Kajian menunjukan bahawa kejayaan seorang pelabur adalah berdasarkan kepada tiga perkara iaitu emosi, saiz posisi pelaburan atau position sizing dan juga teknik yang digunakan. Emosi pelabur memainkan peranan sebanyak 60% untuk sesorang pelabur itu berjaya, 30% pula terletak pada teknik position sizing dan hanya 10% berdasarkan teknik pembelian sama ada kajian fundamental atau kajian teknikal.
Emosi pelabur adalah merupakan perkara yang sangat subjektif untuk dibincangkan, tetapi teknik position sizing ini adalah sesuatu yang objektif dan mampu untuk dibincangkan. Teknik position sizing ini membantu kita membuat perancangan berapakah jumlah unit saham yang patut kita beli berdasarkan modal yang kita miliki. Idea di sebalik teknik ini adalah untuk kita mempelbagaikan saham di dalam portfolio kita dengan jumlah yang betul.
Jadi, mari kita lihat bagaimana untuk menggunakan teknik saiz posisi ini dalam pelaburan kita.
Komponen Penting Untuk Membuat Position Sizing
Ada tiga komponen penting untuk kita membuat position sizing. Tiga komponen tersebut adalah modal pelaburan, tahap toleransi risiko yang sanggup diterima dan juga keuntungan pelaburan yang diharapkan.
Modal pelaburan ini bergantung kepada individu itu sendiri, yang penting kita tidak menggunakan duit simpanan kecemasan atau duit pinjaman untuk memulakan pelaburan.
Risiko juga bergantung kepada seseorang individu, untuk pelabur yang mempunyai tahap penerimaan risiko yang rendah, kita boleh tetapkan risiko kerugian di antara 1% ke 3%. Untuk pelabur yang mempunyai tahap toleransi risiko yang tinggi, tetapkan risiko kerugian anda tidak lebih daripada 7%. Kita juga boleh menetapkan risiko kerugian menggunakan jumlah wang, seperti kerugian tidak lebih daripada RM300 dalam setiap pelaburan.
Keuntungan pelaburan yang ideal adalah 10% dan ke atas. Ketetapan pulangan keuntungan ini juga perlu realistik agar pengiraan position sizing ini lebih relevan. Keuntungan ini juga boleh ditetapkan dengan nisbah 1:2 dengan risiko kerugian yang sanggup diterima. Nisbah ini biasanya digunakan apabila kita membuat Trading Plan.
Kita ambil contoh seorang pelabur bernama Ali yang mempunyai modal sebanyak RM10,000 untuk pelaburan saham di Bursa Malaysia. Ali merupakan seorang yang tidak sanggup menghadapi kerugian yang besar, jadi Ali hanya sanggup untuk rugi sebanyak 3% sahaja. Pulangan yang diharapkan Ali adalah lebih daripada 10% daripada modal pelaburan.
Contoh Pengiraan Position Sizing
Jadi berdasarkan kenyataan di atas, Ali mempunyai:
Modal: RM10,000
Risiko Kerugian: 3% atau RM300

Jika Ali ingin membeli saham yang berharga RM2.00, Ali menetapkan untuk menjual saham itu sekiranya harga jatuh ke paras RM1.85, iaitu Ali bakal menanggung kerugian sebanyak RM 0.15 sesaham. Oleh itu, Ali juga perlu menetapakan keuntungan dua kali ganda daripada kerugian iaitu pada RM2.30. Ianya juga dikenali sebagai nisbah untung rugi (risk to reward ratio) sebanyak 1:2.
Harga Belian: RM2.00
Harga Jualan Kerugian: RM1.85
Untuk mengira sizing position ini kita akan mengguankan formula seperti berikut:

Pengiraan mengikut maklumat pelaburan Ali akan menjadi seperti ini:
(3% X RM10,000)/RM0.15 = 2000 Unit @ 20 lot saham.
Jika kita buat pengiraan semula, jika harga saham ini jatuh pada RM1.85, nilai semasa saham ini adalah RM3,700. Ali akan menghadapai kerugian sebanyak RM300, sama dengan tahap risiko yang Ali tetapkan diatas.
Dengan menggunakan teknik ini, Ali hanya menggunakan RM4,000 daripada modal keseluruhannya, bakinya Ali boleh membuat pengiraan yang sama untuk saham yang lain. Dengan cara ini, Ali akan mudah untuk mempelbagaikan portfolio pelaburannya.
Teknik ini lebih realistik jika kita membuat garisan support dan resistance di carta saham yang kita ingin beli. Dengan itu, kita boleh menentukan kerugian sesaham kita berdasarkan garisan support yang kita lukis. Tetapi sekiranya kita dah buat pengiraan ini semua dan harga jatuh di bawah paras Support, maka cepat-cepatlah Cut Loss ya.

Anda sedang mencari ilmu pelaburan dan perdagangan SAHAM dari asas (atau zero) sampai boleh beli jual dengan pengetahuan fundamental, teknikal dan sentimen yang komprehensif?
Kami juga dah survey, Seminar Saham yang intensif (2-3 hari), harga pasaran biasanya dalam RM2,000 – RM5,000. Hari ini kami nak tawarkan silibus yang sama hebat.
Kita akan belajar deep…
FUNDAMENTAL ANALISIS
TEKNIKAL ANALISIS
SENTIMEN
TRADING PLATFORM
SCREENER
Bahasa mudahnya, kita belajar dari kosong step-by-step!
Buat julung kalinya, kami memperkenalkan:
WEBINAR SENANG SAHAM
bersama speaker:
Tuan Eza Ezamie
COO Majalah Labur
&
Tuan Somad Albasit
Remisier M+ (Malacca Securities)
#Hari 1 : 19 Disember 2020
Sabtu, 9 pagi – 5 petang
#Hari 2 : 20 Disember 2020
Ahad, 9 pagi – 5 petang
#Hari 3 : 21 Disember 2020
Isnin, 2 petang – 5 petang
Ini adalah kelas intensif. Ini bukan kelas preview. Mana ada kelas preview sampai 3 hari?
Belajar secara santai dari rumah melalui aplikasi ZOOM.
Daftar sekarang -> http://thekapital.my/senangsaham19Dis