• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Trading Idea

ATA IMS Berhad: 10 Fakta Menarik Yang Anda Perlu Tahu

in Trading Idea
A A
ATA IMS Berhad: 10 Fakta Menarik Yang Anda Perlu Tahu
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Baru-baru ini syarikat ATA IMS Berhad telah pun mengeluarkan Quarter Report mereka. Jom kita ambil tahu beberapa fakta menarik mengenai syarikat ini.

1. Syarikat ATA IMS Berhad ini telah dibina pada 1972 dan merupakan syarikat yang menyediakan Electronic Manufacturing Service (EMS). Tidak lupa juga merupakan sebuah branding sedang berkembang pesat di seluruh dunia.

Servis yang juga diberikan oleh ATA IMS adalah menyediakan kontrak pembuatan dari A hingga ke Z, yang mana rekod penghantaran produk ATA IMS sangatlah bagus dan mempunyai penghantaran yang meluas sehingga 80 buah negara.

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Produk yang dihasilkan oleh syarikat ini adalah produk peralatan elektronik rumah seperti mesin penyedut habuk. Syarikat ini juga menyediakan pelbagai servis dan produk antaranya solusi reka bentuk dan kejuruteraan, reka bentuk acuan dan fabrikasi, acuan plastik, pembuat kotak, cat, PCBA, pengesahan kualiti, logistik dan lain-lain.

2. Sebelum mengenali ATA IMS dengan lebih lagi, kita akan kupaskan apakah yang dimaksudkan dengan EMS servis yang disediakan oleh ATA IMS ini. EMS adalah syarikat yang memberikan servis mereka bentuk, menguji kaji, membina, menghantar atau memberi bantuan selepas produk berada di pasaran untuk bahagian elektronik dan pemasangan.

Syarikat yang pakar EMS ini akan memberi lonjakan untuk produk semasa proses penghasilan produk itu, yang mana akan membuka peluang lebih besar untuk bersaing dengan syarikat lain.

Mana-mana syarikat yang menjalankan EMS ini mungkin menawarkan beberapa servis ini, antaranya pemasangan Printed Circuit Board (PCB), kabel, elektromekanikal, mereka bentuk kontrak, penguji kaji produk, mencipta prototaip, servis selepas produk berada di pasaran.

Servis inilah yang menjadi tunjang utama kepada syarikat ATA IMS ini, Electronic Manufacturing Services (EMS).

Sumber: Malaysiastock.biz

3. Laporan sejarah Quarter Report adalah salah satu komponen CANSLIM yang penting untuk kita sebagai para pedagang melakukan kajian ke atasnya agar dapat melihat keutuhan nilai sesebuah syarikat itu. Pada Quarter Report ini kita dapat menilai kerugian dan kenaikan harga nilai sesebuah syarikat.

Merujuk sejarah Quarter Report syarikat ini, beberapa perkara yang kita dapat kita ketengahkan untuk syarikat ATA IMS Berhad ini.

4. ATA IMS telah mencatatkan keuntungan bersih tertinggi pada laporan Quarter Report terbaru iaitu pada suku ketiga bulan Disember tahun 2020 dengan RM53,311,000 atau lima puluh tiga juta tiga ratus sebelas ribu ringgit. Kita dapat lihat juga pada suku ketiga itu syarikat ini mengalami kenaikan tahun kepada tahun (YoY: Year-Over-Year) berjumlah 165%.

Kiraan YoY adalah cara atau kaedah yang digunakan untuk menilai peningkatan sesebuah kaunter saham melalui perbandingan masa tahun ini dengan tahun sebelumnya. YoY ATA IMS yang saya baru nyatakan tadi memberi indikator ini adalah sebuah syarikat yang mempunyai fundamental yang agak kukuh.

5. Pada suku kedua bulan September tahun 2020, ATA IMS merekodkan keuntungan tertinggi dengan kenaikan QoQ 194% berjumlah RM1,337,721,000 atau satu bilion tiga ratus tiga puluh tujuh juta tujuh ratus dua puluh satu ribu ringgit. Seperti yang telah dinyatakan YoY adalah perbandingan tahun ke tahun.

Tetapi jika dilihat pada fakta yang saya nyatakan itu, terdapat QoQ. QoQ pula adalah perbandingan satu suku fiskal kepada suku tahun sebelumnya. Kita dapat nilai sendiri dengan kedua-dua peratus YoY dan QoQ syarikat ATA IMS ini menunjuk harapan cerah untuk syarikat ini terus berkembang dengan baik.

6. Seperti pengusahaan lain, selepas pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia, syarikat ATA IMS juga mengalami kejatuhan harga saham dan kerugian pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada bulan Mac 2020.

