“Bajet 2021 untuk Sabah dah dapat green light, saham apa nak sauk?”
Peruntukan Belanjawan 2021 Untuk Sabah Telah Diluluskan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meluluskan 1,039 projek pembangunan yang bernilai sekitar RM5.0 bilion untuk kerajaan Sabah selari dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe12) yang bermula pada tahun 2021 sehingga tahun 2025.
Sumber: Kementerian Hal Ehwal Ekonomi
Peruntukan sebanyak RM5 bilion ini telah termasuk di dalam Belanjawan 2021 untuk kerajaan negeri Sabah dan dengan kelulusan yang diberikan baru-baru ini, pihak penganalisa daripada CGS-CIMB menjangkakan proses tender akan dipercepatkan.
Tender kepada kontraktor seterusnya di Sabah untuk projek yang terlibat ini pula akan dilantik semula pada separuh tahun kedua 2021.
Kerajaan Alih Tumpuan Kepada Sabah & Sarawak Untuk RMKe12
Stimulus PEMERKASA yang dilancarkan oleh Perdana Menteri telah menambah peruntukan daripada RM2.0 bilion kepada RM5.0 bilion. Penambahan peruntukan ini adalah untuk projek berskala kecil yang masih tertunda.
Daripada peruntukan ini, Sabah menerima 53% daripadanya untuk projek berkaitan :-
- Elektrik
- Perairan
- Jalan raya
- Pendidikan
- Fasiliti perubatan
Selain itu, antara projek mega yang terlibat adalah Pan Borneo Highway (PHB) yang menghubungkan Sabah Dan Sarawak.
Sumber: CGS-CIMB
Berikut merupakan status terkini projek-projek yang terlibat daripada stimulus kerajaan untuk sektor pembinaan di Malaysia setakat artikel ini ditulis.
Projek yang terlibat untuk negeri Sabah dan Sarawak adalah yang telah digelapkan di atas.
Syarikat Yang CGS-CIMB Sarankan Untuk Tambah Pemilikan
Dengan stimulus daripada kerajaan, sektor pembinaan dilihat antara sektor yang menerima impak yang sangat positif daripadanya.
Walau bagaimana pun, dengan pembentangan RMKe12 yang ditunda, CGS-CIMB meletakkan unjuran “neutral” kepada sektor pembinaan secara menyeluruh.
Antara syarikat yang CGS-CIMB menyarankan untuk menambah pemilikannya adalah saham syarikat;-
Ketiga – tiga syarikat ini antara yang dijangka menerima impak positif daripada stimulus yang di perkenalkan oleh Kerajaan dalam RMKe12.
Para penganalisa pasaran meletakkan harga sasaran saham WCT kepada RM0.79 seunit sementara saham IJM pula kepada RM1.83 seunit.
Saranan ini juga tertakluk kepada pemulihan ekonomi dan keseimbangan keadaan politik negara.
Berikut merupakan antara pemangkin yang boleh membantu kita sebagai pelabur dalam kajian seharian kita.
Saham-saham yang disarankan di atas dah boleh dijadikan watchlist kita sebenarnya.
Untuk membuat keputusan membeli atau menjual, sebaiknya kajian yang lebih terperinci dilakukan terlebih dahulu bagi mengelakkan anda rugi sebagai seorang pelabur.
Baca: Kajian Fundamental Atau Teknikal Yang Lebih Penting Dalam Pelaburan Saham?
Sumber: CGS-CIMB, The Edge Markets, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Best ke formula ni?
Tak susah ke?
Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?
Dapatkan eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM




