“Macam mana nak tahu syarikat tu bagus untuk dibeli?”
CANSLIM merupakan sebuah kaedah yang diperkenalkan oleh William J. O’Neil untuk pelabur meraih pulangan yang lumayan dalam pelaburan saham ketika pasaran berada dalam keadaan Bullish.
CANSLIM ini merupakan kata-kata kunci untuk kita gunakan bagi menilai kualiti syarikat sebelum membuat keputusan untuk membelinya.
Kali ini, kita akan menggunakan kaedah CANSLIM untuk membantu kita membuat kajian ke atas syarikat Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB).
Baca: Memilih Saham Berkualiti Dengan Kaedah C.A.N.S.L.I.M
Latar Belakang Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) (9237)
Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) terlibat dalam tiga segmen utama iaitu segmen pembuatan, jual beli hartanah dan pembinaan.
Antara kerja-kerja dan projek yang SCIB terlibat adalah seperti:
- Pembuatan konkrit pencetak
- Pembuatan paip
- Pembuatan cerucuk konkrit
- Pemasangan komponen sistem bangunan perindustrian
- Pemasangan jubin atap konkrit
Syarikat ini mempunyai nilai pasaran semasa sebanyak RM956.5 juta dan telah tersenarai di papan utama Bursa Malaysia sejak tahun 2002.
Jom kita kaji kaunter SCIB ini dengan menggunakan kaedah CANSLIM.
C: Current Earnings SCIB
Salah satu cara untuk kita menilai kualiti pendapatan sesebuah syarikat adalah dengan melihat pertumbuhan perolehan syarikat yang terkini.
Kita boleh mengukur pertumbuhan pendapatan bersih syarikat untuk suku tahunan terkini dengan suku yang sama pada tahun sebelumnya.
Keuntungan bersih untuk suku keempat tahun 2020 untuk SCIB adalah sebanyak RM30.39 juta, meningkat lebih daripada 3000% berbanding suku yang sama pada tahun sebelumnya.
Pertumbuhan pendapatan yang positif ini adalah perkara yang sangat baik untuk syarikat kerana ini menandakan bahawa syarikat tidak mempunyai masalah untuk menjana pendapatan.
SCIB merupakan antara syarikat di dalam sektor pembinaan yang kukuh di Bursa Malaysia. SCIB masih mampu mencatatkan pertumbuhan pendapatan yang positif walaupun berdepan dengan cabaran ekonomi sepanjang tahun 2020.
A: Annual Earnings SCIB
Seterusnya, kita melihat kepada perolehan syarikat secara tahunan. Kita perlu melihat pendapatan bersih tahunan sesebuah syarikat sebagai kayu pengukur prestasi pendapatan tahunan.
Pendapatan bersih SCIB pada tahun 2020 dilihat meningkat dengan drastik sekali berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Pada tahun 2020, pendapatan bersih SCIB adalah sebanyak RM52.17 juta, meningkat lebih daripada 1,500%.
Peningkatan pendapatan ini majoritinya adalah hasil daripada pembinaan dan kejuruteraan, perolehan, pembinaan, dan pentauliahan (EPCC) terbesar yang diperolehi syarikat di pelbagai negara.
N: News, New High, New Management
News atau berita terkini secara langsung atau tidak langsung mampu menjadi pemangkin kepada sesebuah syarikat.
Harga saham yang tertinggi atau New High yang dicatatkan oleh saham sesebuah syarikat adalah merupakan faktor penting.
Seterusnya, pertukaran pentadbiran syarikat dan pihak pengurusan juga penting dalam menentukan prestasi sesebuah syarikat bagi tempoh jangka masa panjang.
Berdasarkan petikan berita pada 9 Februari 2021, SCIB sedang dalam usaha untuk mendapatkan projek EPCC bernilai RM821 juta.
Jika syarikat ini berjaya memperolehi projek ini, ianya merupakan satu perkara yang sangat positif kepada SCIB pada tahun 2021.
Pada 15 Mac 2021, Bank Islam Securities Sdn Bhd memberi signal kepada kaunter SCIB. Kaunter SCIB sememangnya pendapat perhatian pelabur sejak membuat breakout pada 11 Mac 2021 yang lalu.
