• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, October 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Anak Syarikat Ranhill Utilities Raih Projek Bernilai RM38.50 Juta Bagi Naik Taraf Sistem Perpaipan Bekalan Air JKR

in Catalyst
A A
Anak Syarikat Ranhill Utilities Raih Projek Bernilai RM38.50 Juta Bagi Naik Taraf Sistem Perpaipan Bekalan Air JKR
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) — Anak syarikat tidak langsung Ranhill Utilities Bhd, Ranhill Water Services Sdn Bhd (RWS), memperoleh projek bernilai RM38.50 juta daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menaik taraf sistem perpaipan bagi bekalan air terawat di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut, Perak.

Projek itu berdasarkan reka bentuk dan binaan dengan komponen skop kerja-kerja utama terdiri daripada menggantikan paip lama yang sedia ada dengan paip keluli lembut dalam pelbagai saiz daripada 150 mm hingga 500 mm diameter dengan jumlah panjang 61km, pembinaan stesen pam penggalak baharu serta membaik pulih takungan sedia ada dan peralatan sampingan.

“Projek itu akan dilaksanakan serta-merta dengan tarikh pemilikan tapak pada 6 Jan 2023 dan akan siap pada 27 Mac 2025,” menurut Ranhill Utilities dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Projek itu akan dilaksanakan dan siap dalam tempoh 27 bulan dan akan menyumbang secara positif kepada pendapatan Ranhill Utilities dari tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023 (tahun kewangan 2023) sehingga tahun kewangan 2025. 

“Penganugerahan projek ini, yang diraih melalui tender terpilih yang kompetitif oleh JKR, menjadi bukti kepada keupayaan dan rekod prestasi RWS dalam industri air, yang mengukuhkan kelayakan Ranhill Utilities sebagai pengurusan rangkaian air yang menyeluruh dan terutamanya program pengurangan air tanpa hasil (NRW) yang memenuhi kedua-dua aktiviti pengurusan NRW tradisional serta kerja-kerja sivil untuk rangkaian air,” katanya.

Pada penutup dagangan hari ini, saham Ranhill Utilities merosot 1.10 peratus kepada 45 sen dengan 454,300 saham diniagakan.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaJKRLumutRanhill UtilitiesRWS
Share283ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In