Tenaga Nasional Berhad adalah salah sebuah syarikat utiliti yang terbesar di Asia.
Selain Malaysia, Tenaga memiliki aset-aset utiliti strategik di 5 buah negara termasuk:-
- India,
- Pakistan,
- Arab Saudi, Turki,
- Kuwait,
- United Kingdom.
Kini, Tenaga mempunyai nilai pasaran sebanyak RM58.0 bilion.
Mari kita tengok 10 perkara ini sebelum nak melabur saham Tenaga:
1. Bisnes Model di Malaysia
Pada tahun 2020, model perniagaan Tenaga terdiri daripada aset-aset seperti berikut:

Nota:
* Jumlah di atas adalah termasuk ‘majority-owned’ assets.
2. Aset Strategik Luar Negara
Tenaga telah melabur dan membina portfolio aset utiliti strategik di luar negara.
Mereka memiliki aset-aset dan pemegangan saham di dalam syarikat seperti:

3. Keputusan Kewangan 10 Tahun Terkini
Pada tahun 2011, Tenaga telah merekodkan keuntungan bersih yang terendah disebabkan olehkos penghasilan elektrik yang tinggi, terutamanya pada suku tahun ketiga dan keempat tahun 2011.
Sejak dari[ada itu, Tenaga telah merekodkan peningkatan keuntungan bersih daripada RM4.2 bilion pada tahun 2012 kepada RM7.4 bilion pada tahun 2016.
Dari situ, Tenaga merekodkan keuntungan bersih yang lebih rendah sekitar RM3.5 sehingga RM4.5 bilion setahun pada tahun 2019 sehingga tahun 2020.
Ini berpunca daripada kenaikan kos operasi dan kos faedah bagi tempoh dua tahun tersebut.
Pada tahun 2019, keuntungan Tenaga juga terkesan oleh kerugian daripada syarikat associates dan foreign exchange losses.

Nota:
Keuntungan bersih pada 5 bulan tahun 2017 adalah untuk 5 bulan daripada 1 Ogos 2017 sehingga 31 Disember 2017.
4. Pengurusan Aliran Tunai
Dari 1 Ogos 2010 ke 31 Disember 2019, Tenaga telah menjana:
– RM105.5 bilion di dalam aliran tunai operasi positif
– RM18.8 bilion di dalam peminjaman hutang jangka panjang bersih
– RM1.1 bilion di dalam pengeluaran ekuiti
– RM1.8 bilion di dalam pendapatan faedah
– RM485.3 juta di dalam pendapatan dividen
Daripada jumlah tersebut, TNB telah membayar:
– RM 90.5 bilion untuk pembelian property, plant & equipment (PPE)
– RM 11.7 bilion untukkos faedah
– RM 7.1 bilion untukpelaburan di dalam FVTPL*
– RM 17.8 bilion untukdividen kepada pemegang saham
Nota:
FVTPL merujuk kepada fair value through profit or loss di mana kebanyakannya adalah hasil daripada amanah saham (unit trust) dan pembiayaan pelajar (student loan).
Ini bermakna Tenaga telah berjaya menjana aliran tunai operasi yang positif secara berterusan. Tenaga telah menggunakan kebanyakan daripada tunai tersebut untuk membiayai pembelian sepanjang tempoh tersebut.
5. Keputusan Kewangan 12 Bulan Terkini
Untuk tempoh 12 bulan terkini, Tenaga telah menjana RM44.0 bilion di dalam perolehan.
Ia telah mencatatkan RM3.6 bilion di dalam keuntungan bersih atau pun 63.06 sen di dalam Earnings Per Share (EPS) daripada perolehannya.
Keuntungannya menjadi lebih rendah berbanding tahun 2019. Ianya berpunca daripada kos operasi dan faedah yang lebih tinggi dan foreign exchange loss pada tahun 2020.

6. Kedudukan Kewangan Terkini
Pada suku keempat tahun 2020, Tenaga telah merekodkan RM95.5 bilion di dalam liabiliti bukan semasa dan RM54.6 bilion di dalam ekuiti pemegang saham.
Maka, nisbah hutangnya ialah 175%. Pada masa tersebut, TNB mencatat RM27.5 bilion di dalam aset semasa dan RM28.1 bilion di dalam liabiliti semasa.
Maka, nisbah semasa terkini untuk Tenaga adalah 0.98.
7. Perkembangan Terkini
Pada tahun 2021, Tenaga telah mengumumkan:
a. Perintah Bayaran Dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Pada 31 Disember 2020, Tenaga telah membayar RM1.76 bilion daripada jumlah cukai lebihan dipertikai (tahun 2013-2018) sebanyak RM5.42 bilion dengan pihak LHDN.
Tenang terus berjuang di peringkat mahkamah ke atas cukai lebihan tersebut. Jumlah RM1.76 bilion ini boleh dikembalikan kepada Tenaga, sekiranya mereka memenangi kes tersebut di Mahkamah Tinggi.
Kini, tarikh sebutan kes telah ditetapkan pada 27 Julai 2021.
b. Southern Power Generation Sdn Bhd (SPG)
Pada 19 Februari 2021, SPG yanng merupakan 70%-milik Tenaga berupaya membekal 1,440 MW tenaga daripada 2 combined cycle gas turbine (CCGT) yang terletak di Johor.
Pada 4 Mac 2021, Tenaga membeli 39% ekuiti di dalam 5 rooftop solar plants yang berupaya menjana 21.6 MW tenaga daripada Sunseap Group.
8. P/E Ratio
Pada 6 April 2021, harga saham Tenaga adalah RM10.18.
Harga saham ini telah menurun lebih kurang 30% jika dibandingkan dengan harganya pada sekitar RM14 hingga RM16 seunit pada tahun 2016 sehingga tahun 2018.
Pada tahun 2016, Tenaga telah merekodkan RM7.4 bilion di dalam keuntungan bersih.
Pada tahun 2020, keuntungan bersihnya adalah sebanyak RM3.6 bilion, merosot hampir 50% jika dibandingkan dengan keuntungan bersihnya pada tahun 2016.
Pada 31 Julai 2016, harga Tenaga adalah RM14.74 sesaham dan merekodkan RM1.3055 di dalam Earnings Per Share (EPS).
Jadi, P/E Ratio bagi Tenaga pada tahun 2016 adalah 11.29.
P/E Ratio (31 Julai 2016):
= Harga Saham / EPS
= RM 14.74 / RM 1.3055
= 11.29
Pada tahun 2020, Tenaga merekodkan RM0.6306 di dalam EPS. Maka, P/E Ratio terkini bagi Tenaga adalah 16.14.
P/E Ratio (6 April 2020):
= Harga Saham / EPS
= RM 10.18 / RM 0.6306
= 16.14
Persoalannya adalah‘Adakah kejatuhan harga TNB satu diskaun atau pun satu refleksi kepada prestasi kewangan terkininya?’
9. P/B Ratio
Pada 6 April 2021, Tenaga mencatatkan RM9.80 di dalam aset bersih bagi setiap saham. Ia mempunyai P/B Ratio terkini sebanyak 1.04, lebih rendah berbanding nisbah puratanya untuk 10-tahun terkini.
P/B Ratio Terkini
= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham
= RM 10.18 / RM 9.80
= 1.04

10. Kadar Dividen
Pada tahun 2020, Tenaga telah mengisytiharkan 40.0 sen di dalam Ordinary Dividend Per Share (DPS). Maka, kadar dividen terkininya adalah 3.93% setahun.
Kadar Dividen Terkini:
= (DPS 12-Bulan Terkini / Harga Saham) x 100%
= (RM 0.40 / RM 10.18) x 100%
= 3.93%
Nota:
Tenaga juga telah mengisytiharkan 40.0 sen di dalam Special Dividend Per Share (DPS).
Pada kebiasaanya, ia diabaikan dalam perhitungan kadar dividen terkini kerana objektif kita sebagai pelabur adalah untuk menerima pendapatan dividen daripada saham secara berterusan.
Perbandingan kadar dividen terkini dengan kadar dividen lepas tidak diberikan kerana perbandingan ini adalah lebih bermakna jika sebuah syarikat telah mencapai peningkatan keuntungan bersih secara berterusan bagi tempoh 10 tahun.
Kesimpulan:
Secara kesimpulannya, kami mendapati:

Jadi, wajarkah kita melabur ke dalam saham Tenaga? Tepuk dada, tanyalah selera.
Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia.
Nak Tahu Tenik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)