat kenaikan 52 minggu?
Jikaa ya, anda sedang berada di tempat yang betul kerana dalam artikel ini kami ingin kongsikan step by step cara untuk anda dapatkan saham yang membuat 52 week high.
Step 1 : Masukkan Investing.com pada Google
Step 2 : Klik pada ‘Markets’ dan kemudian klik ‘Stocks’.
Step 3 : Setelah itu klik ‘52 Week High’.
Step 4 : Tukar negara ke pasaran saham negara yang dikehendaki. Contohnya, Malaysia.
Step 5 : Senarai nama saham yang membuat 52 Week High akan terpapar.
Senarai saham di atas terpaksa ditutup bagi mengelakkan salah faham terhadap saham tersebut sebagai satu saranan belian. Lagipun, senarai saham ini akan sentiasa berubah-ubah bergantung pada prestasi saham terkini.
Walaupun saham tersebut membuat 52 week high, jangan lupa pada trading plan sebelum beli kerana trading plan akan memudahkan anda untuk merancang bila untuk entry, take profit dan cut loss.

Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke pasaran global? Rugi korang yang tak mulakan langkah pertama beli saham-saham gergasi seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi. E-book ini akan menunjukkan step by step untuk melabur saham di US dan sangat sesuai untuk :-
1. Nak cuba-cuba melabur saham global
2. Nak buat duit ekstra dalam USD
*E-book ini tidak melibatkan dagangan Forex, Option, CFD, binary dan instrumen-instrumen lain yang tidak patuh syariah.
Miliki sekarang, RM77 sahaja. Kami yakin anda akan puas hati. Klik thekapital.my/DariMalaysiakeWallStreet