• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Serba Dinamik Semakin Kukuh Dengan Ceburi Perniagaan Baru

in Catalyst
A A
Serba Dinamik Semakin Kukuh Dengan Ceburi Perniagaan Baru
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Lepas untung 43%, Serba Dinamik ceburi industri angkasa pula. 

Serba Dinamik merupakan syarikat yang terlibat dalam industri penyediaan perkhidmatan penyelesaian informasi teknologi (IT) dan perkhidmatan di kejuruteraan untuk industri Oil & gas.

Perniagaan syarikat ini terbahagi kepada empat segmen utama iaitu;

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

  • Operasi dan penyelenggaraan (O&M)
  • Kejuruteraan perolehan
  • Pembinaan dan Pentauliahan (EPCC)
  • Penyelesaian IT

Terkini, Serba Dinamik mempunyai nilai pasaran semasa bernilai sekitar RM6.5 bilion dan harga seunit saham ini didagangkan sekitar RM1.70.

Pendapatan Suku Keempat Syarikat Meningkat 43%

Sumber: KLSE Screener

Pada 26 Februari yang lalu, Serba Dinamik telah mengumumkan pendapatan tahunan suku keempat syarikat.

Daripada laporan tersebut, pendapatan bersih syarikat dilihat melonjak sebanyak 43.5% menjadi RM202.15 juta berbanding RM140.88 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Peningkatan pendapatan bersih ini majoritinya disumbang oleh segmen O&M, kejuruteraan dan juga EPCC.

Pendapatan kasar syarikat juga meningkat sebanyak 41.06% kepada RM203.06 juta berbanding RM143.93 juta pada tahun sebelumnya hasil daripada kontrak di UAE, Turkmenistan dan Malaysia.

Segmen ICT syarikat ini juga mencatatkan peningkatan pendapatan kasar yang ketara kepada RM113 juta berbanding RM56.4 juta pada tahun sebelumnya.

Pemberian Dividen Sebanyak 4 Kali Setahun

Sumber: KLSE Screener

Serba Dinamik telah memberikan dividen sebanyak empat kali kepada pemegang saham mereka pada tahun 2020.

Secara keseluruhan, Serba Dinamik telah membayar sebanyak 5.45 sen sesaham untuk tahun 2020. 

Serba Dinamik Ceburi Industri Angkasa

Sumber: Bernama

Berita terkini daripada Bernama menyatakan bahawa syarikat Serba Dinamik akan bekerjasama dengan Agensi Angkasa malaysia (MYSA) untuk mengukuhkan pembangunan ekonomi dan industri angkasa di Malaysia.

Kerjasasama ini turut disokong oleh sebuah syarikat yang berpangkalan di Switzerland, iaitu SWISSto12 setelah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Serba Dinamik.

SWISSto12 mempunyai kepakaran dalam pembuatan produk inovatif dan teknologi reka bentuk percetakan 3D. 

Pandangan Positif Daripada Penganalisa Pasaran

Dua penganalisa pasaran daripada broker Hong Leong Investment Bank (HLIB) dan AmInvestment Bank Research (AmResearch) meletakkan saranan membeli bagi saham Serba Dinamik.

Penganalisa HLIB, Low Jin Wu menyatakan aktiviti private placement yang dijalankan syarikat baru-baru ini akan membantu syarikat untuk memperoleh lebih banyak projek di masa hadapan.

Private placement yang dibuat masih dianggap sihat oleh Low. Beliau meletakkan harga sasaran saham Serba Dinamik ini pada paras RM2.30.

Penganalisa daripada AmResearch, Alex Goh pula melihat kepada pertumbuhan pendapatan syarikat yang sangat menyakinkan dengan strategi yang dilaksanakn syarikat buat masa ini.

Beliau mewakili broker AmResearch meletakkan harga sasaran Serba Dinamik ke paras RM2.20 lebih rendah berbanding sasaran sebelumnya iaitu RM2.83 sesaham.

Rumusan

Berdasarkan pertumbuhan pendapatan syarikat ini, Serba Dinamik dilihat mempunyai fundamental yang sangat baik disokong dengan perkembangan perniagaan dan projek syarikat miliki.

Terdapat dua saranan belian daripada broker seperti dinyatakan diatas.

Sebagai pelabur, kita perlu membuat kajian kita sendiri juga sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan kita.

Kaji fundamental dan teknikal syarikat dan cari sweet entry yang paling baik.

Sumber Rujukan: 

  • Bernama
  • The Edge Markets
  • Hong Leong Investment Bank
  • AmInvestment Bank Research

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?

Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.

Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM

Share448ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In