• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Dagangan Di Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) — Dagangan di Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi hari ini lebih tinggi dengan indek utama meningkat 0.35 peratus, disokong oleh kaunter Top Glove dan TNB.  

Pada rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 5.48 mata kepada 1,578.99 daripada 1,573.51 ketika ditutup pada petang Rabu.

Indeks utama dibuka 6.46 mata lebih tinggi pada 1,579.97 dan bergerak antara 1,576.33 dan 1,586.26 sepanjang sesi pagi.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 615 berbalas 389 manakala 399 kaunter tidak berubah, 721 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 4.84 bilion saham bernilai RM2.04 bilion.

Top Glove meningkat 10 sen kepada RM4.62 dan TNB menokok 12 sen kepada RM10.24. Kedua-dua kaunter ini menguasai 2.82 mata daripada perolehan di indeks utama.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, FBM KLCI mencatatkan jualan lebihan semalam dan kegiatan membeli semasa harga murah mungkin muncul dalam waktu terdekat ini, mengambil petunjuk daripada keuntungan semalaman yang dicatatkan oleh saham teknologi.

Sementara itu, harga minyak sawit mentah meningkat, didorong oleh data eksport yang kukuh untuk bulan Mac 2021.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Public Bank menambah tiga sen kepada RM4.23, Petronas Chemicals naik lima sen kepada RM8.05 dan TNB dan Press Metal, masing-masing meningkat 12 sen kepada RM10.24 dan RM10.02.

Bagaimanapun, Maybank, IHH Healthcare dan CIMB masing-masing turun satu sen kepada RM8.24, RM5.31 dan RM4.33.

Bagi kaunter paling cergas, Dagang Nexchange naik 2.5 sen kepada 93.5 sen, JKG Land dan Yong Tai masing-masing meningkat tiga sen pada 13.5 sen dan 29.5 sen, MCT mengukuhkan lima sen kepada 34.5 sen, MK Land menokok 5.5 sen kepada 27.5 sen, Fintec tidak berubah pada enam sen dan Berjaya Corp susut 2.5 sen kepada 43 sen.

Di papan indeks, FBM 70 meningkat 45.65 mata kepada 15,519.22, Indeks FBM Emas mengembang 42.60 mata kepada 11,657.16, FBMT 100 lebih tinggi 37.73 mata pada 11,319.5, FBM Emas Syariah mengukuh 56.40 mata kepada 12,904.57 dan FBM ACE turun 8.97 menunjuk kepada 10,056.83.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 5.39 mata kepada 15.226.38, Indeks Perladangan meningkat 12.03 mata kepada 7,023.54 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 1.14 mata kepada 192.28.

– BERNAMA

Share224ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In