• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Ambil Tahu 9 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham Maxis (Edisi: 2021)

in Fundamental Analisis
A A
Ambil Tahu 9 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham Maxis (Edisi: 2021)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Tersenarai pada 2009, Maxis Berhad (KLSE: 6012) (Maxis) adalah di antara syarikat telekomunikasi yang terbesar di Malaysia. 

Nilai pasaran semasa Maxis adalah RM35.8 bilion dan syarikat ini merupakan salah satu daripada 30 syarikat yang membentuk FBM KLCI. Senang cerita, Maxis merupakan di kalangan top 30 syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. 

Maka kita lihat 10 perkara ini sebelum nak melabur di dalam saham Maxis.

1. Pendapatan Perkhidmatan

Pendapatan perkhidmatan Maxis terdiri daripada:-

  • Mudah Alih (prepaid & postpaid)
  • Internet
  • Perkhidmatan Enterprise 

Maxis telah merekodkan penurunan pendapatan perkhidmatan daripada RM8.52 bilion pada tahun 2015 kepada RM7.73 bilion pada tahun 2020. 

Penurunan pendapatan daripada segmen prepaid pada masa itu telah ditampung dengan penambahan pendapatan daripada segmen home fibre dan enterprise services.

2. Pendapatan Selain Perkhidmatan

Maxis bermula menjana pendapatan daripada peranti pada tahun 2017. Peranti ini merupakan non-service (pendapatan selain perkhidmatan) revenue utama bagi Maxis. 

Segmen ini telah memperolehi lebih daripada RM1.0  bilion setahun bermula pada tahun 2017 sehingga tahun 2020.

3. Keputusan Kewangan 10 Tahun Terkini

Maxis merekodkan kemerosotan perolehan keseluruhannya daripada RM9.42 bilion pada tahun 2017 kepada RM8.97 bilion pada tahun 2020.

Ia berpunca daripada penurunan jualan daripada segmen prepaid pada masa tersebut. 

Maxis mencatat keuntungan bersih yang merosot, daripada RM2.53 bilion pada tahun 2011 kepada RM1.38 bilion pada tahun 2020. 

Maka, nisbah keuntungan (net profit margins) juga telah menurun daripada 28.76% pada tahun 2011 kepada 15.41% pada tahun 2020.

Return on equity (ROE) syarikat juga terjejas dan mencatatkan penurunan daripada 31.31% pada tahun 2011 kepada 19.60% pada tahun 2020.

4. Pengurusan Aliran Tunai

Pada tahun 2011 sehingga tahun 2020, Maxis telah menjana aliran tunai operasi sebanyak RM35.74 bilion, RM3.42 bilion di dalam pengisthiharan ekuiti, dan juga RM1.72 bilion di dalam peminjaman bersih hutang jangka panjang.

Daripada jumlah tersebut, Maxis telah membayar:

– RM13.56 billion untuk pembelian bersih property, plant & equipment (PPE)

– RM4.07 bilion untuk  kos faedah.

– RM21.82 billion untuk dividen kepada pemegang saham.

Maka, ini membuktikan bahawa Maxis berupaya untuk menjana aliran tunai operasi secara positif dan ini membolehkannya untuk membayar dividen secara berterusan pada tahun 2011 sehingga tahun 2020.

5. Kedudukan Kewangan Terkini

Pada 2020, Maxis merekodkan RM10.42 bilion di dalam liabiliti bukan semasa dan RM7.05 bilion di dalam ekuiti pemegangan saham. 

Maka, nisbah hutang Maxis terkini adalah 147.82%. 

Pada masa yang sama, Maxis mencatatkan RM 2.82 bilion di dalam aset semasa dan RM 4.46 bilion di dalam liabiliti semasa. Oleh itu, Maxis mencapai nisbah semasa sebanyak 0.63.

6. Pemilik Utama Maxis

Pada 26 Februari 2021, 5 pemilik utama Maxis adalah seperti berikut:

Pemilik utama BGSM pula adalah seperti berikut:

Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad bin Raja Tun Uda akan meletak jawatan sebagai pengerusi Maxis pada 22 April 2021. 

Lembaga pengarah bagi Maxis telah melantik Tan Sri Mokhzani bin Mahathir untuk menggantikannya sebagai pengerusi Maxis. 

Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad bin Raja Tun Uda akan meneruskan servisnya sebagai non-executive director bagi Maxis. 

7. P/E Ratio

Pada 25 Mac 2021, harga Maxis adalah RM4.58 sesaham.

Ianya merupakan kejatuhan harga sahamnya sekitar 30% hingga 35% daripada RM6.50 sehingga RM7.00 pada tahun 2012 sehingga tahun 2016.

Pada 2020, Maxis telah merekodkan earnings per share (EPS) sebanyak 17.7 sen. Ini telah menjadikan nisbah P/E Ratio terkini sebanyak 25.88.

P/E Ratio Terkini:

= Harga Semasa / EPS 2020 (Terkini)

= RM 4.58 / RM 0.177

= 25.88

Pada tahun 2012 sehingga tahun 2016, Maxis telah menjanakan EPS sebanyak 22.9 sen sehingga 26.8 sen setahun. 

Jadi, EPS tahun 2020 adalah sekitar 23% sehingga 34% lebih rendah dari EPS dijana pada tahun 2012 sehingga tahun 2016. 

Ia telah mengekalkan P/E Ratio sekitar 22-31 untuk tempoh 5 tahun tersebut. Purata P/E Ratio Maxis pada 5 tahun tersebut adalah 27.72.

Jadi, penurunan harga sahamnya merupakan satu gambaran daripada keputusan kewangan Maxis yang merosot daripada tahun 2012 kepada tahun 2020. Ini kerana:

a. Harga saham Maxis turun daripada tahun 2012 sehingga tahun 2016 kepada RM4.58 sesaham. 

b. Keuntungan bersihnya telah merosot pada masa tersebut.

c. P/E Ratio bagi Maxis telah kekal pada paras 20 sehingga 30 dalam masa tersebut.

8. P/B Ratio

Pada tahun 2020, Maxis telah merekodkan RM0.90 dalam aset bersih setiap saham. Jadi, P/B Ratio terkininya ialah 5.09, lebih rendah daripada nilai puratanya dalam untuk tempoh 10-tahun, iaitu 7.79.

P/B Ratio Terkini:

= Harga Semasa / Aset Bersih 2020 (Terkini)

= RM 4.58 / RM 0.90

= 5.09

9. Kadar Dividen

Pada tahun 2020, Maxis telah membayar DPS sebanyak 17 sen, ianya merupakan DPS terendah untuk tempoh 10 tahun tersebut. Kadar dividen terkini-nya adalah 3.71% setahun.

Kadar Dividen Terkini

= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%

= (RM 0.177 / RM 4.58) x 100%

= 3.71%

Perbandingan kadar dividen terkini dengan kadar dividen lepas tidak diberikan kerana perbandingan ini adalah lebih bermakna jika sebuah syarikat telah bayar dividen meningkat secara berterusan untuk tempoh 10 tahun tersebut.

Kesimpulan:

Secara kesimpulan, kami mendapati:

Jadi, wajarkah anda melabur di dalam saham Maxis? Tepuk dada, tanyalah selera.

Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia. 

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?

 Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Best ke formula ni?
Tak susah ke?

Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?

Dapatkan eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Share563ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

9 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

9 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

10 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In