S: Supply and Demand
Permintaan dan penawaran jumlah saham di pasaran adalah penting untuk menentukan pergerakan harga sesebuah saham.
Jumlah unit saham yang didagangkan ini menentukan sama ada harga saham itu mudah atau sukar untuk turun naik berdasarkan permintaan semasa.
Jumlah unit saham SCIB yang didagangkan adalah sebanyak 455.99 juta unit.
Untuk kita mengetahui sama ada jumlah ini adalah banyak atau tidak, kita perlu membandingkannya dengan syarikat-syarikat pesaing lain yang berada di dalam sektor yang sama.
*Jumlah dagangan ini akan sentiasa berubah-ubah mengikut dagangan semasa.
Gambar di atas menunjukkan jumlah dagangan harian SCIB kurang daripada jumlah purata dagangan saham selama tiga bulan.
Jika jumlah dagangan ini kurang jumlah purata dagangan selama tiga bulan, ini bermakna tumpuan pelabur masih belum tertumpu sepenuhnya terhadap saham syarikat ini.
L: Leader and Laggard
Leader dan laggard ini adalah untuk kita tentukan saham mana yang lebih sensitif bertindak balas dengan sebarang berita yang berkaitan dengan sesebuah industri berkenaan.
Salah satu cara untuk menentukan sama ada sesuatu saham adalah leader atau laggard, adalah dengan membandingkan pergerakan harga saham tersebut dengan pergerakan indeks sektor yang terlibat.
Pergerakan harga saham SCIB (Biru) adalah lebih tinggi berbanding dengan pergerakan indeks pembinaan di Bursa Malaysia(Oren).
Oleh yang demikian, saham SCIB boleh dikategorikan sebagai leader berbanding pesaingnya yang lain yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Kaedah lain pula adalah dengan membandingkan modal pasaran syarikat ini dengan pesaingnya yang lain.
Jadi, berdasarkan modal pasaran, adakah SCIB masih merupakan leader kepada sektor pembinaan?
I: Institutional Investor
Institutional Investor ini adalah kumpulan institusi kewangan yang mempunyai modal pelaburan yang besar seperti:
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Permodalan Nasional Berhad (PNB)
- Khazanah Nasional Berhad
Antara pelabur institusi yang lain adalah seperti Mutual Fund, Bank Pelaburan, Syarikat Takaful/Insurans dan yang lain-lain.
Bagi syarikat SCIB, tidak banyak pelabur institusi yang merupakan pemegang utama saham syarikat.
Hanya Affin Hwang Asset Management Berhad dan Sarawak Economic Development Corporation sahaja merupakan pemegang institusi syarikat ini.
Syarikat ini lebih banyak dipegang oleh individu seperti Mohd Abdul Karim dan Rosland Bin Othman yang memegang lebih 40% pegangan saham syarikat SCIB ini.
M: Market Direction
Market direction ini sangat penting kerana kaedah ini hanya akan berkesan ketika pasaran sedang berada dalam keadaan bullish atau menaik.
Kaedah ini kurang sesuai digunakan ketika pasaran berada dalam fasa menurun.
Arah kaunter SCIB ini menunjukkan saham ini sedang membuat fasa kenaikan sejak daripada Mac 2020 sehingga ke hari ini.
Cuma harga saham ini jatuh dengan mendadak selepas perlaksanaan bonus issue pada awal Januari 2021 ini.
Secara keseluruhan carta masih menunjukan arah kaunter ini masih membuat fasa aliran menaik.
Kajian di atas adalah contoh cara penggunaan strategi CANSLIM dalam pemilihan saham sebelum kita membuat keputusan untuk melabur ke dalam sesebuah syarikat.
Baca: Kajian CANSLIM KE Atas Syarikat INARI
Kaedah ini digunakan oleh pengurus dana dan juga pelabur-pelabur yang berjaya. Jika mereka juga menggunakan kaedah ini, mengapa tidak kita?
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Best ke formula ni?
Tak susah ke?
Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?
Dapatkan eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)