• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Kekal Kukuh Untuk Akhiri Sesi Urus Niaga Pagi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia kekal kukuh sepanjang sesi urus niaga pagi Rabu dengan disokong oleh kegiatan belian dalam kaunter berwajaran tinggi, didahului oleh sektor penjagaan kesihatan, kewangan dan telekomunikasi.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 14.14 mata kepada 1,638.92 daripada 1,624.78 ketika ditutup petang Selasa.

Indeks utama dibuka 4.25 mata lebih tinggi pada sesi pagi kepada 1,629.03 dan bergerak antara 1,628.82 dan 1,640.58 sepanjang sesi urus niaga pagi.

Pergerakan harga di pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 707 berbalas 342 manakala 477 kaunter tidak berubah, 669 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 6.20 bilion unit bernilai RM3.97 bilion.

Di peringkat serantau, Indeks Hang Seng Hong Kong naik 0.45 peratus menjadi 28,904.0, Nikkei Jepun 0.01 peratus lebih baik kepada 29,029.45, Indeks Straits Times Singapura menyusut 0.94 peratus kepada 3,079.47 dan Kospi Korea Selatan merosot 0.33 peratus kepada 2,966.42.

Seorang peniaga berkata prestasi saham Asia bercampur-campur pada sesi tengah hari ini selepas diniagakan agak kukuh.

Beliau menambah penurunan hasil bon turut menyaksikan pelabur kembali ke pasaran dan pada masa sama, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman ekuiti AS yang telah pulih.

Walaupun Indeks Purata Dow Jones ditutup pada tahap tertinggi melepasi paras 32,000, Nasdaq melonjak 3.6 peratus, dirangsang oleh beberapa aktiviti pengambilan untung sejak beberapa hari terakhir.

Di pasaran tempatan, Bursa Malaysia tetap bergerak kukuh sepanjang sesi pagi.

“Dengan kebangkitan semula di Nasdaq, peserta pasaran mungkin mengambil pegangan masing-masing dalam sektor teknologi hari ini.

“Untuk kaunter berwajaran tinggi, Top Glove terus mempamerkan prestasi memberangsangkan selepas mengumumkan keputusan kewangan suku kedua yang mantap, sementara saham kewangan turut meningkat selepas aktiviti pengambilan untung semalam,” tambah beliau.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik sembilan sen kepada RM8.59, Public Bank meningkat empat sen kepada RM4.46, Petronas Chemicals menambah tujuh sen kepada RM8.20 dan Tenaga lebih kukuh sebanyak lapan sen kepada RM10.78, tetapi CIMB tidak berubah pada RM4.65.

Antara kaunter paling cergas, Dagang NeXchange melonjak 16 sen kepada 89 sen sementara warannya meningkat 3.5 sen kepada 38 sen.

Saudee Group naik 23 sen kepada 77 sen sementara warannya meningkat 10.5 sen kepada 14.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 98.94 mata kepada 11,933.91, Indeks FBMT 100 meningkat 92.82 mata kepada 11,634.18 dan Indeks FBM Emas Syariah 116.93 mata lebih tinggi pada 13,139.65.

FBM ACE meningkat 140.68 mata kepada 10,330.40 dan FBM 70 menambah 94.21 mata kepada 15,507.48.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 132.02 mata kepada 15,874.46 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.78 mata menjadi 188.0 tetapi Indeks Perladangan turun 2.18 mata kepada 7,165.50.

– BERNAMA

Share232ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In