ATA IMS mula mengukuhkan pendapatan susulan pemulihan permintaan tinggi daripada pelanggan utamanya pada bulan Mei dan Jun, yang mana peraturan PKP dilonggarkan untuk kilang beroperasi.

Sekali gus pada bulan April syarikat ini telah mengimbangi kerugian yang telah berlaku. Walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan ada juga beberapa ketika ATA IMS perlu ditutup kilangnya akibat jangkitan Covid-19 dalam kalangan pekerjanya, mereka berjaya mencatatkan keuntungan pada tahun pandemik menggila.

Berbanding tahun 2019, pada 2020 selama 9 bulan keuntungan ATA IMS meningkat 24% daripada RM3.25 bilion atau tiga billion dua ratus lima puluh juta ringgit kepada RM2.63 bilion atau dua billion enam ratus tiga puluh juta ringgit.

7. Dalam proses pemulihan ekonomi, syarikat ATA IMS juga antara syarikat yang melonjak naik pada tahun 2020 seperti yang disebut sebelum ini. Hal ini kerana industri EMS pada tahun itu meingkat permintaannya daripada pelanggan.

Pada bulan November 2019, ATA IMS mengumumkan telah mendapat pelanggan beberapa syarikat, antaranya Sagemcom, Schneider Electric, Swiftlabs, Ecobee dan Cricut. Untuk menampung 8%-15% pengurusan produk atas permintaan yang tinggi, ATA IMS telah mengembangkan kilang mereka di Pasir Gudang, Johor.

Kilang itu telah meningkatkan kawasan penghasilan produk mereka kepada 1.26 juta kaki persegi. Dato’ Sri Foo Chee Juan, Pengarah Eksekutif dan Pengerusi Eksekutif syarikat ATA IMS Berhad berkata mereka Berjaya mendapatkan pelanggan kerana mempunyai bukti rekod peningkatan yang bagus.

Pelanggan sendiri dapat melihat peningkatan itu dan mendapat keyakinan semasa memberi tanggungjawab kepada syarikat ATA IMS ini.

8. Dengan peningkatan permintaan EMS yang telah kita kupaskan sebentar tadi. Mari kita lihat kajian ke atas ATA IMS daripada beberapa research. Menurut Affin Hwang Research, ATA IMS dijangkakan untuk terus meningkat dengan perkembangan EMS kerana Malaysia salah satu hotspot untuk EMS.

Target price yang disasarkan oleh research ini adalah RM3.50. Daripada CGS-CIMB pula menjangkakan ATA IMS melonjak penghasilan produknya untuk pelanggan baru mereka pada FY20.

ATA IMS juga telah mendapatkan dua projek untuk pelanggannya di Amerika Syarikat membuat mesin kraf, yang mana berpotensi untuk mendatangkan keuntungan pada FY21-FY22 dalam anggaran RM600 juta atau enam ratus juta ringgit.

Untuk menampung lagi pengurusan produk dan perkembangan, ATA IMS berhasrat mengekalkan lagi usaha untuk meningkatkan kapasiti, di mana syarikat ini telah wujudnya 70 buah mesin suntikan plastik pada tahun 2020 dan sekurang-kurangnya ada lagi 50 buah pada tahun 2021.

9. Walau bagaimanapun, ATA IMS mempunyai public float shares yang tinggi 93.04%. Apa pula public floating shares itu? Terma yang juga boleh kita guna pakai adalah floating stocks. Floating stocks adalah untuk menilai dan memahami pergerakan harga bagi saham yang kita pilih.

Kadar floating stocks yang sedikit akan meningkatkan volatility dan mengurangkan jumlah liquidity kerana jumlah penjual dan pembeli adalah sedikit. Bagi kaunter saham yang mempunyai floating stocks yang tinggi, volatility harga akan menurun dan kadar liquidity akan meningkat kerana akibat jumlah penjual dan pembeli yang banyak.

Saham ATA IMS merupakan contoh saham yang mempunyai floating stocks yang tinggi. Ini menyebabkan pergerakan harga saham yang rendah dan mempunyai jumlah penjual dan pembeli yang tinggi.

Sumber: Trading View

10. Terakhir, kita akan lihat market direction syarikat ini. Market direction adalah elemen CANSLIM yang juga merupakan kunci untuk mencapai winning stocks. Memahami dan mendalami tren sesuatu carta saham adalah amat penting.

Market direction terdapat tiga, uptrend, downtrend dan consolidation atau dikenali juga sebagai sideways. Dengan catalyst dan news yang terbaru, carta harga saham ATA IMS dilihat sedang membuat major uptrend.

Ada juga sesetengah penganalisa yang mensasarkan harga saham ATA IMS akan meningkat naik lagi.

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?

Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.

Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM

Share611ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

9 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

9 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

9 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In