• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Aerodyne Sasar Perluas Penyelesaian Teknologinya Ke Pasaran Pertanian India

in Berita
A A
Aerodyne Sasar Perluas Penyelesaian Teknologinya Ke Pasaran Pertanian India
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) — Aerodyne Group berhasrat untuk memperluaskan perniagaannya dengan menyediakan penyelesaian teknologi dron, teknologi data, dan transformasi digital (DT3) ke pasaran pertanian India bulan depan.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kamarul A. Muhamed berkata Aerodyne mengorak langkah ini memandangkan penyelesaian mereka itu berjaya bertapak dengan kukuh di Malaysia dan Indonesia baru-baru ini.

“Terdapat dorongan besar untuk teknologi ini oleh kerajaan di sana; kita sudah buat kajian pasaran dan ada yang sudah mula (menyediakannya).

“Jadi saya akan ke India pada minggu pertama bulan Ogos untuk memulakan operasi,” katanya semasa webinar Perbualan MIDF hari ini.

Kamarul berkata Aerodyne sudah stabil di Malaysia dan penggunaan teknologi digital termaju serta penyelesaian DT3 lain dalam pertanian membolehkan Malaysia mengurangkan kebergantungannya kepada buruh murah.

Beliau berkata sesetengah pelanggannya melaporkan peningkatan hasil melebihi 30 peratus dan penyelesaian DT3 juga telah membantu pokok untuk terus hidup.

“Kami mempunyai sensor spektrum hiper (yang dapat) mengesan pokok mana yang sakit. Pelanggan telah menjimatkan kira-kira RM235 juta daripada pokok-pokok yang hampir mati,” katanya.

Tambahnya, isu jaminan makanan baru-baru ini merupakan masalah yang serius dan penyelesaian menggunakan teknologi adalah perlu bagi mengurus dan mempercepatkan pertumbuhan industri pertanian.

Dalam pada itu, Kamarul berkata Aerodyne juga telah menceburi sektor pertanian, dan syarikat itu mempunyai tanah seluas 100 hektar serta berhasrat meningkatkan perniagaannya.

Sehingga kini, beliau berkata syarikat itu mempunyai nilai perolehan kira-kira RM400 juta dalam hasil pertanian.

— BERNAMA

Share231ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

11 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In