• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, October 5, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Projek Large Scale Solar 4 (LSS4) Yang Bernilai RM4 Bilion, Pembuka Keuntungan Tenaga Solar

in Catalyst
A A
Projek Large Scale Solar 4 (LSS4) Yang Bernilai RM4 Bilion, Pembuka Keuntungan Tenaga Solar
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Large Solar Scale 4 (LSS4) yang dikenali daripada program Large Scale Solar By Malaysia Electricity Industry To Attract RE Investment (LSS@MEnTARI) disasarkan akan mengumumkan pembidaan selepas ditunda selama 2 bulan akibat pandemik Covid-19.

Sebelum mengupas lebih lagi tentang projek LSS4 ini, mari kenali dahulu apakah sebenarnya LSS4 ini. Program ini adalah untuk membuka bidaan penjanaan kuasa solar yang berjumlah 1,000 MegaWatt (MW) melalui proses pembidaan.

LSS4 ada memberi perkumpulan apakah yang sesuai untuk masuk, program ini terbuka kepada syarikat tempatan yang dimiliki sepenuhnya atau syarikat yang mempunyai pegangan saham sebanyak 75% serta tersenarai di Bursa Malaysia.

LSS4 disasarkan untuk bermula beroperasi paling lambat pada 31 Disember 2023 sebagaimana pembangunan penjana akan mengambil masa paling kurang 18 bulan. Program ini mempunyai jangkaan masa 21 tahun untuk setiap satu penjana LSS.

Photo by Pixabay from Pexels

Jumlah kapasiti penjanaan elektrik ini adalah 1GW atau 1,000MW yang mana telah dijadualkan untuk dilepaskan pada tahun 2023. Program ini menawarkan 2 pakej kuota kapasiti penjanaan kuasa solar.

Pakej pertama dengan jumlah kuota yang ditawarkan sebanyak 500MW. Bagi pakej ini, julat kapasiti yang ditawarkan ialah di antara 10MW hingga 30MW.

Pakej kedua pula dengan jumlah kuota yang ditawarkan sebanyak 500MW. Bagi pakej ini, julat kapasiti yang ditawarkan ialah 30MW hingga 50MW. Total kapasiti yang disediakan untuk LSS4 ini ternyata kapasiti terbesar setakat 4 kali program ini dilancarkan.

LSS4 dikatakan 2 kali ganda daripada LSS3 yang berjumlah 500MW. Bukan itu sahaja, malahan jumlah itu lebih besar daripada LSS1 dan LSS2 digabungkan sebanyak 958MW.

Nilai untuk program ini sahaja adalah RM4 bilion. Walaupun tampak seperti tinggi nilainya tetapi beberapa pemain industri menyatakan LSS4 agak kurang menguntungkan kerana menggunakan profit margin dan internal rate return (IRR).

Profit margin adalah ratio yang menjelaskan tentang bagaimana sesebuah syarikat menggunakan revenue mereka untuk menghasilkan untung. Internal rate return pula adalah kaedah mengira kadar pulangan pelaburan.

IRR juga merujuk kepada pengiraan yang mengetepikan faktor luaran seperti risk-free rate, inflasi, kos modal atau risiko kewangan.

Seorang CEO firma tenaga berpendapat penggunaan IRR dinyatakan agak sukar untuk digunakan terutamanya dalam industri engineering, procurement, construction dan commissioning (EPCC) kerana mungkin IRR berada dalam keadaan satu angka,  6% sehingga 8%.

Ditambah lagi sekiranya seorang pemegang aset, angka tersebut berada pada paras dua angka yang rendah.

Pada dasarnya masih boleh untuk membuat untung tetapi profit margin tidak sama menarik seperti LSS1 dan LSS2. Apakah pula industri EPCC?

EPCC adalah kontrak yang paling biasa untuk pelaksaan kerja-kerja pembinaan oleh sektor swasta pada skala besar dan projek infrastruktur yang kompleks.

Dikatakan bidaan LSS4 yang paling rendah adalah 14 sen per kilowatt (kWh). Sebelum ini pada kitaran ketiga LSS3, mendapat bidaan yang terendah adalah 17 sen per kWh. Tetapi harus juga melihat kepada bagaimana kerajaan memilih kepada bahagian kemampuan teknikal seorang pembida yang mengenengahkan kewangan pembida tersebut.

Pusingan 4 ini, kebanyak pembida meletakkan pembidaan pada 20 sen hingga 21 sen per kWh. Projek-projek yang kecil ada yang sehingga 22 sen ke 23 sen per kWh.

