• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Bercampur-Campur Pada Tengah Hari

in Market Update
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari ini berikutan penurunan dalam sektor tenaga, kewangan dan perladangan yang mendorong indeks petunjuk pasaran rendah.

Pada 12.30 tengah hari, petunjuk pasaran FBM KLCI merosot 4.99 mata kepada 1,618.97 daripada 1,623.96 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks dibuka tinggi 1.65 mata kepada 1,625.61 dan turun naik antara 1,616.19 dan 1,625.67 sepanjang sesi pagi.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 536 berbanding 470, manakala 417 kaunter tidak berubah, 814 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 8.07 bilion saham bernilai RM2.42 bilion.

Seorang penganalisis berkata sebahagian pelabur mengambil pendirian berhati-hati menjelang mesyuarat dasar Rizab Persekutuan AS yang dijadualkan berakhir hari ini dalam persekitaran pasaran minyak yang rendah.

“Mereka menunggu hala tuju mengenai kadar faedah. Selain itu, pelabur memantau dasar bank pusat lain yang mengadakan mesyuarat minggu ini,” katanya.

Pada masa ini, minyak mentah Brent dan West Texas Intermediate, masing-masing susut kepada US$68.23 dan US$64.74 setong.

Daripada saham wajaran tinggi, kaunter paling rugi termasuklah Public Bank merosot lapan sen kepada RM4.23, Maybank dan CIMB, masing-masing susut tiga sen kepada RM8.42 dan RM4.49.

PetChem berkurangan lima sen kepada RM8.20 dan Sime Darby susut tujuh sen kepada RM2.41.

Dalam pada itu, TM naik 23 sen kepada RM6.39 dan Genting meningkat 14 sen kepada RM5.26.

Dalam kalangan saham cergas, Pegasus tidak berubah pada tiga sen, manakala Borneo Oil naik satu sen kepada 4.5 sen.

Scomi dan Lambo, masing-masing meningkat setengah sen kepada 11.5 sen dan tiga sen, manakala Barakah naik empat sen kepada 11.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 20.38 mata kepada 11,881.29, FBMT 100 susut 26.38 mata kepada 11,557.87 dan FBM Emas Shariah berkurangan 4.94 mata kepada 13,175.03.

FBM 70 susut 0.1 mata kepada 15,660.65 dan FBM ACE merosot 63.34 mata kepada 10,683.71. 

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 88.50 mata kepada 15,514.47, Indeks Perladangan susut 22.68 mata kepada 7,207.59 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 0.10 mata kepada 191.89.

— BERNAMA

Share271ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In