• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Rendah Harian, Indeks Utama Jatuh 1.32 Peratus Ekoran Tindakan Sekatan Ke Atas China

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) — Indeks utama Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian untuk hari kedua berturut-turut, menyusut 1.32 peratus sementara sentimen pasaran meluas masih lagi kekal lesu.

Pada pukul 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh di bawah paras 1,600 mata dan merosot 21.44 mata kepada 1,595.20 mata. Semalam, ia ditutup pada paras rendah harian 1,616.73.

Pagi ini, indeks dibuka 0.05 mata lebih tinggi pada 1,616.78.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim berkata urus niaga pada Selasa menyaksikan keadaan kucar-kacir merentasi seluruh pasaran Asia termasuk indeks FBM KLCI.

Ini selepas para pelabur terganggu oleh langkah sekatan Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Britain dan Kanada terhadap pegawai China atas dakwaan pencabulan hak asasi manusia ke atas etnik minoriti Muslim, Uyghur di Xinjiang.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 860 berbalas 315, sementara 420 kaunter tidak berubah, 615 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan kepada 7.05 bilion saham bernilai RM4.04 bilion daripada 7.57 bilion saham bernilai RM3.99 bilion pada Isnin.

Adam berkata bahawa ini adalah tindakan bersama Barat yang pertama terhadap Beijing di bawah Presiden AS baharu Joe Biden.

“Pada masa sama, pelabur menahan diri daripada membuat pertaruhan besar menjelang testimoni Kongres yang akan datang oleh pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell dan Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen. Komen mengenai kenaikan hasil bon sangat dinantikan,” katanya kepada Bernama.

Alasan lain yang menyebabkan suasana suram hari ini ialah kemerosotan harga minyak di tengah-tengah penawaran yang cukup banyak ekoran kebimbangan bahawa pembendungan pandemik baharu dan pelancaran vaksin yang agak lembap di Eropah akan memperlahnkan pemulihan untuk permintaan terhadap bahan bakar.

Antara sektor yang terlibat, Indeks Pengangkutan dan Logistik Bursa Malaysia yang menyaksikan penyusutan 1.8 peratus dengan Malaysia Airports Holdings Bhd terus mencatatkan penurunan hari ini pada kadar enam peratus di tengah-tengah situasi berkaitan bank pusat Turki.

Sementara itu, saham paling rugi dalam kalangan saham berwajaran tinggi termasuk Top Glove yang turun sembilan sen kepada RM5.05, PChem jatuh 28 sen kepada RM7.92, Axiata menyusut 11 sen pada RM3.69, PBBank empat sen lebih rendah pada RM4.18 dan Genting lemah 19 sen pada RM5.17.

Bagi kaunter paling cergas, BJCorp naik empat sen pada 26.5 sen, Widad menambah 7.5 sen pada 51 sen, Macpie rugi 10 sen kepada 41 sen dan warannya menguncup dua sen pada 7.5 sen manakala Dynacia jatuh 2.5 sen kepada 12 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 131.82 mata kepada 11,729.12, FBMT 100 menyusut 135.35 mata kepada 11,403.87 dan FBM Emas Syariah turun 150.53 mata kepada 13,020.89.

Indeks FBM 70 lebih rendah 114.94 mata kepada 15,510.07 sementara FBM ACE berkurangan 141.05 mata kepada 10,511.61.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 141.21 mata kepada 15,285.22, Indeks Perladangan turun 15.20 mata kepada 7,135.20 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian jatuh 2.66 mata kepada 190.22.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 4.45 bilion saham bernilai RM3.25 bilion berbanding 4.11 bilion saham bernilai RM2.95 bilion semalam.

Perolehan waran mengukuh kepada 291.59 juta unit bernilai RM47.12 juta daripada 260.68 juta unit bernilai RM41.47 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE menyusut kepada 2.31 bilion saham bernilai RM742.79 juta daripada 3.20 bilion saham bernilai RM1 bilion sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna merangkumi 880.27 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.51 bilion), pembinaan (183.24 juta), teknologi (713.80 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (79.14 juta), hartanah (283.43 juta), perladangan (31.96 juta), REIT (6.82 juta), dana tertutup (22,800), tenaga (432.6 juta), penjagaan kesihatan (45.24 juta), telekomunikasi dan media (39.72 juta), pengangkutan dan logistik (207.77 juta) dan utiliti (35.80 juta).

— BERNAMA

Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In