• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Empat Catalyst Yang Bakal Menggerakkan Pasaran Saham Global Pada Minggu Ini (17-21 Ogos 2020)

in Catalyst
A A
Empat Catalyst Yang Bakal Menggerakkan Pasaran Saham Global Pada Minggu Ini (17-21 Ogos 2020)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Pasaran saham global masih dibayangi dengan penularan wabak Covid-19 dan risiko yang lain termasuk, politik di Amerika Syarikat dan juga perang teknologi AS-China. Semua ini akan terus menjadi penggerak pasaran Wall Street, Eropah hingga ke Asia pada minggu ini.

Pasaran Wall Street ditutup bercampur-campur pada minggu baru berakhir setara dengan penutupan dalam pasaran Asia dan Eropah yang ditutup lebih awal.

Indeks Dow Jones yang mengandungi 30 syarikat terbesar dalam bursa saham Amerika Syarikat (AS) naik hanya 0.12% di mana Nasdaq yang terdiri lebih daripada 2,500 syarikat ditutup pada paras 11,019 mata dengan penyusutan 0.21%. Manakala indeks S&P 500 ditutup 0.02% lebih rendah di paras 3,372 mata.

Kebimbangan terhadap China wujud apabila tiga data ekonomi pada hari Jumaat menunjukkan pemulihan ekonomi negara itu kian perlahan. Data pelaburan aset tetap di negara itu merosot 1.6%, data pengeluaran industri pula hanya meningkat 4.8% kurang daripada jangkaan pasaran 5.1%. Lebih membimbangkan data jualan runcit merosot 1.1%, jauh meleset daripada jangkaan kenaikan 0.1%.

Walaubagaimanapun, indeks saham utama China pada Jumaat ditutup lebih tinggi walaupun wujud kebimbangan terhadap pemulihan di negara itu.

Berikut adalah empat catalyst yang bakal menggerakkan pasaran saham global pada minggu ini.

Donald Trump VS Demokrat

Sebelum ini jutaan rakyat Amerika Syarikat mendapat bantuan kewangan US$600 seminggu sebagai rangsangan agar golongan yang kehilangan pekerjaan dapat meneruskan kehidupan dalam tempoh sukar penularan Covid-19.

Namun, bantuan ini tamat pada penghujung bulan Julai dan memerlukan Kongres AS meluluskan rangsangan baru tetapi tidak dipersetujui oleh pihak dari Parti Demokrat.

Parti Demokrat mencadangkan sejumlah US$25 billion dana diberikan kepada perkhidmatan pos dan US$3.6 billion kepada kerajaan negeri untuk menjalankan pilihanraya yang selamat dengan undi pos. Trump menentang cadangan ini yang berhasrat menjadikan undian lebih selamat semasa pandemik.

Sejak daripada itu, kedua-dua pihak gagal mempersetujui rang undang-undang baru bagi memberi bantuan kepada rakyat AS yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Meraka saling menyalahkan antara satu sama lain sebagai punca bantuan baru tidak dipersetujui.

Syarikat Teknologi China Tertekan

Presiden Trump telah menandatangani arahan eksekutif bagi menghalang penduduk AS daripada berurusan dengan syarikat-syarikat teknologi dari China pada 7 Ogos 2020.

Pada mulanya beliau memberikan masa selama 45 hari bagi Microsoft dan Bytedance berunding bagi pengambil alihan operasi TikTok di Amerika Syarikat. Terbaru beliau memberi masa selama 90 hari untuk Bytedance menjual aplikasi TikTok kepada syarikat dari Amerika Syarikat itu.

Dalam perkembangan terbaru, Amerika Syarikat dan China membatalkan konferens video bagi mengkaji semula perjanjian yang telah dipersetujui pada Februari lalu. Sepatutnya kedua-dua pihak berada di meja rundingan pada Sabtu (15 Ogos 2020) bagi mengkaji semula perjanjian perdagangan fasa satu yang dimeterai sebelum ini.

Penemuan Vaksin Covid-19

Minggu lalu Russia mendakwa bahawa telah berjaya menghasilkan vaksin Covid-19. Hal ini sekaligus telah menyebabkan aktiviti pengambilan untung dalam saham-saham sarung tangan terbesar dunia yang kebanyakannya dari Malaysia.

Saham-saham TopGlove, Supermax, Hartalega dilihat membuat penurunan yang mendadak dengan aktiviti pengambilan untung berlangsung sepanjang minggu lalu di Bursa Malaysia.

Sebaliknya, saham penjagaan kesihatan seperti Pharmaniaga dan Duopharma pula membuat kenaikan pada hari Khamis lepas yang mana pada awalnya telah dilantik oleh kerajaan untuk membotolkan vaksin Covid-19.

Prestasi Aktiviti Ekonomi Eropah

Data-data PMI sektor ekonomi di Eropah akan dikeluarkan pada hari Jumaat antara pukul 3 hingga 4 petang waktu Malaysia. Data ini bakal memberikan kita sedikit petunjuk tentang perkembangan aktiviti ekonomi pasca lockdown terutamanya di Jerman, Perancis dan United Kingdom (UK). Data pmi UK pula akan dikeluarkan pada pukul 4.30 petang.

Walaupun bukan keseluruhan, sekurang-kurangnya indeks aktiviti dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan di negara-negara ini memberi isyarat tentang bagaimana prestasi pemulihan ekonomi di negara-negara itu dalam fasa pemulihan.

Data PMI yang dikeluarkan bulan lalu menunjukkan rebound yang signifikan di dalam ekonomi Eropah di mana bacaan melepasi paras 50 yang membahagikan antara kemelesetan dan pertumbuhan.

Sumber Rujukan:

  • Investing.com
  • CNBC

Nak Kejar Saham Wall Street Yang Bakal Naik?

Baru mula melabur dalam pasaran US? 

Tak tahu nak pilih saham yang baik di pasaran US?

Selalu terlepas beli saham yang dah meroket?

Kami tahu kebanyakan buku-buku saham global yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…

Jangan risau…

Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang senang faham dalam Bahasa Melayu.

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

1. Apa Itu Leader & Laggard

2. Mengapa Perlu Mengenal Pasti Leader & Laggard

3. Cara Mengenal Pasti Kaunter Leader & Laggard

4. Contoh Perbandingan Leader & Laggard Saham Wall Street

5. Senarai 10 Sektor Saham di Wall Street

6. 100 Contoh Saham Leader & Laggard Wall Street

Bila dah ada ilmu tentang Leader & Laggard, kita dah tak perlu pening nak kejar saham.

E-book ini sangat sesuai bagi yang serius nak buat duit USD melalui pasaran saham Wall Street.

Dapatkannya eBook Leaders and Laggards Wall Street sekarang -> https://thekapital.my/leaderslaggards-wallstreet

Share238ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In