• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 30, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Teruskan Momentum Menaik Untuk Dibuka Tinggi Pagi Ini

in Market Update
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatannya untuk dibuka tinggi pagi Rabu ini.

Prestasi itu dirangsang oleh pergerakan kukuh semalaman ekuiti AS dengan kerancakan urus niaga di Nasdaq berjaya menebus kembali kerugian yang dicatatkan sebelumnya ketika kadar perolehan bon Amerika Syarikat mulai turun.

Pada pukul 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.94 mata kepada 1,630.72 daripada 1,624.78 ketika ditutup pada urus niaga petang Selasa.

Indeks utama dibuka 4.25 mata lebih tinggi kepada 1,629.03.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 420 berbalas 145 manakala 314 kaunter tidak berubah, 1,316 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 436.02 juta unit bernilai RM282.23 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, dengan pemulihan ekonomi mula menunjukkan hasil berikutan penyusutan kes COVID-19, FBM KLCI meneruskan pergerakan menaik dengan indeks utama berada melepasi tahap psikologi 1,600.

“Dengan mengambil petunjuk daripada peningkatan kukuh saham berwajaran tinggi teknologi di Wall Street, kami menjangkakan aktiviti membeli ketika harga saham murah akan muncul untuk saham teknologi tempatan,” katanya.

Ia turut maklum harga minyak sawit mentah (MSM) terus mengukuh menghampiri paras RM4,000 satu tan.

“Memandangkan Nasdaq telah bangkit semula, peserta pasaran mungkin mengambil pegangan masing-masing dalam sektor teknologi dan pada masa sama, terus membeli di kaunter yang agak ketinggalan terutama sektor bertemakan pemulihan seperti penerbangan, pengguna, pembinaan dan hartanah.

“Selain itu, kami menjangkakan beberapa minat belian di kaunter perladangan terutamanya ketika harga MSM terus mengukuh,” tambahnya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank dan CIMB masing-masing menambah satu sen kepada RM8.51 dan RM4.66, Public Bank naik tiga sen kepada RM4.45, Tenaga turun dua sen kepada RM10.68 sementara Petronas Chemicals tidak berubah pada RM8.13.

Antara kaunter paling cergas, KTG dan waran Dagang Nexchange masing-masing meningkat satu sen pada 24 sen dan 35.5 sen, Dagang Nexchange menambah 1.5 sen kepada 74.5 sen, Saudee Group naik enam sen kepada 60 sen dan Dynaciate tidak berubah pada 15 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 61.87 mata kepada 11,896.84, Indeks FBMT 100 meningkat 58.12 mata kepada 11,599.48 dan Indeks FBM Emas Syariah 79.97 mata lebih tinggi pada 13,102.69.

FBM ACE melonjak 114.36 mata kepada 10,304.08 dan FBM 70 mengukuh 139.78 mata kepada 15,761.09.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 18.67 mata kepada 15,761.09, Indeks Perladangan mengembang 4.32 mata kepada 7,172.0 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.68 mata menjadi 187.90.

– BERNAMA

Share322ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In