• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Rendah

in Market Update
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi lebih rendah dengan petunjuk lemah daripada prestasi semalaman di Wall Street serta kejatuhan harga minyak terus menjejaskan sektor teknologi dan tenaga.

Pada 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 6.53 mata kepada 1,621.46 daripada 1,627.99 pada penutupan urus niaga petang Khamis.

Pagi ini, indeks dibuka 3.05 mata lebih tinggi pada 1,631.04, tetapi kemudiannya mula menyusut dan seterusnya mencecah paras serendah 1,620.80 pada satu ketika.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 774 berbalas 261 manakala 410 kaunter tidak berubah, 802 tidak diniagakan dan 55 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 5.347 bilion saham bernilai RM2.46 bilion. 

Secara keseluruhan, pasaran bergerak lebih rendah seiring dengan prestasi kebanyakan pasaran serantau, dengan hanya kaunter pembinaan terpilih dan saham berharga rendah berada dalam zon positif.

Indeks Hang Seng merosot 1.55 peratus kepada 28,950.83, Indeks Komposit Bursa Saham Shanghai turun 1.04 peratus pada 3,426.91 sementara Indeks Nikkei 1.14 peratus lebih lemah pada 29,873.22 dengan para pelabur menantikan hasil mesyuarat dasar Bank of Japan.

Pasaran saham semalaman Amerika Syarikat (AS) berakhir dalam kerugian dengan Indeks Dow, Nasdaq dan S&P 500 berada dalam wilayah negatif. Nasdaq mencatat penurunan mendadak berikutan tekanan penjualan saham teknologi.

Sementara itu, harga minyak turun lebih daripada tujuh peratus pada hari Khamis di tengah-tengah kebimbangan mengenai permintaan dari Eropah serta inventori minyak mentah AS yang lebih tinggi melampaui jangkaan, melonjak sebanyak 2.4 juta tong minggu lalu.

Dalam urus niaga tempatan, Press Metal turun 16 sen kepada RM10 dan Public Bank menyusut tiga sen kepada RM4.25.

MISC lebih rendah 12 sen pada RM6.85 dan PChem berkurangan lima sen kepada RM8.15.

Sebaliknya, Maybank dan Sime Darby masing-masing naik lima sen kepada RM8.42 dan RM2.44, sementara Maxis dan Digi, kedua-duanya meningkat lima sen dan tiga sen kepada RM4.68 dan RM3.71.

 Bagi kaunter paling cergas, Macpie melonjak 29.5 sen kepada 59 sen, Widad turun dua sen kepada 61.5 sen dan Cuscapi naik lima sen kepada 31 sen.

Dagang NeXchange susut satu sen kepada 95 sen and Hiap Teck tidak berubah pada 50 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas lemah 62.75 mata kepada 11,888.36, FBMT 100 susut 57.44 mata kepada 11,568.16 dan FBM Emas Syariah merosot 69.15 mata kepada 13,168.99.

Indeks FBM 70 pula berkurangan 119.68 mata kepada 15,645.54 dan FBM ACE bertambah 130.19 mata kepada 10,767.54.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 27.29 mata kepada 15,540.63, Indeks Perladangan lebih rendah 7.93 mata kepada 7,151.86 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri susut 1.44 mata kepada 192.53.

– BERNAMA

Share250ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In