• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, January 31, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Bukan Harga iPhone Je Diskaun, Harga Saham Apple Pun Tengah Diskaun

in Catalyst, Saham Global
A A
Bukan Harga iPhone Je Diskaun, Harga Saham Apple Pun Tengah Diskaun
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

“Apple bakal melancarkan iPhone 14 tidak lama lagi”

Setiap tahun peminat barangan atau produk daripada jenama Apple pasti ternanti-nanti akan pelancaran baru daripada syarikat ini.

Berdasarkan tarikh-tarikh sebelum ini, bulan September merupakan bulan keramat untuk syarikat ini yang biasanya akan menjadi bulan pelancaran produk mereka.

Sumber: Apple.com

Tahun ini, tarikh 7 September 2022 dipilih untuk syarikat Apple melancarkan produk terbaru mereka.

Berkaitan

Kenapa Harga Saham Apple Jatuh?

Airasia X Mencatat Sejumlah 417,195 Penumpang Yang Diterbangkan Pada Tahun Kewangan 2022

MAHB Catat 83.9 Juta Penumpang Pada 2022, Naik 59.4 Peratus

Apa yang menariknya kali ini, dikhabarkan harga permulaan untuk iPhone 14 adalah lebih murah berbanding harga iPhone 13 semasa ianya dilancarkan.

Biar Betul Harga iPhone 14 Lagi Murah?

Sumber: Forbes

Menurut laporan daripada Forbes, satu kejutan luar biasa daripada Apple apabila syarikat ini dijangkakan akan menjual iPhone model terbarunya ini dengan harga yang lebih murah berbanding harga pelancaran iPhone 13 sebelum ini.

Harga iPhone 14 dijangkakan akan dijual bermula pada harga USD749, murah USD50 berbanding iPhone 13 yang dijual pada harga USD799 pada pelancarannya tahun sebelum ini.

Untuk model iPhone 14 Pro pula, para penganalisa harga menjangkakan harganya dijangka akan naik sebanyak USD100 berbanding modelnya sebelum ini.

Namun menurut laporan terbaru, harga iPhone 14 Pro mungkin akan naik hanya USD50 sahaja. Kurang USD50 daripada yang dijangkakan sebelum ini.

Benar atau tidak, semua akan terjawab pada 7 September 2022 ini. Ada yang bakal tak tidur malam ke menantikan pelancaran iPhone baru ni?

Harga Saham Apple Pun Tengah Diskaun

Bukan hanya iPhone 14 yang memberikan diskaun, saham syarikat yang mempunyai nilai pasaran sebanyak USD2.5 trilion ini juga dilihat sedang murah.

Sumber: Google Finance

Harga tertinggi saham Apple pada tahun 2022 ini mencecah USD182.01 seunit pada awal Januari 2022. Harga saham Apple ini juga pernah jatuh sehingga ke paras USD129.04 seunit pada 16 Jun 2022.

Ketika artikel ini ditulis, harga seunit saham Apple adalah pada paras USD155.81 seunit. Adakah saham ini sedang undervalue?

Sumber: CNN Business

Seramai 37 penganalisa pasaran meramalkan secara puratanya harga sasaran saham Apple ini adalah pada USD185 seunit atau sasaran yang lebih tinggi pada USD220 seunit dan sasaran rendah jika saham ini jatuh adalah pada USD136 seunit untuk 12 bulan akan datang.

Berbaloi ke beli saham Apple sekarang ini? Kalau penganalisa pasaran betul, pelabur mampu meraih keuntungan sekitar 18.7% dan jika saham ini terus jatuh, pelabur pula akan rugi sekitar 12.7%.

Anda rasa bagaimana? Nak beli iPhone 14 Pro Max atau saham Apple seunit dua?

Keputusan di tangan anda! Selamat melabur.

Nak Kejar Saham Wall Street Yang Bakal Naik?

Baru mula melabur dalam pasaran US? 

Tak tahu nak pilih saham yang baik di pasaran US?

Selalu terlepas beli saham yang dah meroket?

Kami tahu kebanyakan buku-buku saham global yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…

Jangan risau…

Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang senang faham dalam Bahasa Melayu.

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

1. Apa Itu Leader & Laggard

2. Mengapa Perlu Mengenal Pasti Leader & Laggard

3. Cara Mengenal Pasti Kaunter Leader & Laggard

4. Contoh Perbandingan Leader & Laggard Saham Wall Street

5. Senarai 10 Sektor Saham di Wall Street

6. 100 Contoh Saham Leader & Laggard Wall Street

Bila dah ada ilmu tentang Leader & Laggard, kita dah tak perlu pening nak kejar saham.

E-book ini sangat sesuai bagi yang serius nak buat duit USD melalui pasaran saham Wall Street.

Dapatkannya eBook Leaders and Laggards Wall Street sekarang -> https://thekapital.my/leaderslaggards-wallstreet

Share326ShareSend

Related Posts

Kenapa Harga Saham Apple Jatuh?
Saham Global

Kenapa Harga Saham Apple Jatuh?

8 hours ago
Saham AAX Jadi Tumpuan Susulan Berita Mengenai Pelan Pemulihan
Catalyst

Airasia X Mencatat Sejumlah 417,195 Penumpang Yang Diterbangkan Pada Tahun Kewangan 2022

1 day ago
Malaysia Airport MAHB
Catalyst

MAHB Catat 83.9 Juta Penumpang Pada 2022, Naik 59.4 Peratus

1 day ago
Anak Syarikat Sarawak Consolidated Industries Peroleh Kontrak Tiang Lampu Bernilai RM30.75 Juta
Catalyst

SCIB Tarik Diri Daripada Projek Hospital Pakar Di Johor Bahru

4 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In