• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia terus merosot untuk hari ketiga berturut-turut berikutan pelabur menjalankan dagangan berhati-hati berdasarkan penurunan semalaman di Wall Street berikutan kebimbangan mengenai hasil bon AS, harga minyak yang rendah dan kes COVID-19 yang meningkat di Eropah.

Pada 9.15 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.81 mata kepada 1,592.49 selepas merosot di bawah 1,600 mata untuk ditutup pada paras terendah harian pada 1,616.73 semalam.

Indeks susut 0.83 mata kepada 1,591.66 pada 9 pagi.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 386 berbanding 198, manakala 328 kaunter tidak berubah, 1,311 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 725.96 juta saham bernilai RM284.99 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata Wall Street mencatatkan satu lagi kemerosotan berikutan Dow Jones merosot 0.9 peratus, didorong oleh peningkatan mendadak kes COVID-19 di peringkat global yang boleh menjejaskan kadar pemulihan ekonomi.

“Pasaran saham Eropah ditutup kebanyakannya rendah, manakala pasaran saham Asia ditutup kebanyakannya rendah berikutan pusingan baharu sekatan di China susulan pelanggaran hak asasi manusia di Xinjiang,” katanya.

Sementara itu, ia menjangka terdapat sokongan belian di kaunter perladangan atau syarikat peralatan proses dalam persekitaran harga minyak sawit mentah yang kukuh.

“Kaunter semikonduktor turut dijangka meningkat semula berikutan permintaan yang kukuh,” katanya dalam nota.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut dua sen kepada RM8.25, PBBank dan Tenaga, masing-masing naik dua sen kepada RM4.20 dan RM10.72, PChem merosot satu sen kepada RM7.91, manakala IHH tidak berubah pada RM5.31.

Bagi kaunter aktif, SMI naik 8.5 sen kepada 26.5 sen, Widad dan Tecfast, masing-masing meningkat 1.5 sen kepada 52.5 sen dan 52 sen, manakala Nexgram, BJCorp dan SapNRG, masing-masing tidak berubah pada lima sen, 26.5 sen dan 15 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 30.89 mata kepada 11,698.23, FBMT 100 merosot 25.58 mata kepada 11,378.29 dan FBM Emas Shariah berkurangan 23.14 mata kepada 12,997.75.

FBM 70 susut 56.18 mata kepada 15,453.89 dan FBM ACE merosot 13.92 mata kepada 10,497.69.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 37.7 mata kepada 15,247.52, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.61 mata kepada 189.81 manakala Indeks Perladangan naik 3.71 mata kepada 7,138.91.

— BERNAMA

Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In