• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Tekanan Jualan Saksi Bursa Malaysia Ditutup Rendah Petang Ini

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia mengenepikan trend pasaran serantau yang rancak untuk mengakhiri sesi dagangan hari ini lebih rendah, terjejas oleh tekanan jualan membabitkan saham berwajaran tinggi terpilih, kata para peniaga.

Pada pukul 5 petang, indeks penanda aras FBM KLCI menyusut 10.42 mata kepada 1,629.41 daripada 1,639.83 ketika ditutup pada petang Rabu.

Indeks utama pagi ini dibuka 3.10 mata lebih rendah pada 1,636.73 dan bergerak antara 1,626.23 and 1,636.73 sepanjang sesi urus niaga.

Bagaimanapun, pergerakan harga di pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 759 berbalas 435 manakala 446 kaunter tidak berubah, 563 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 9.53 bilion unit bernilai RM5.44 bilion daripada 11.01 bilion unit bernilai RM7.20 bilion pada penutupan petang Rabu.

Bagi prestasi bursa serantau, Indeks Hang Seng Hong Kong naik 1.65 peratus kepada 29,385.61, Nikkei Jepun 0.60 peratus lebih tinggi kepada 29,211.64, Indeks Straits Times Singapura meningkat 0.79 peratus menjadi 3,104.04 dan Kospi Korea Selatan menokok 1.88 peratus kepada 3,013.70.

Seorang peniaga berkata bursa-bursa Asia yang lain terus mengukuh hari ini, mengambil petunjuk daripada kerancakan pergerakan semalaman saham di Wall Street dengan Purata Perindustrian Dow Jones ditutup pada paras tinggi semalam (Rabu).

Prestasi itu turut didorong oleh sentimen penurunan hasil bon AS berserta berita berkenaan pakej rangsangan baharu sementara indeks harga pengguna AS yang lebih lemah daripada jangkaan pada Februari turut membantu mengurangkan kebimbangan mengenai inflasi, katanya.

Sementara di pasaran tempatan, Bursa Malaysia diniagakan lebih rendah sepanjang sesi urus niaga berikutan kegiatan pengambilan untung selepas mencatatkan kenaikan selama empat hari berturut-turut.

Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim berkata indeks FBM KLCI menyusut 0.64 peratus hari ini kerana pelabur berpendapat paras harga pada masa ini adalah tahap sesuai untuk mereka mengaut keuntungan.

“Sebaliknya, rakan bursa serantau yang lain seperti Singapura, China, Hong Kong, Jepun, Taiwan dan Korea Selatan pula mencatatkan keuntungan,” katanya kepada Bernama.

Dari segi sektor pula, saham perbankan menghadapi tekanan jualan seperti Hong Leong dan CIMB dan ini telah menyebabkan Indeks Kewangan Bursa Malaysia mencatatkan kerugian 0.72 peratus.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM8.55, Public Bank dan IHH Healthcare masing-masing meningkat dua sen kepada RM4.34 dan RM5.31, Petronas Chemicals menokok tiga sen kepada RM8.20 dan Tenaga lebih tinggi sebanyak lapan sen kepada RM10.80 .

Antara kaunter paling cergas, AirAsia X meningkat satu sen kepada 10.5 sen, Widad naik setengah sen kepada 49 sen, Saudee turun lapan sen kepada 70 sen dan Dagang Nexchange menyusut dua sen kepada 87 sen sementara Vizione tidak berubah pada 31.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 17.68 mata kepada 11,934.76 dan Indeks FBMT 100 menyusut 33.71 mata kepada 11,616.89.

Indeks FBM Emas Syariah meningkat 8.44 mata kepada 13,189.47, FBM ACE melonjak 90.70 mata kepada 10,443.12 dan FBM 70 mengukuh 112.17 mata kepada 15,680.32.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan menokok 7.59 mata kepada 7,189.72 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.72 mata menjadi 190.82 tetapi Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 113.72 mata kepada 15.721.82.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama menyusut kepada 7.23 bilion saham bernilai RM4.78 bilion daripada 8.27 bilion saham bernilai RM6.46 bilion pada hari Rabu.

Perolehan waran berkurangan kepada 410.41 juta unit bernilai RM61.69 juta daripada 485.41 juta unit bernilai RM80.70 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 1.88 bilion saham bernilai RM594.89 juta daripada 2.25 bilion saham bernilai RM650.79 juta sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna merangkumi 2.01 bilion saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian  (1.44 bilion), pembinaan (1.02 bilion), teknologi (741.55 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (121.01 juta), hartanah (872.15 juta), perladangan (55.34 juta), REIT (11.09 juta), dana tertutup (12,100), tenaga (529.46 juta), penjagaan kesihatan (69.41 juta), telekomunikasi dan media (84.76 juta), pengangkutan dan logistik (233.69 juta) dan utiliti (58.31 juta).

– BERNAMA

Share243ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In