• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Tetapi Merosot Kemudiannya

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi merosot kemudiannya, menjejaki prestasi Wall Street yang berhati-hati menjelang mesyuarat dasar Rizab Persekutuan AS yang akan berakhir pada Rabu.

Pada 9.08 pagi, petunjuk pasaran FBM KLCI susut 2.0 mata kepada 1,623.96 daripada 1,623.96 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks dibuka tinggi 1.65 mata kepada 1,625.61.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 290 berbanding 217, manakala 356 kaunter tidak berubah, 1,374 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.46 bilion saham bernilai RM256.47 bilion.

Malacca Securities berkata pasaran saham AS merosot daripada paras tertinggi baru-baru ini berikutan Dow (-0.4 peratus) mengakhiri kenaikan selama tujuh hari berturut-turut susulan data jualan runcit yang rendah (-3.0 peratus bulan ke bulan) dan pengeluaran pembuatan (-4.1 peratus bulan ke bulan) pada Februari 2021.

Nasdaq naik 0.9 peratus, didorong oleh saham teknologi.

Di peringkat tempatan, ia yakin kes harian COVID-19 yang rendah dicatatkan pada Selasa akan terus memacu sentimen pasaran dalam persekitaran positif, bagaimanapun aliran meningkat dijangka dikekang oleh sentimen bercampur-campur Wall Street semalaman. 

“Dari segi komoditi, minyak mentah Brent telah menyaksikan kemerosotan berikutan kebimbangan baharu mengenai permintaan disebabkan gelombang baharu kes pandemik di Eropah, manakala minyak sawit mentah merosot berikutan jangkaan pasaran mengenai pengeluaran yang meningkat.

“Walaupun beberapa sektor seperti penerbangan dan permainan menyaksikan sedikit penurunan, kami yakin aktiviti belian saham pada harga rendah akan berlaku tidak lama lagi, berdasarkan kes harian COVID-19 yang susut,” katanya, sambil menambah peniaga dijangka melihat sektor pengguna, pembinaan dan hartanah.

Selain itu, sektor teknologi dijangka mencatatkan peningkatan semula, menjejaki kenaikan semalaman di Nasdaq.

Saham wajaran tinggi, Axiata kekal rendah, susut tujuh sen kepada RM3.78, manakala Public Bank dan Maybank, masing-masing merosot dua sen kepada RM4.29 dan RM8.43.

Sime Darby berkurangan lima sen kepada RM2.43 selepas meningkat pada Selasa.

Dalam pada itu, Press Metal naik enam sen kepada RM10.06 dan Nestle meningkat 90 sen kepada RM136.60.

Dalam kalangan saham cergas, Pegasus tidak berubah pada tiga sen, manakala Borneo Oil, Compugates dan Dynaciate, masing-masing menambah setengah sen kepada empat sen, 3.5 sen dan 15.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 4.53 mata kepada 11,897.14, FBMT 100 susut 8.79 mata kepada 11,575.46 dan FBM Emas Shariah naik 1.70 mata kepada 13,181.67.

FBM 70 meningkat 9.35 mata kepada 15,669.90 dan FBM ACE susut 85.50 mata kepada 10,661.55. 

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 18.95 mata kepada 15,584.02, Indeks Perladangan naik 14.33 mata kepada 7,244.60 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.48 mata kepada 192.47.

— BERNAMA

Share224ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In