Pada program LSS3 juga pembida dikatakan sangat berkobar-kobar untuk membida dan ini dijangka akan terus berlaku untuk LSS4 walaupun sebenarnya jarak pembidaan LSS3 dan LSS1/LSS2 sangat berbeza.

Dalam mengupas berapa jauh seorang pembida boleh menawarkan harga tenaga solar ini, terbuktilah syarikat solar tempatan dan firma utiliti kemudahan awam amat tertarik dan berminat untuk bersama dengan program LSS4 ini.

Dalam perbincangan tenaga solar ini, Solarvest merupakan syarikat yang sangat sinonim dengan tenaga solar. Syarikat ini tertubuh pada tahun 2012 dengan visi untuk membentuk dunia dengan tenaga bersih yang mudah digunakan untuk semua.

Solarvest juga antara yang pertama mendapatkan sijil pengesahan daripada Sustainable Energy Development Authority (SEDA), Institute for Sustainable Power Quality (ISPQ) dan Grid-Connected Solar Photovoltaic (GCPV) di Malaysia.

Semenjak itu, Solarvest merupakan penyedia servis EPCC dalam sektor solar dan juga mempunyai trek rekod program LSS yang kukuh untuk perumahan, komersial dan hartanah industri. Syarikat ini terlibat dalam servis operation dan maintance (O&M) untuk sistem PV solar.

Tambahan pula, Solarvest mempunyai penjana 1MWp PV solar yang terletak di Pokok Sena, Kedah. Untuk syarikat Solarvest ini telah tersenarai di Bursa Malaysia pada November 2019.

Solarvest telah membida kapasiti elektrik sebanyak 1200MW dan berharap mendapatkan 200MW sehingga 300MW yang mempunyai 8 ke 10 projek bernilai RM600 juta sehingga RM900 juta selama 2 tahun.

Syarikat ini juga membida untuk mejadi pemilik aset untuk 3 projek di Perak dan Selangor dengan jumlah kapasiti elektrik sebanyak 50MW.

Hal ini merupakan sasaran mereka untuk membida sebagai pemilik aset LSS dan ingin lebih lagi meneruskan projek-projek di Malaysia dan negara luar. Kebersamaan syarikat ini dengan program LSS pada masa akan datang akan menjadikan peluang terbaik untuk Solarvest meningkatkan kepakaran EPCC dan membuka banyak lagi peluang serta pendedahan kumpulan EPCC syarikat Solarvest ini kepada negara lain.

Davis Chong, CEO syarikat Solarvest menyatakan beberapa kepentingan program LSS4 ini. Pertama, program ini merupakan asas penting kepada industri solar di Malaysia ini, yang mana LSS adalah salah satu pembekal kapasiti tenaga solar.

Kedua, wujudnya LSS di Malaysia ini dapat memberikan projek dan kontrak kepada firma solar dengan skala besar. Ketiga, dengan adanya LSS dapat mengekalkan keaktifan ahli industri solar ini.

Selain itu kita dapat mengurangkan kadar proses kejuruteraan dan juga kos pembinaan. Terakhir yang paling penting LSS ini juga membantu untuk Malaysia pada hari ini mencapai penggunaan tenaga boleh diperbaharui sebanyak 20% menjelang tahun 2025.

Sekiranya pada pusingan 5 atau 6, LSS5 atau LSS6 mempunyai lagi kapasiti sebanyak 500MW atau mungkin 1GW, campuran tenaga boleh diperbaharui boleh dicapai nanti.

Melihat daripada pelbagai aspek dan perspektif, kerajaan Malaysia dapatlah menitik beratkan kebaikan solar ini kerana teknologinya sudah lam terkehadapan daripada teknologi walaupun harganya agak tinggi.

Kerajaan Malaysia seharusnya memilih pembida yang mampu untuk menyediakan solusi jangka masa panjang dan memberi sumbangan yang banyak untuk membangkitkan sedikit demi sedikit inisiatif tenaga boleh diperbaharui ini di Malaysia.

Jika difikirkan tenaga solar antara tenaga yang setiap hari wujud dan itu yang menyebabkan nilainya murah dan mudah untuk pengguna. Tambahan pula tidak mencemarkan alam sekitar dan sentiasa boleh digunakan semula.

Jadinya kerajaan Malaysia perlulah memilih daripada pandangan yang holistik untuk memilih pembida LSS4 dengan baik.

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share829ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In