• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Kenaikan Dicatatkan Saham Mewah

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin susulan kenaikan yang dicatatkan saham-saham mewah daripada sektor tenaga, utiliti, perbankan dan pengguna yang menyokong dengan mengimbangi penurunan dialami saham teknologi, penjagaan kesihatan dan berharga rendah.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran, meningkat 5.23 mata kepada 1,620.92 daripada 1,615.69 ketika dagangan ditutup pada Jumaat lepas.

Indeks utama itu dibuka 3.93 mata lebih tinggi kepada 1,619.62 dan bergerak di antatra 1,619.21 dengan 1,624.74 sepanjang dagangan.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 610 berbanding 586 manakala 406 kaunter tidak berubah, 593 kaunter tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan melepasi paras 10 bilion untuk untuk ditutup pada 10.29 bilion unit saham bernilai RM5.22 bilion daripada 9.64 bilion unit saham bernilai RM5.51 bilion pada Jumaat lepas.

Sektor teknologi mengalami tekanan selepas mencatatkan kenaikan kukuh selama empat hari berturut-turut, mencerminkan penyusutan yang dialami saham syarikat teknologi di Komposit Nasdaq.

Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) ditutup tinggi pada Jumaat lepas memandangkan petunjuk pasaran Purata Perindustrian Dow Jones meningkat 0.9 peratus apabila pelaksanaan program vaksin COVID-19 menunjukkan kemajuan positif, tetapi turun naik dalam saham teknologi terus mengekang kenaikan S&P 500 (+0.1 peratus) dan mendorong Nasdaq susut (-0.6 peratus).

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim berkata peningkatan dicatatkan bursa tempatan juga seiring dengan bursa-bursa serantau Asia, dalam situasi prospek ekonomi bertambah baik selepas pakej bantuan pandemik AS diluluskan.

“Pemangkin positif lain ialah pengeluaran perindustrian China yang lebih baik berbanding jangkaan apabila melonjak 35.1 peratus tahun ke tahun pada Januari dan Februari, menunjukkan pemulihan ekonomi berada di landasannya.

“Justeru, tidak mengejutkan apabila kaunter-kaunter perbankan menjadi tumpuan pelabur hari ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata harga minyak mentah yang stabil turut mendorong lonjakan indeks tenaga sebanyak 1.6  peratus, sekali gus menjadikannya indeks sektoral yang meraih kenaikan terbesar pada Isnin.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik lapan sen kepada RM8.48, Maxis menambah 10 sen kepada RM4.63, CIMB menokok enam sen kepada RM4.53 dan Hong Leong Bank melonjak 20 sen kepada RM19.22.

Digi dan Sime Darby Plantation masing-masing meningkat tiga sen kepada RM3.68 dan RM4.90 manakala Axiata menokok dua sen kepada RM3.76.

TNB turun 14 sen pada RM10.66, sementara Top Glove dan PChem masing-masing susut dua sen kepada RM5.18 dan RM8.25.

Bagi saham aktif, Lambo, XOX dan Airasia X masing-masing naik setengah sen kepada 3.0 sen, 7.5 sen dan 10.5 sen manakala Widad melonjak 17.5 sen kepada 68 sen dan Asia Poly meningkat 6.5 sen kepada 38.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 22.68 mata kepada 11,884.81, FBMT 100 menambah 22.43 mata kepada 11,561.30 dan FBM Emas Syariah kurang 6.37 mata kepada 13,129.63.

FBM 70 menguncup 27.47 mata kepada 15,624.53 dan FBM ACE susut 39.05 mata kepada 10,626.14.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 96.12 mata kepada 15,645.98, Indeks Perladangan meningkat 19.11 mata kepada 7,155.89 dan Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.34 mata kepada 192.44.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 5.97 bilion saham bernilai RM4.1 bilion daripada 6.1 bilion saham bernilai RM4.53 bilion pada Jumaat lepas.

Jumlah dagangan waran merosot kepada 361.20 juta unit bernilai RM61.89 juta daripada 405.30 juta unit bernilai RM73.80 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE pula meningkat kepada 3.96 bilion saham bernilai RM1.06 bilion daripada 3.14 bilion saham bernilai RM908.3 juta.

Barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 1.55 bilion saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmatan perindustrian (1.26 bilion), pembinaan (418.17 juta), teknologi (1.05 bilion), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (107 juta), hartanah (614.41 juta), perladangan (43.06 juta), REIT (8.5 juta), dana tertutup (25,000), tenaga (518.04 juta), penjagaan kesihatan (53.70 juta), telekomunikasi dan media (87.35 juta), pengangkutan dan logistik (165.90 juta) serta utiliti (93.91 juta).

— BERNAMA

Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In