• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, March 22, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Saham Global

Bagus Sangat Ke Saham Nike?

in Saham Global
A A
Bagus Sangat Ke Saham Nike?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Sering berdagang saham di Bursa Malaysia, kini nak melabur ke luar negara? Sudah tentu anda boleh melabur di pasaran saham luar negara dengan syarat anda membuka akaun CDS yang membolehkan anda membeli saham di luar negara.

Selepas dah ada akaun boleh beli saham global, tapi tak tahu nak beli saham apa? Dalam artikel kali ini, penulis ingin kongsikan satu jenama yang tidak asing bagi kita semua iaitu jenama produk sukan iaitu Nike.

Saya pasti ramai yang kenal dengan jenama Nike terutamanya melalui kasut sukannya yang sangat selesa dan menarik.

Berkaitan

Kenapa Harga Saham Apple Jatuh?

Bukan Harga iPhone Je Diskaun, Harga Saham Apple Pun Tengah Diskaun

Kenapa Elon Musk Tak Jadi Beli Twitter?

Sumber: Stockx

Tahukah anda selain boleh memiliki sepasang kasut Nike, saham syarikat Nike Inc turut didagangkan di pasaran saham Amerika iaitu New York Stock Exchange (NYSE)?

Latar Belakang Nike

Nike Inc ditubuhkan pada 25 Januari 1964 dan berpangkalan di Oregon. Nike, Inc terlibat dalam mereka bentuk, memasarkan dan mengedar kasut sukan, pakaian, peralatan dan aksesori untuk aktiviti sukan dan kecergasan. Segmen operasi syarikat termasuk Amerika Utara, Eropah, Timur Tengah & Afrika, China, Asia Pasifik dan Amerika Latin.

Walaupun direka terutamanya untuk kegunaan sukan, banyak produknya dipakai untuk aktiviti kasual atau santai.

Antara pesaingnya dalam pasaran adalah seperti Adidas, Asics, Lululemon Athletica Inc, Puma SE dan Under Armour Inc.

Kasut Nike yang paling mahal pernah dihasilkan oleh syarikat tersebut adalah Solid Gold OVO x Air Jordans yang bernilai USD2 juta!

Sumber: Wealthy Gorilla

Baca: The 10 Most Expensive Nike Shoes Ever Sold

Segmen Perniagaan Nike Inc

Gambar rajah di bawah merupakan pecahan segmen perolehan (Revenue) serta pendapatan sebelum cukai (EBIT).

Sumber: Investopedia

Nike Inc memecahkan metrik kewangannya kepada tiga kategori iaitu jenama Nike, Converse dan Korporat. Jenama Nike juga dipecahkan lagi kepada segmen geografi iaitu:

  1. Amerika Utara
  2. Eropah, Timur Tengah, Afrika
  3. China
  4. Asia Pasifik & Amerika Latin

Segmen jenama Nike merangkumi 95% daripada jumlah hasil syarikat. Dapat dilihat Amerika Utara merupakan pasaran terbesar bagi Nike dengan hasil perolehan sebanyak 36% dan pendapatan sebelum cukai sebanyak 31% daripada jumlah keseluruhan.

Prestasi Kewangan Nike Inc

Sumber: CNBC

Nike Inc melaporkan laporan kewangan bagi suku ketiga yang berakhir pada 28 Februari 2022 dengan jumlah perolehan sebanyak USD10.9 bilion, naik 5% jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya.

Pendapatan bersih dilaporkan pada USD1.4 bilion susut 4% jika dibandingkan dengan suku yang sama pada tahun sebelumnya.

Dividen

Sumber: investing.com

Nike Inc terus mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam pelaburan untuk memacu pertumbuhan dan secara konsisten meningkatkan pulangan kepada pemegang saham. Ini termasuk peningkatan pembayaran dividen selama 20 tahun berturut-turut.

Pada suku ketiga 2022, sebanyak USD484 juta telah diperuntukkan untuk membayar dividen kepada pemegang saham.

Para pelabur akan menerima USD0.305 bagi setiap unit saham yang dimiliki.

Pembangunan Terkini Nike Inc

Nike sedang dalam usaha untuk mengubah rantaian bekalannya untuk memberi servis terbaik kepada pelanggannya. Berikut merupakan 4 perkara yang perlu diketahui tentang cara Nike mengubah rantaian bekalannya.

  1. Penubuhan pusat perkhidmatan serantau baharu yang akan meningkatkan kapasiti, kepantasan dan ketepatan.
  2. Pelaksanaan platform teknologi baharu, automasi dan penambahbaikan proses dalam operasi syarikat.
  3. Usaha dalam menambahbaik proses pembungkusan, penghantaran dan memperbaharui produk dengan lebih mampan untuk memberi manfaat kepada pengguna.
  4. Fokus dalam memperkasakan para pekerjanya.

Ramalan Market Share Pasaran Global Nike Dalam Kasut Sukan Dari 2011 Sehingga 2025

Sumber: Statista

Garis masa di atas menunjukkan anggaran market share pasaran global Nike dalam kasut sukan dari 2011 sehingga 2025. Market share Nike dalam pasaran ini dijangkakan stabil pada sekitar 27.4%.

Kelebihan Saham Nike

1. Sebuah syarikat berkelas dunia

Kekuatan jenama Nike dalam pasaran pakaian sukan tiada bandingannya. Pada tahun 2021, Nike berjaya menjana hasil jualan sebanyak USD44.5 bilion. Berbanding pesaing utamanya seperti Lululemon Athletica, Adidas dan Under Armour yang masing-masing meraih pendapatan USD6.3 bilion, USD21.2 bilion dan USD5.7 bilion.

Syarikat itu menguasai hampir 50% pasaran kasut olahraga di Amerika Syarikat dan sekitar satu pertiga daripada keseluruhan industri pakaian sukan.

2. Konsisten

Nike masih mampu memberikan hasil yang kukuh meskipun baru-baru ini menghadapi beberapa halangan seperti penutupan beberapa kilang yang disebabkan pandemik dan kemerosotan jualan di China.

Jualan Nike di China yang mewakili sebahagian besar perniagaannya jatuh sebanyak 8% pada suku ketiga 2022. Walaupun begitu, Nike tetap berjaya mencatatkan perolehan sebanyak USD10.9 bilion dan EPS sebanyak USD0.87 sesaham bagi suku terkini.

Kelebihan Nike adalah ia memiliki portfolio global yang luas dan pelbagai. Ini membolehkan syarikat sentiasa kukuh meskipun sesetengah segmen perniagaan mengalami prestasi yang tidak memuaskan.

Di kala keadaan pasaran yang kurang stabil ini, pelabur boleh berpuas hati dengan keupayaan Nike dalam mengharungi cabaran dan memberikan hasil yang kukuh dari segi kewangan.

Status Syariah Saham Nike

Sumber: CGS-CIMB

Menurut CGS-CIMB, saham Nike adalah tidak patuh syariah. Sekiranya anda mempunyai akaun CDS Islamik, anda tidak akan dapat membeli saham ini. Namun sekiranya anda memiliki akaun CDS konvensional maka pembelian tersebut akan berjaya.

Anda juga boleh rujuk pada penyedia status syariah pihak ketiga seperti Islamicly untuk mengetahui status syariah saham global.

Baca: 6 Langkah Untuk Elak Riba Bila Guna Akaun Konvensional Untuk Trade Saham Global

Kesimpulan

Bagus sangat ke saham Nike? Ia terpulang kepada penilaian pelabur masing-masing. Artikel ini hanyalah sebagai satu perkongsian dan pembelajaran bersama. Semoga bermanfaat kepada para pembaca.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

>> Pra-Daftar PERCUMA Webinar Swing Trading Reloaded!

Nak Kejar Saham Wall Street Yang Bakal Naik?

Baru mula melabur dalam pasaran US? 

Tak tahu nak pilih saham yang baik di pasaran US?

Selalu terlepas beli saham yang dah meroket?

Kami tahu kebanyakan buku-buku saham global yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…

Jangan risau…

Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang senang faham dalam Bahasa Melayu.

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

1. Apa Itu Leader & Laggard

2. Mengapa Perlu Mengenal Pasti Leader & Laggard

3. Cara Mengenal Pasti Kaunter Leader & Laggard

4. Contoh Perbandingan Leader & Laggard Saham Wall Street

5. Senarai 10 Sektor Saham di Wall Street

6. 100 Contoh Saham Leader & Laggard Wall Street

Bila dah ada ilmu tentang Leader & Laggard, kita dah tak perlu pening nak kejar saham.

E-book ini sangat sesuai bagi yang serius nak buat duit USD melalui pasaran saham Wall Street.

Dapatkannya eBook Leaders and Laggards Wall Street sekarang -> https://thekapital.my/leaderslaggards-wallstreet

Share392ShareSend

Related Posts

Kenapa Harga Saham Apple Jatuh?
Saham Global

Kenapa Harga Saham Apple Jatuh?

2 months ago
Bukan Harga iPhone Je Diskaun, Harga Saham Apple Pun Tengah Diskaun
Catalyst

Bukan Harga iPhone Je Diskaun, Harga Saham Apple Pun Tengah Diskaun

7 months ago
Kenapa Elon Musk Tak Jadi Beli Twitter?
Saham

Kenapa Elon Musk Tak Jadi Beli Twitter?

7 months ago
FTSE Russell, IdealRatings Lancar Siri Indeks Islam
Berita

FTSE Russell, IdealRatings Lancar Siri Indeks Islam

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In