• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

MIDF Naikkan Saranan Sektor O&G Kepada Positif, Tingkatkan Harga Sasaran Brent

in Catalyst
A A
Pemulihan Ketara Dalam Sektor Minyak & Gas Dijangka Pada Separuh Kedua 2021
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) — MIDF Research menaik taraf saranan terhadap sektor minyak dan gas (O&G) kepada ‘positif’ daripada ‘neutral’ sebelum ini susulan pemulihan permintaan ke atas minyak mentah.

Firma penyelidikan itu turut menyemak semula harga sasaran minyak mentah Brent bagi 2021 kepada US$59 setong daripada US$51 (US$1 = RM4.12) setong, sebelum ini.

“Susulan perkembangan masa kini, kami berpendapat harga minyak mentah itu akan terus diniagakan dalam jajaran US$58 hingga US$65 setong bagi separuh pertama 2021.

“Selain itu, bekalan minyak itu dijangka terus dikawal secara aktif menerusi langkah pengurangan pengeluaran minyak mentah terutama dari Amerika Syarikat serta Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+),” katanya dalam kenyataan mengenai kemas kini sektor itu pada Khamis.

Menurut MIDF, permintaan terhadap minyak mentah itu juga akan didorong oleh pengangkutan serta harga produk petrokimia yang lebih baik dan dijangka kukuh dalam separuh kedua 2021 susulan perkembangan positif membabitkan usaha vaksinasi COVID-19.

“Kami menaikkan saranan sektor kepada ‘positif’ bagi kedua-dua subsegmen huluan dan hiliran kerana menjangkakan ia akan mendapat manfaat daripada aliran peningkatan harga minyak membabitkan potensi anugerah kontrak baharu berikutan harga yang lebih menarik. Selain itu, terdapat juga kenaikan harga produk untuk penggiat industri hiliran,” kata MIDF Research.

Ia juga yakin dengan trajektori pemulihan O&G Malaysia berikutan Petronas kini dijangka meningkatkan perbelanjaan eksplorasi dan pengeluaran (E&P) pada 2021 kepada kira-kira RM40 bilion hingga RM45 bilion berbanding RM33 bilion pada tahun lepas.

Berikutan itu, syarikat-syarikat dengan asas-asas kukuh, pendapatan berulangan yang stabil, segmen perniagaan yang baik serta hasil yang pelbagai, menjadi pilihan firma penyelidikan itu bagi 2021.

Ini termasuk Dialog Group dengan harga sasaran (TP) pada RM4.30, Serba Dinamik Holdings (tiada penarafan) dan Gas Malaysia (RM3.22).

Bagi syarikat yang dijangka mendapat kesan dalam pergerakan harga minyak adalah Sapura Energy (TP: RM0.16) dan Malaysia Marine & Heavy Engineering (TP: RM0.49).

Dari segi dividen, MIDF Research menyarankan Favelle Favco (TP: RM3.00) dan Petronas Gas (TP: RM17.90) atas alasan syarikat-syarikat itu tidak hanya mencatat pendapatan berulang yang stabil, tetapi turut melakukan pembayaran dividen secara konsisten sejak tiga tahun lepas.

Selain itu, pilihan MIDF Research dari segi amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) membabitkan dua syarikat Petronas — Petronas Chemicals (TP: RM8.03) dan Petronas Gas (TP: RM17.90), berdasarkan komitmen bagi mencapai pelepasan karbon sifar menjelang 2025 serta pelbagai inisiatif ESG di peringkat dalaman.

“Kami juga memilih Gas Malaysia (TP: RM3.22) kerana menawarkan alternatif tenaga bersih kepada perniagaan di serata negara serta potensi penggantian loji dijana arang batu di masa depan susulan tamatnya perjanjian pembelian tenaga semasa pada 2023,” katanya.

— BERNAMA

Share224ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In