Dalam pelaburan ini tidak semuanya indah, rugi itu menyakitkan.
Salam semua, apa khabar?
Kalau sebelum ini Bang Din kongsikan pengalaman untung dan rugi di Bursa. Kali ini nak berkongsi pula pengalaman trade saham dekat Wall Street.
Disebabkan sejak dua menjak ini pasaran saham dekat Bursa lemau semacam, Bang Din pun nekad untuk alihkan fokus trade saham dekat Wall Street.
Bang Din pun sebenarnya baru sahaja berjinak-jinak melabur dekat Wall Street ni. Guna aplikasi MIDF Invest saja senang.
Baca: Trade Saham Global Dengan MIDF Invest? Ini Cara Mudah Untuk Buka Akaun.
Sebelum ni pernah juga untung besar dekat Wall Street bila beli saham-saham kayangan. Bang Din beli 10 unit untuk dua saham kayangan.
Selang dua bulan dapat pulangan lebih 20% daripada modal keseluruhan. Beli pukul 10.30 malam lepas tu tinggalkan dan masuk tidur.
Bila dah untung, Bang Din pun jual semuanya dan senyum sampai ke pipi.
Senang rupanya trade Wall Street ni nak dibandingkan dengan Bursa!
Bisik hati kecil Bang Din.
Lepas dah jual semua, Bang Din cari entry baru nak beli saham dekat Wall Street. Ada perhati satu saham ni, cantik sangat tapi rasa macam dah terlepas kapal.
Sumber :
Dia buat breakout masa 18 November lagi, tapi itulah, Bang Din tak beli masa tu, tahu-tahu dia naik lagi.
Jadi Bang Din pun cari lah saham lain untuk dibeli.
Sumber :
Bang Din beli pada 28 November, semasa dia buat breakout. Harga beli sekitar USD159.38 seunit. Itu pun sebab terkial-kial lagi guna apps MIDF ni. Nak beli harga murah tapi terbeli harga mahal pula.
Kali ni Bang Din all in semua modal. Dapatlah dalam 28 unit.
Tapi Bang Din steady lagi lah sebab lepas beli dia naik sampai USD160 seunit. Rasa power lah masa tu sebab rasa teknik beli bila market buka dan lepas tu terus tidur menjadi.
Sekali esoknya harga jatuh kaw-kaw wei!
Terciduk den!
Nah Bang Din belanja sikit butiran kerugian setakat hari ini. Dekat USD427 paper loss. Kalau convert ke ringgit dalam RM1,900.
Sekarang baru Bang Din tersedar, kita tak selamanya boleh untung. Sekali sekala tetap boleh rugi. Sebab tu kita selalu dinasihatkan untuk gunakan modal yang kita sanggup burn 100%.
Satu lagi pengajaran, kalau nak beli saham jangan tengok harga dekat aplikasi lepas tu tekan beli. Memang tak dapat lah harga yang kita tengok tu.
Sebabnya harga dekat aplikasi MIDF tu delay, harga pasaran gerak dulu. Itu yang terbeli mahal.
Bang Din belum jual lagi ni, sebab masih dalam risk yang Bang Din sanggup terima.
Harap kalian dapat belajar sesuatu.
Nak Kejar Saham Wall Street Yang Bakal Naik?

Baru mula melabur dalam pasaran US?
Tak tahu nak pilih saham yang baik di pasaran US?
Selalu terlepas beli saham yang dah meroket?
Kami tahu kebanyakan buku-buku saham global yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…
Jangan risau…
Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang senang faham dalam Bahasa Melayu.
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
1. Apa Itu Leader & Laggard
2. Mengapa Perlu Mengenal Pasti Leader & Laggard
3. Cara Mengenal Pasti Kaunter Leader & Laggard
4. Contoh Perbandingan Leader & Laggard Saham Wall Street
5. Senarai 10 Sektor Saham di Wall Street
6. 100 Contoh Saham Leader & Laggard Wall Street
Bila dah ada ilmu tentang Leader & Laggard, kita dah tak perlu pening nak kejar saham.
E-book ini sangat sesuai bagi yang serius nak buat duit USD melalui pasaran saham Wall Street.
Dapatkannya eBook Leaders and Laggards Wall Street sekarang -> https://thekapital.my/leaderslaggards-wallstreet




