• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Ambil Tahu 9 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham Al-Aqar Healthcare REIT (Edisi: 2021)

in Fundamental Analisis
A A
Ambil Tahu 9 Perkara Ini  Sebelum Nak Melabur Saham Al-Aqar Healthcare REIT  (Edisi: 2021)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

“Yang nak melabur dalam REIT healthcare dah bersedia ke belum?”

Al-Aqar Healthcare REIT (KLSE: 5116) (Al-Aqar) merupakan  sebuah REIT yang tersenarai di Bursa Malaysia.

REIT ini menumpukan pelaburan hartanahnya terutamanya dalam sektor kesihatan. Antara pelaburannya adalah hospital, pusat kesihatan, rumah jagaan dan persaraan orang tua yang terletak di Malaysia & Australia. 

Al-Aqar mempunyai nilai pasaran semasa sekitar RM956.78 juta.

 Mari kita lihat 9 perkara ini sebelum nak melabur unit Al-Aqar:

1. Pembelian dan Pelupusan Hartanah (2011-2020)

 Pada tahun 2010, Al-Aqar memiliki sebanyak 20 hartanah di dalam portfolionya. 

Untuk rekod, syarikat ini telah menyelesaikan transaksi jual beli hartanah seperti berikut:

 Terkini, pada tahun 2020, Al-Aqar memiliki 22 hartanah di dalam portfolionya.

Ini menjadikan nilai portfolio Al-Aqar Healthcare REIT telah meningkat daripada RM1.10 bilion pada tahun 2010 kepada RM1.53 bilion pada tahun 2020.

2. Keputusan Kewangan 10 Tahun Terkini

Keputusan kewangan Al-Aqar untuk tempoh  10 tahun terkini telah dipengaruhi oleh transaksi jual beli seperti dijelaskan di atas:

Secara keseluruhannya, Al-Aqar mencatatkan perolehan sekitar RM100 sehingga RM120 juta dan RM55 sehingga RM65 juta di dalam pendapatan nyata pada tahun 2016 sehingga tahun 2020.

3. Kedudukan Kewangan Terkini

Pada tahun 2020, Al-Aqar telah mencatatkan RM683.59 juta di dalam hutang keseluruhan dan RM1.65 bilion di dalam aset keseluruhan. Maka, nisbah hutangnya terkini ialah 41.48%.

4. Private Placement Yang Dicadangkan

Pada 27 Oktober 2020, Al-Aqar telah mengumumkan bahawa mereka merancang untuk membuat Private Placement untuk menjanakan dana baru bernilai RM50 juta daripada pengeluaran 39.37 juta unit saham baharu.

Apa yang menarik adalah, unit saham baharu ini ditawarkan pada harga bermula RM1.27 seunit sahaja. 

Selain itu, Al-Aqar berniat untuk menggunakannya untuk membayar:

  • RM30.0 juta untuk melangsaikan pembiyaan islamik.
  • RM15.3 juta untuk pelaburan hartanah masa depan, jika ada.
  • RM4.0 juta untuk capital expenditures (CAPEX).
  • RM 0.7 juta untuk defrayment of estimated expenses.

Dengan itu, Al-Aqar telah berjaya membuat penjimatan kos faedah sebanyak RM1.7 juta (dikirakan berdasarkan dengan nisbah keuntungan sebanyak 5.75% setahun).

5. Lima Pemegang Unit Terbesar

 Pada 31 Disember 2020, lima pemegang unit terbesar bagi Al-Aqar ialah seperti berikut:

6. Laporan Penasihat Shariah

 Daripada Laporan Tahunan Al-Aqar Healthcare REIT 2020, Al-Aqar telah melaporkan sifar nisbah pendapatan sewa daripada aktiviti tak berpatutan Shariah.

Dan semua tunai dan aset cairnya telah diletakkan dalam pelaburan dan instrumen yang patuh syariah. 

Oleh demikian, Al-Aqar telah mematuhi syarat-syarat yang dikemukakan oleh Suruhanja Sekuriti Malaysia untuk mengekalkan status  Islamik REIT di Malaysia.

7. Pengiraan Net Distribution per Unit (DPU)

Di sini, kami akan tunjukkan teknik untuk mengira net DPU bagi Al-Aqar. Bagi REIT di Malaysia, DPU diisytiharkan ialah DPU kasar dan ia terdiri daripada:

Untuk 12 bulan terkini, Al-Aqar telah mengisytiharkan DPU seperti berikut:

Pengiraan DPU bersih bagi Al-Aqar adalah seperti berikut:

 Maka, untuk 12 bulan terkini, Al-Aqar telah mengisytiharkan 6.55 sen dalam DPU bersih.

8. Kadar Pengagihan Semasa

Status terkini harga saham Al-Aqar setakat 11 Mac 2021 yang lalu adalah RM 1.30.

Di sini, kami akan memberikan cara 2 pengiraan kadar pengagihan semasa bagi Al-Aqar. 

Satu adalah berdasarkan kepada DPU bersih Al-Aqar bagi tahun 2019 (sebelum COVID-19) dan satu lagi untuk DPU bersih Al-Aqar bagi tahun 2020 (semasa COVID-19):

Kadar Pengagihan (DPU bersih 2019)

= (DPU bersih 2019 / Harga Semasa) x 100%

= (RM 0.07499 / RM 1.30) x 100%

= 5.77%

Kadar Pengagihan (DPU bersih 2020)

= (DPU bersih 2020 / Harga Semasa) x 100%

= (RM 0.06547 / RM 1.30) x 100%

= 5.04%

9. P/B Ratio

Pada suku keempat tahun 2020, aset bersih Al-Aqar adalah RM1.28 seunit. Maka P/B Ratio terkini bagi Al-Aqar adalah 1.02, nisbah ini adalah lebih rendah di dalam masa 10 tahun terkini.

P/B Ratio Terkini

= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Seunit

= RM 1.30 / RM 1.28

= 1.02

Kesimpulan:

Natijahnya,  kami mendapati bahawa:

Sebagai penutup kata, berdasarkan data dan statistik yang dikongsikan, wajarkah anda melabur di unit Al-Aqar Healthcare REIT?

Semua itu bergantung kepada objektif pelaburan anda.

Sebelum kita membuat keputusan dalam apa sahaja pelaburan, sebaiknya untuk kita membuat kajian yang mendalam dan terperinci terlebih dahulu.

Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia. 

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?

 Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Best ke formula ni?
Tak susah ke?

Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?

Dapatkan eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Share480ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

9 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

9 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

10 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In