“Bro, kata pelabur. KLSE Screener pun tak kenal?”
Mungkin ada di antara kita yang pernah ditanya soalan di atas. Sebagai seorang pelabur mahupun pedagang saham, sudah tentu ramai yang menggunakan laman web dan aplikasi untuk memudahkan diri kita menyaring saham-saham yang ada di Bursa Malaysia.
Sebagai seorang pelabur, pastinya anda juga mempunyai pekerjaan tetap yang lain dan mendapati masa untuk mengkaji saham agak terhad.
Oleh itu, anda mungkin tercari-cari aplikasi dan laman web yang mampu memudahkan urusan anda membuat saringan saham.
Sebelum itu, benarkah ada yang masih belum pernah dengar aplikasi KLSE Screener ini?
Tak mengapa. Jika ada yang belum pernah mendengar nama KLSE Screener, kami akan kongsikan kepada anda mengenai KLSE Screener.
Nak tahu apa itu KLSE Screener?

KLSE Screener merupakan satu aplikasi yang boleh digunakan menerusi laman web dan aplikasi di telefon pintar.
Screener ini dibangunkan untuk membantu para pelabur untuk menyaring saham menggunakan maklumat fundamental dan juga teknikal.
KLSE Screener adalah antara aplikasi yang paling berguna untuk pasaran saham Malaysia. Aplikasi ini boleh dimuat turun di telefon pintar anda tidak kiralah di Google Play Store ataupun Appstore dan yang menariknya ianya percuma.
Nak tahu apa ciri-ciri yang terdapat pada laman sesawang KLSE Screener?

Gambar rajah di atas adalah paparan yang anda akan lihat setelah masuk ke laman web KLSE Screener.
Di KLSE Screener anda boleh menyaring saham yang ingin dicari berdasarkan jenis papan, sektor dan anda juga boleh masukkan nama saham yang ingin dicari.

Bagi pelabur beragama Islam, para pelabur boleh mengaktifkan mod syariah untuk memastikan saham-saham yang disaring adalah patuh syariah.
Nak tahu caranya? Jom saya bagi satu contoh.
Katakanlah kita ingin mencari saham dari sektor teknologi yang disenaraikan di Papan Ace. Setelah itu, jangan lupa klik kotak kosong pada ‘Shariah Compliant’ untuk aktifkan mod patuh syariah. Kemudian, klik screen untuk membuat proses saringan.

Hasilnya? Terdapat 42 saham sektor teknologi yang tersenarai di Papan Ace.

Sekiranya anda sedar, di sebelah nama saham tersebut ada satu symbol [s] yang bermaksud saham tersebut patuh syariah. Ini adalah kerana tadi kita telah aktifkan mod patuh syariah maka saham yang dipaparkan hanya saham yang patuh syariah sahaja.
Antara ciri-ciri yang ada pada KLSE Screener adalah:
1. Screener Saham Induk dan Waran

KLSE Screener menyediakan anda kemudahan untuk menyaring saham ataupun waran di dalam Bursa Malaysia.
Screener ini menarik kerana bagi pelabur yang cenderung menggunakan analisa fundamental dalam mencari saham, para pelabur boleh masukkan nilai ke dalam ruangan yang ada dan KLSE Screener akan menyaring saham mengikut kriteria pilihan anda.
2. Indeks Pasaran

Klik pada Market sekiranya anda ingin melihat indeks pasaran dari pelbagai buah negara seperti Malaysia, Korea, Singapura dan banyak lagi.
3. Membolehkan para pelabur melihat dividen dan saham yang diterbitkan

Pada bahagian Entitlements pula, pelabur boleh menyemak syarikat yang memberi dividen dan syarikat yang menerbitkan saham secara terkini.
Para pelabur boleh mendapat maklumat-maklumat seperti:
- Tarikh Akhir (Ex-Date)
- Nama Saham (Name)
- Jenis Dividen (Subject)
- Dividen Sesaham (Amount)

Pada Shared Issues pula, pelabur boleh melihat saham terkini yang baru sahaja diterbitkan. Antara maklumat yang boleh diperoleh adalah:
- Nisbah (Ratio)
- Tarikh Akhir (Ex-Date)
- Nama Saham (Name)
- Jenis Terbitan (Subject)
4. Mengkaji Laporan Kewangan Syarikat

Di bahagian financials, KLSE Screener menyediakan laporan kewangan terkini syarikat-syarikat yang baru mengumumkan prestasi kewangan syarikat masing-masing.
Dengan ini, para pelabur boleh menilai prestasi syarikat bagi suku yang terkini.
5. Berita Terkini

Bagi yang ingin mendapatkan info terkini dan juga berita -berita yang boleh menjadi catalyst kepada pergerakan saham, maka anda boleh rujuk pada laman web KLSE Screener ini.
6. Forum Untuk Berbincang

Di KLSE Screener, para pelabur boleh membuat perbincangan sesama sendiri untuk apa-apa tajuk berkaitan dengan saham.
Bahasa yang digunakan di forum ini adalah bebas mengikut keselesaan masing-masing, maka jangan terkejut sekiranya anda mungkin terbaca perbincangan dalam Bahasa Mandarin!
Maka lengkaplah perkongsian berkaitan KLSE Screener dan ciri – ciri yang ada padanya atas kapasiti pelaburan.
Akhir kata, jika anda fokus untuk berjaya sebagai seorang pelabur saham, inilah aplikasi yang bakal melengkapkan perjalanan anda menjadi jutawan!
Tunggu sebentar.
Anda mungkin berminat untuk belajar tutorial bergambar 6 langkah mudah untuk set indicator moving average dan bollinger band di dalam chart dan cara penggunaannya.Tutorial ini menggunakan laman sesawang KLSE Screener.
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Best ke formula ni?
Tak susah ke?
Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?
Dapatkan eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM