• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, June 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Flexidynamic Holdings Mula Disenaraikan Di Pasaran ACE Dengan Catatan Premium 49 Sen

in Market Update
A A
Flexidynamic Holdings Mula Disenaraikan Di Pasaran ACE Dengan Catatan Premium 49 Sen
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) — Flexidynamics Bhd merancang memanfaatkan aktiviti pembuatan sarung tangan getah yang semakin meningkat berikutan penularan pandemik COVID-19, kata pengarah urusan Tan Kong Leong.

Syarikat itu terlibat khususnya dalam reka bentuk, kejuruteraan, pemasangan dan pentauliahan sistem pengklorinan sarung tangan serta reka bentuk dan pemasangan tangki penyimpanan dan tangki pemprosesan untuk industri pembuatan sarung tangan.

Tan berkata peningkatan permintaan sarung tangan getah telah menyebabkan penggunaan kapasiti pengeluaran hampir sepenuhnya dalam kalangan pengeluar sarung tangan.

“Kami sangat percaya bahawa kami boleh memanfaatkan peluang daripada peningkatan aktiviti ini, yang akan menguntungkan kumpulan dalam jangka panjang,” katanya pada sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran ACE hari ini.

Flexidynamics mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia, dengan premium 49 sen berbanding harga tawaran 20 sen dengan sejumlah 12.36 juta saham diniagakan pada pembukaan.

Pada 11.05 pagi, Flexidynamic melonjak 28.5 sen kepada 48.5 sen dengan 88.87 juta saham diniagakan.

Tan berkata syarikat itu telah berkembang dengan menyediakan sistem pengklorinan sarung tangan dalam talian dan luar talian kepada pelanggan tempatan, Vietnam, Thailand, Indonesia, dan Sri Lanka.

Menyentuh mengenai hasil yang diperoleh daripada tawaran awam permulaan (IPO), syarikat bercadang menggunakan RM6.38 juta untuk membayar semula pinjaman bank yang diambil untuk membiayai pengambilalihan kilang-kilang baharu.

Beliau menambah sejumlah RM420,000 lagi akan dimanfaatkan bagi pengubahsuaian kilang-kilang ini,  RM1.63 juta untuk membeli jentera dan peralatan, RM3.62 juta untuk modal kerja sementara baki sejumlah RM3.0 juta untuk perbelanjaan penyenaraian.

Pengembangan Flexidynamic membabitkan pembinaan dua lagi kilang, yang dijangka siap menjelang Mei 2021 dengan operasi bermula pada suku ketiga tahun ini.

Kedua-dua kilang akan mempunyai jentera/mesin dan peralatan baharu untuk menjalankan kerja-kerja pembuatan dan komponen dalaman untuk sistem pengklorinan sarung tangan dalam talian.

Sementara itu, Rakuten Trade mengekalkan saranan ‘beli’ untuk kaunter berkenaan berikutan tinjauan industri yang menyakinkan serta disokong oleh permintaan berterusan dan pertumbuhan pendapatan yang dijangka mencecah setinggi dua digit dalam tempoh dua tahun akan datang.

“Oleh kerana sifat khusus industri pengklorinan industri sarung tangan, hanya ada tujuh pemain/peserta industri utama di Malaysia dengan Flexi menjadi peneraju utama, menguasai 37.7 peratus kepentingan pasaran. Pelanggan terkenal seperti Hartalega, Kossan, Sri Trang, Ever Global dan Riverstone adalah bukti akan kepakaran Flexi, ” kata firma itu dalam satu nota catatannya.

Rakuten berkata pertumbuhan industri pengklorinan sarung tangan sangat berkait rapat dengan perbelanjaan modal yang diperuntukkan bagi proses pembuatan sarung tangan, khususnya untuk barisan celupan sarung tangan.

Flexidynamics berada pada kedudukan yang tepat untuk memanfaatkan pertumbuhan industri kerana permintaan global untuk sarung tangan getah diunjur berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan 10.0 peratus dari tahun tahun 2021 hingga 2025.

“Pendapatan turut disokong oleh perolehan kontrak syarikat yang bernilai RM84.6 juta, di dalam dan luar negara,” tambah Rakuten.

— BERNAMA

Share280ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In