• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih Suku Kedua Scientex Meningkat Kepada RM112.2 Juta

in Catalyst
A A
Keuntungan Bersih Suku Kedua Scientex Meningkat Kepada RM112.2 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) — Keuntungan bersih Scientex Bhd bagi suku kedua berakhir 31 Jan, 2021, meningkat 15.1 peratus kepada RM112.2 juta berbanding RM97.5 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Bagaimanapun, hasil jatuh kepada RM906.5 juta daripada RM914.4 juta sebelumnya, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Scientex berkata, keuntungan bersih yang tinggi itu didorong oleh jualan hartanah yang memberangsangkan dan kemajuan pembinaan, serta sumbangan kukuh daripada segmen pembungkusan.

“Segmen pembangunan hartanah melaporkan peningkatan perolehan sebanyak 12.9 peratus kepada RM287.8 juta daripada RM255 juta sebelumnya.

“Ini dicapai menerusi kemajuan kukuh pembinaan perbandaran Taman Pulai Mutiara 2 dan Scientex Durian Tunggal, jualan tinggi daripada tujuh pelancaran baharu di Johor, Melaka, Selangor, dan Pulau Pinang, serta sumbangan sulung dari Taman Scientex Kota Tinggi,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lim Pen Jing berkata syarikat itu sedang mengukuhkan kedudukannya untuk menyokong pembungkusan plastik fleksibel berasaskan pengguna bagi produk penting, dan menjangkakan permintaan kekal stabil.

“Selain itu, kami sedang melangkah ke hadapan dalam bidang pembungkusan yang mampan dan mempergiatkan kerjasama kami dengan pelanggan untuk mengembangkan rangkaian produk kami yang boleh dikitar semula sepenuhnya, lestari dan bernilai tambah.

“Pada masa yang sama, segmen hartanah kami terus bergerak ke hadapan sejajar dengan jualan yang lebih tinggi direkodkan berbanding tahun sebelumnya.

“Ini menandakan keberkesanan strategi berterusan kumpulan untuk berkembang di seluruh Semenanjung Malaysia dan merentasi sempadan baharu, dengan pelancaran sulung baru-baru ini di Tasek Gelugor (Pulau Pinang), Kundang Jaya (Selangor) dan Kota Tinggi (Johor) telah memberi sumbangan positif kepada pendapatan kami,” katanya.

— BERNAMA

Share246ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In