“Orang kata industri petroleum akan naik tak lama lagi”
Gas Malaysia Berhad (KLSE: 5209) (GASMSIA) merupakan sebuah syarikat yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia.
Pendapatan utama GASMSIA adalah daripada :-
- Penjualan
- Pemasaran
- Pengedaran gas asli dan Liquefied Petroleum Gas (LPG)
Terkini, GASMSIA mempunyai nilai pasaran sebanyak RM3.39 billion. Mari kita lihat 10 perkara ini sebelum nak melabur saham GASMSIA.
1. Sales Volume
GASMSIA telah mencapai pertumbuhan CAGR sebanyak 5.48% dengan penjualan gas, meningkat daripada 127.6 juta MMBtu pada tahun 2012 kepada 201.2 juta MMBtu pada tahun 2019.
Peningkatan ini disumbangkan oleh pertumbuhan rangkaian gas paipnya daripada 1,800 km pada tahun 2012 kepada 2,468km pada tahun 2019. Pada tahun 2019, GASMSIA menjual gas aslinya kepada:


2. Keputusan Kewangan 8 Tahun Terkini
Gas Malaysia mencapai pertumbuhan CAGR sebanyak 18.29% dalam perolehan pada 2012-2019. Ia meningkat daripada RM2.13 bilion pada tahun 2012 kepada RM6.89 bilion pada tahun 2019.
Pada masa yang sama, penambahannya daripada segi keuntungan bersih adalah sebanyak 2.24% di dalam CAGR.
Ia adalah lebih perlahan daripada peningkatan perolehannya pada masa tersebut. Keuntungan bersih telah meningkat daripada RM162.8 juta pada tahun 2012 kepada RM190.1 juta pada tahun 2019.


3. Return on Equity (ROE)
Pada tahun 2012 sehingga tahun 2019, GASMSIA mencapai ROE purata sebanyak 16.07% setahun.
Ini bermaksud bahawa, GASMSIA telah menjanakan RM16.07 dalam keuntungan bersih daripada RM100.00 di dalam ekuiti pemegangan saham.
4. Pengurusan Aliran Tunai
Pada tahun 2012 sehingga tahun 2019, GASMSIA telah menjana RM1.73 bilion dalam aliran tunai operasi dan RM381.0 juta dalam peminjaman hutang jangka panjang.
Tambahan RM72.1 juta dalam pendapatan faedah. Dari jumlah itu, Gas Malaysia telah membayar :-
a. RM 915.1 juta di untuk pembelian bersih property, plant & equipment (PPE).
b. RM 1.28 bilion di untuk dividen kepada pemegang saham.
c. RM 35.3 juta di untuk kos faedah.
Ini membuktikan GASMSIA merupakan sebuah syarikat yang berupaya menjana aliran tunai operasi positif secara berterusan. Kesannya, GASMSIA berjaya membayar dividen kepada pemegang sahamnya secara konsisten.
5. Keputusan Kewangan Terkini
Pada suku keempat tahun 2020, GASMSIA telah mencatatkan RM298.2 juta dalam liabiliti bukan semasa dan RM1.08 bilion dalam ekuiti pemegang saham.
Jadi, nisbah hutang terkini bagi GASMSIA adalah 27.61%. Pada masa tersebut, ia telah mencatatkan RM1.10 bilion dalam aset semasa dan RM1.26 bilion di dalam liabiliti semasa.
Maka, nisbah semasa terkini bagi GASMSIA adalah 0.87.
6. Keputusan Kewangan 12 Bulan Terkini
Untuk 12 bulan terkini, GASMSIA telah mencatatkan RM6.69 bilion di dalam perolehan dan RM212.6 juta dalam keuntungan bersih atau 16.56 sen di dalam earnings per share (EPS).
Maka, ia telah merekodkan 19.69% dalam ROE pada tahun 2020 jika ianya dikira dengan RM1.08 bilion dalam ekuiti pemegang saham.

7. Pemilik Utama
Pada 31 Mac 2020, 5 pemilik utama bagi GASMSIA adalah seperti berikut:

Tan Sri Dato’ Seri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor (Mokhtar) merupakan pemegang saham utama bagi GASMSIA dengan pemegangan sahamnya menerusi MMC Corporation Bhd yang memiliki saham Anglo-Oriental (Annuities) Sdn Bhd.
8. P/E Ratio
Pada 16 Mac 2021, harga GASMSIA ialah RM2.63 untuk seunit saham. Maka, P/E Ratio terkini adalah 15.88 jika dibandingkan dengan EPS bagi 12 bulan terkini yaqni sebanyak 16.56 sen.
Jika kita membandingkannya dengan P/E Ratio lalu (2012 – 2019), ianya adalah nisbah yang terendah untuk tempoh 8 tahun tersebut.
P/E Ratio Terkini (12 Bulan EPS)
= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini
= RM 2.63 / RM 0.1656
= 15.88

9. P/B Ratio
Pada suku keempat tahun 2020, GASMSIA telah mencatatkan sebanyak 84.12 sen di dalam aset bersih bagi sesaham.
Maka, P/B Ratio GASMSIA terkini adalah 3.13. Jika kita membandingkan ia dengan P/B Ratio yang lalu (2012 – 2019), ianya merupakan nisbah yang terendah untuk tempoh 8 tahun tersebut.
P/B Ratio Terkini
= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham
= RM 2.63 / RM 0.8412
= 3.13

10. Kadar Dividen
Untuk tempoh 12 bulan terkini, GASMSIA telah membayar 14.15 sen dalam dividen setiap saham. Maka, kadar dividen GASMSIA terkini adalah sebanyak 5.38% setahun.
Jika ia dibandingkan dengan kadar dividen yang lalu (2012 – 2019), nisbahnya merupakan yang tertinggi dalam tempoh 8 tahun tersebut.
Kadar Dividen Terkini
= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%
= (RM 0.1415 / RM 2.63) x 100%
= 5.38%


Kesimpulan:
Secara kesimpulan, kami mendapati:

Jadi, wajarkah anda melabur di dalam saham GASMSIA? Dengan data dan fakta yang kami kongsikan di atas, anda sebenarnya sudah boleh membuat anggakan kasar.
Semuanya terpulang kepada anda untuk melabur ke saham GASMSIA atau melihat saham yang lain. Tepuk dada, tanyalah selera.
Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia.
Nak Tahu Tenik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)