• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, March 22, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Saham Global

Ada Ke Saham Penny Stock Di Pasaran Saham Amerika Syarikat?

in Saham Global
A A
Ada Ke Saham Penny Stock Di Pasaran Saham Amerika Syarikat?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Bagi mereka yang dah biasa dengan Bursa Malaysia, kita sedia maklum bahawa saham penny stock adalah saham yang berharga di bawah RM1.00. Saham di bawah 20 sen pula kita memanggilnya super penny.

Bagaimana pula halnya tentang penny stock di pasaran saham global khususnya di Amerika Syarikat? Adakah penny stock di Amerika Syarikat merupakan saham yang berharga di bawah USD1.00 atau sebenarnya penny stock di Amerika Syarikat ini tidak wujud?

Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu tahu dulu apa yang dimaksudkan dengan penny stock daripada sudut pandang negara Amerika Syarikat itu sendiri.

Berkaitan

Kenapa Harga Saham Apple Jatuh?

Bagus Sangat Ke Saham Nike?

Bukan Harga iPhone Je Diskaun, Harga Saham Apple Pun Tengah Diskaun

Apa Itu Penny Stock Di Amerika Syarikat?

Penny stock di Amerika Syarikat merujuk kepada saham syarikat yang kecil yang didagangkan di bawah USD5.00 sesaham. Di Amerika Syarikat, penny stock ini bukan sahaja didagangkan di New York Stock Exchange(NYSE), ada kebanyakan penny stock ini juga didagangkan secara Over The Counter (OTC).

Saham yang didagangkan secara OTC ini adalah lebih berisiko kerana kebiasaanya saham yang didagangkan secara OTC tidak dipantau oleh penguatkuasa seperti Securities and Exchange Commission (SEC). Selain daripada itu, saham yang didagangkan secara OTC ini tidak mempunyai maklumat yang terperinci tentang syarikat tersebut kerana tiada kewajiban kepada syarikat untuk membekalkan maklumat ini kepada para pelabur.

Berbeza dengan saham yang didagangkan di tempat dagangan yang terkemuka seperti NYSE yang akan dipantau oleh SEC. Tugas SEC ini adalah untuk melindungi para pelabur dan memastikan pasaran saham di Amerika Syarikat berada dalam keadaan yang selamat dan stabil.

Sebelum ini penny stock, di Amerika syarikat sebenarnya adalah saham syarikat yang didagangkan pada harga bawah USD1.00 seunit. Namun, selaras dengan perkembangan ekonomi Amerika Syarikat, SEC telah memperbaharui definisi penny stock di Amerika Syarikat sebagai saham yang berharga di bawah USD5.00 seunit.

Penny stock ini juga sering dikaitkan dengan saham syarikat kecil yang jarang diminati oleh para pelabur. Ini bermakna penny stock di Amerika Syarikat mempunyai kadar kecairan yang rendah. Ini akan menyebabkan pelabur yang memiliki saham penny stock berdepan dengan kesukaran untuk menjual saham mereka dengan cepat.

Disebabkan faktor kecairan yang rendah ini juga, pelabur sukar untuk mendapat harga saham yang mencerminkan harga pasarannya. Jurang harga belian dan jualan yang tinggi, syarikat yang kecil dan kurang dikenali, penny stock di Amerika Syarikat dianggap sebagai saham spekulatif.

Pegerakan Turun Naik Harga Penny Stock Yang Ketara

Oleh kerana jumlah dagangan penny stock ini tidak sebanyak saham yang lain, pergerakan turun naik harga saham penny stock ini lebih ketara kerana ianya lebih sensitif kepada perubahan permintaan saham tersebut.

Oleh kerana penny stock mempunyai ciri-ciri ini, penny stock ini adalah lebih sesuai bagi pelabur yang mempunyai tahap toleransi risiko yang tinggi. Kerana harganya yang murah, saham ini mempu memberikan pulangan pelaburan yang tinggi, tetapi bersiap sedia untuk berdepandengan kerugian yang tinggi juga.

Para pelabur dinasihatkan untuk lebih berhati-hati ketika membuat pelaburan ke dalam penny stock ini dengan mengaktifkan Stop Loss secara automatik untuk menjaga modal pelaburan. Pelabur juga dinasihatkan untuk mempunyai penilaian yang realistik kepada penny stock ini dan tidak melabur mengikut emosi semata-mata.

Berikut adalah antara contoh-contoh penny stock yang didagangkan di peringkat global.

Sumber: pennystocks.com

Buatlah Keputusan Yang Bijak

Sebagai seorang pelabur yag bijak, kita dinasihatkan untuk melabur ke dalam perkara yang kita faham sahaja. Elakkan daripada melabur dalam perkara yang kita tidak pasti. Fahamkan juga risiko yang terlibat, sebelum nak melabur.

Jika berminat untuk melabur saham global terutamanya di Amerika Syarikat, pilihlah saham-saham syarikat yang kita biasa dengar atau kenal sahaja. Jika tidak, takut ianya akan menjerat diri sendiri pada masa hadapan.

Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?

Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:

  • Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
  • Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
  • Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
  • 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
  • 10 Perkara Mengenai Saham Coca-Cola dan Pepsi Yang Anda Kena Tahu
  • Sifu Kami Untung Lebih 30% Dalam Masa Seminggu Di Wall Street
  • 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street

Eh, banyak lagi lah.

Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.

Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?

Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!

Pra-Daftar sekarang di Pra-Daftar Masterclass Saham Wall Street

Share406ShareSend

Related Posts

Kenapa Harga Saham Apple Jatuh?
Saham Global

Kenapa Harga Saham Apple Jatuh?

2 months ago
Bagus Sangat Ke Saham Nike?
Saham Global

Bagus Sangat Ke Saham Nike?

6 months ago
Bukan Harga iPhone Je Diskaun, Harga Saham Apple Pun Tengah Diskaun
Catalyst

Bukan Harga iPhone Je Diskaun, Harga Saham Apple Pun Tengah Diskaun

7 months ago
Kenapa Elon Musk Tak Jadi Beli Twitter?
Saham

Kenapa Elon Musk Tak Jadi Beli Twitter?

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In