• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Kembali Catat Peningkatan Pada Sesi Dagangan Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia menebus kembali kerugian awal yang dicatatkan pagi ini untuk mengakhiri urus niaga tengah hari lebih tinggi, dirangsang oleh kegiatan membeli saham yang lebih bernilai seperti IHH, MISC dan Digi. 

 Pada 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.87 mata kepada 1,598.16 daripada 1,595.29 ketika ditutup semalam.

Pagi ini, indeks utama dibuka 0.83 mata lebih rendah pada 1,591.66 dan kemudiannya terus diniagakan antara 1,585.44 dan 1,599.29 sepanjang sesi pagi.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 569 berbalas 403 sementara 456 kaunter tidak berubah, 795 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 3.95 bilion saham bernilai RM1.84 bilion.

Bursa tempatan mengatasi aliran menurun di pasaran serantau yang menyaksikan Nikkei Jepun 225 susut 1.61 peratus pada 28,529.69, Hang Seng Hong Kong turun 1.9 peratus kepada 27,954.52, Straits Times Singapura merosot 0.18 peratus kepada 3,126.16 dan Kospi Korea kerugian 0.33 peratus kepada 2,994.84.

Sementara di dalam negara, Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan hari ini bahawa Indeks Harga Pengguna negara meningkat 0.1 peratus kepada 122.5 pada Februari berbanding 122.4 pada bulan yang sama tahun lalu.

Jabatan itu turut menyatakan prospek ekonomi jangka pendek Malaysia kekal optimis dengan Indeks Pelopor mengukuh kepada 110.0 mata pada Januari 2021 daripada 101.7 mata pada bulan yang sama tahun lepas untuk mencapai pertumbuhan tahunan 8.2 peratus.

Ini telah membantu bursa tempatan mendapat momentum positif di tengah-tengah kekurangan pemangkin hala tuju di pasaran tempatan.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, IHH naik sembilan sen kepada RM5.40, MISC menambah 15 sen kepada RM6.84, Digi meningkat tujuh sen pada RM3.70, Maxis naik lima sen pada RM4.65 dan IOI serta Tenaga kedua-duanya meningkat enam sen kepada RM4 .30 dan RM10.76.

Bagi kaunter paling cergas, GOcean menambah setengah sen kepada 6.5 sen, SMI 4.5 sen lebih baik pada 22.5 sen, DNex naik lima sen pada 93.5 sen, MMAG meningkat satu sen kepada 50.5 sen sementara Nexgram tidak berubah pada lima sen .

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 6.22 mata kepada 11,735.34, FBMT 100 meningkat tujuh mata kepada 11,410.87 dan FBM Emas Syariah lebih tinggi 35.65 mata kepada 13,056.54 sementara FBM ACE menokok 37.29 mata kepada 10,548.90.

Bagaimanapun, indeks FBM 70 berkurangan 12.75 mata kepada 15,467.32.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 73.62 mata kepada 15,211.60 sementara Indeks Perladangan meningkat 39.87 mata kepada 7,175.07 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lebih tinggi 0.51 mata kepada 190.93.

– BERNAMA

Share248ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In