• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Dalam Kerugian, Indeks Utama Susut 0.69 Peratus

in Market Update
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi hari ini dalam kerugian dengan pelabur mengambil sikap berhati-hati sementara kekurangan pemangkin positif di pasaran tempatan turut menjejaskan sentimen.

Pada 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 11.27 mata kepada 1,605.46 selepas ditutup pada paras rendah seharian 1,616.73 semalam.

Indeks utama dibuka 0.05 mata lebih tinggi pada 1,616.78 pada pukul 9 pagi tetapi kemudiannya menyusut dan seterusnya mencecah paras serendah 1,604.42 pada satu ketika.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 723 berbalas 300 manakala 412 kaunter tidak berubah, 775 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 3.88 bilion saham bernilai RM2.10 bilion.

Di pasaran serantau, Nikkei 225 Jepun susut 0.02 peratus kepada 29,167,95, Hang Seng Hong Kong turun 1.18 peratus kepada 28,545,71, Straits Times Singapura meningkat 0.25 peratus menjadi 3,135,87 dan Kospi Korea susut 0.49 peratus kepada 3,020.60.

Saham berwajaran tinggi, Maybank menyusut empat sen kepada RM8.29, PBBank turun satu sen pada RM4.21 dan PChem lebih rendah 11 sen pada RM8.09 sementara Tenaga menambah dua sen pada RM10.78.

Sementara itu, CIMB dan Topglove masing-masing turun satu sen pada pada RM4.49 dan RM5.13, sementara IHH tidak berubah pada RM5.31.

Bagi kaunter paling cergas, BJCorp mengukuh 5.5 sen pada 28 sen, Widad meningkat lapan sen pada 51.5 sen dan warannya menambah lima sen pada 30 sen, Macpie naik 2.5 sen pada 53.5 sen sementara warannya turun satu sen kepada 8.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas lemah 59.84 mata kepada 11,801.10, FBMT 100 turun 61.89 mata kepada 11,477.33 dan FBM Emas Syariah jatuh 63.28 mata kepada 13,108.14, FBM 70 lebih rendah 12.05 mata kepada 15,612.97 dan FBM ACE merosot 76.99 mata hingga 10,575.67.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 62.13 mata kepada 15,364.30, Indeks Perladangan susut 1.19 mata kepada 7,149.21 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menyusut 0.72 mata kepada 192.36.

– BERNAMA

Share244ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In