• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Cadangan Penggabungan Celcom Axiata, Digi.Com Diperingkat Rundingan Lanjutan

in Market Update
A A
Cadangan Penggabungan Celcom Axiata, Digi.Com Diperingkat Rundingan Lanjutan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) — Axiata Group Bhd dan Telenor Asia, pemegang saham utama Digi.com Bhd, bercadang menggabungkan Celcom Axiata Bhd dan Digi menjadi sebuah syarikat yang akan di kenali sebagai Celcom Digi Bhd (MergeCo).

Axiata, bersama dengan dana-dana institusi Malaysia akan memiliki lebih 51 peratus pegangan dalam syarikat tersebut.

Axiata dalam satu kenyataan hari ini berkata sebagai sebahagian daripada urus niaga penggabungan itu, syarikat tersebut akan menerima saham yang baru diterbitkan dalam Digi, mewakili 33.1 peratus pemegangan saham pasca urus niaga dan amaun penyamaan tunai kira-kira RM2 bilion, yang mana RM1.7 bilion adalah daripada Digi sebagai hutang baharu manakala baki RM300 juta daripada Telenor.

“Kedua-dua pihak akan berusaha untuk memuktamadkan perjanjian berkaitan dengan cadangan urus niaga itu dalam suku kedua 2021 susulan penelitian terperinci.

“Urus niaga itu akan tertakluk kepada kelulusan pemegang saham Celcom dan Digi, kelulusan pengawal selia dan terma dan syarat lain, dan pihak-pihak menyedari bahawa tidak ada kepastian yang perbincangan ini akan membawa kepada sebarang perjanjian,” katanya. 

Menurut Axiata, MergeCo akan terus disenaraikan di Bursa Malaysia, dan dijangka meningkatkan mudah tunai dan profil bursa sebagai satu daripada syarikat teknologi terbesar di Malaysia dan merupakan antara syarikat pemodalan pasaran terbesar di bursa tersebut.

“Axiata mempunyai hak untuk mencalonkan pengerusi dan ketua pegawai eksekuti awal MergeCo, dan bersama dengan Telenor, bersetuju mencalonkan individu berikut memegang jawatan utama, iaitu pengerusi Datuk Izzaddin Idris, naib presiden Jørgen C. Arentz Rostrup, ketua pegawai eksekutif Idham Nawawi dan timbalan ketua pegawai eksekutif Albern Murty,” katanya.

Dari segi kakitangan, ia berkata kedua-dua pihak mengulangi komitmen mereka untuk melindungi kebajikan kakitangan tanpa pemberhentian kerja secara paksa.  

Syarikat itu berkata, pelanggan akan mendapat banyak manfaat daripada penggabungan tersebut kerana syarikat yang digabungkan itu akan mempunyai kapasiti untuk melabur lebih banyak lagi bagi menyediakan kualiti perkhidmatan yang lebih baik pada kadar kompetitif.  

“Pelanggan juga boleh mengekalkan jenama pengendali mudah lain pilihan mereka, kerana jenama Celcom dan Digi akan diteruskan selepas penggabungan,” katanya. 

Axiata dan Telenor juga bersetuju menubuhkan Pusat Inovasi bertaraf dunia bagi memangkinkan transformasi digital Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) pembangunan kes kegunaan 5G dan kemajuan teknologi lain.

Pusat Inovasi itu bukan sahaja akan memacu kemajuan teknologi di Malaysia tetapi juga memainkan peranan langsung dalam meningkatkan kemahiran kakitangan bagi ekonomi pada masa depan.

Pengerusi Lembaga Pengarah Axiata Tan Sri Ghazzali Sheikh Abdul Khalid brkata penggabungan itu bakal menyaksikan pewujudan pengendali mudah alih terbesar negara dengan kapasiti untuk mencetuskan peluang amat besar dalam membantu Malaysia melangkah ke era IR 4.0 dan memenuhi matlamat pendigitalan negara. 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Dato’ Izzaddin Idris pula berkata MergeCo akan dapat membantu memulihkan pertumbuhan jangka panjang dan kapasiti industri terutamanya dari segi menambah baik keuntungan.

Sementara itu Digi dalam satu kenyataan berasingan berkata lembaga pengarahnya mengambil maklum mengenai cadangan penggabungan Celcom dan Digi itu serta prospek menarik mewujudkan peneraju pasaran Malaysia menerusi keupayaan kedua-dua syarikat itu yang telah terbukti dan kekuatan dua peneraju telekomunikasi antarabangsa, Axiata dan Telenor. 

Pengerusi lembaga pengarahnya, Haakon Bruaset Kjoel, berkata penggabungan itu menyokong visi bersama untuk mewujudkan nilai menerusi inovasi produk dan pasaran dan kesalinghubungan data berkualiti tinggi bagi memperkasakan matlamat digital Malaysia pada masa akan datang. 

— BERNAMA

Share263ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In