• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Dagangan Di Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini

in Market Update
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) —  Dagangan di Bursa Malaysia dibuka tinggi pada urus niaga pagi Isnin seiring dengan penutupan yang kukuh pada dagangan semalaman di Wall Street Jumaat lepas.

Pada 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.93 mata kepada 1,602.35 daripada 1,601.42 ketika ditutup pada petang Jumaat minggu lepas.

Indeks utama dibuka 2.17 mata lebih tinggi pada 1,603.26 pagi ini.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 319 berbalas 164 manakala 299 kaunter tidak berubah, 1,450 tidak diniagakan dan 51 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 381.73 bilion saham bernilai RM163.57 bilion.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, sentimen pasaran tempatan berkemungkinan dapat meningkatkan pergerakan positif Jumaat lepas bersandarkan kepada prestasi di Wall Street, tetapi perkembangan politik yang berlanjutan akan mengehadkan  potensi kenaikan di bursa tempatan.

Sementara itu, harga minyak mungkin bertambah baik di tengah-tengah kebimbangan mengenai halangan di perairan Terusan Suez yang berpotensi menyebabkan beberapa gangguan bekalan.

“Ini lebih-lebih lagi apabila  peniaga pasaran akan memberi tumpuan kepada kadar harga penghantaran dalam waktu terdekat.

 “Kami berpendapat kaunter minyak dan gas dapat menarik minat belian, sementara industri perkapalan mungkin lebih berhati-hati kerana pasaran akan mula membuat spekulasi mengenai kadar penghantaran yang lebih tinggi dalam tempoh terdekat ini,” kata firma penyelidikan dalam nota catatannya hari ini.

Selain itu, ia menambah peniaga juga akan berurus niaga di kaunter berkaitan vaksin memandangkan program vaksinasi COVID-19 berjalan lancar di dalam negara.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing naik dua sen kepada RM8.27 dan RM4.21, Petronas Chemicals meningkat enam sen kepada RM7.96, TNB menokok lapan sen kepada RM10.88, Hong Leong Bank tidak berubah pada RM18. 78, IHH Healthcare turun enam sen kepada RM5.35, CIMB jatuh satu sen kepada RM4.43 dan Top Glove turun empat sen kepada RM5.11.

Bagi kaunter aktif, Straits Inter Logistics naik tiga sen kepada 26.5 sen, Widad lebih tinggi 2.5 sen pada 16.5 sen, Eastern & Oriental meningkat tiga sen kepada 61.5 sen, Minda Global mengukuh 1.5 sen kepada 8.5 sen, Teladan Setia naik satu sen kepada 64 sen dan MMAG susut 1.5 sen kepada 34 sen.

Pada papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 24.01 mata kepada 11,802.3, FBM 70 menokok 54.75 mata kepada 15,605.21, FBMT 100 menambah 15.42 mata kepada 11,459.4, FBM ACE melonjak 31.32 mata kepada 10,549.43 dan FBM Emas Syariah naik 18.32 mata kepada 13,096.48.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 54.62 mata kepada 15,354.91, Indeks Perladangan lebih tinggi 5.79 mata kepada 7,106.24 sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri bertambah 0.63 mata kepada 192.04.

– BERNAMA

Share220ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In