• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Kupasan 3 Daripada 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Februari 2021

in Market Update
A A
Kupasan 3 Daripada 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Februari 2021
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

“Rugi itu pasti, untung itu wajib.”

Selalu dengar ayat di atas? Ayat tersebut sering disebut oleh mentor pelaburan nombor satu tanah air iaitu Haji Mohd Asri Ahmad mengenai pelaburan saham.

Apa yang ingin disampaikan adalah, apabila kita terlibat dalam dunia pelaburan saham, pasaran saham bukan tempat yang menjanjikan keuntungan.

Akan tetapi, kita boleh belajar untuk memaksimakan keuntungan dan meminimakan kerugian.

Jom tonton : Saham Ni Untung Itu Wajib, Rugi Itu Pasti

Di artikel yang berasingan, kami telah terangkan secara holistik, saham-saham patuh syariah paling untung sepanjang bulan Februari 2021.

Itu cerita saham-saham yang memberikan pulangan berlipat kali ganda. Di kala ramai yang membuat keuntungan, masih ada juga yang mengalami kerugian.

Kami kongsikan Top 10 saham patuh syariah paling rugi bulan Februari 2021.

Sumber: Majalah Labur

Di sini, kami akan hurai secara terperinci tentang kaunter-kaunter saham patuh syariah yang paling rugi sepanjang bulan Februari 2021.

  1. Annum Berhad (Sektor Produk & Perkhidmatan Industri)
  2. Pasukhas Group Berhad (Sektor Produk & Perkhidmatan Industri)
  3. Supermax Corporation Berhad (Sektor Penjagaan Kesihatan)

1. Annum Berhad (ANNUM) (5082)


Sumber: The Star

Annum merupakan sebuah syarikat yang berada di bawah sektor perkayuan. Annum melalui anak syarikatnya mengeluarkan dan memasarkan produk kayu berkualiti seperti venir, papan lapis, papan lapis hiasan, kayu lantai dan kayu layang.

Ulasan Mengenai Saham Annum

  • Pada 11 Februari 2021, nama syarikat Cymao Holdings Berhad telah ditukar secara rasmi kepada Annum Berhad.
  • Daripada maklumat kewangan syarikat Annum, syarikat ini membuat keuntungan bagi suku yang terakhir dengan nilai Earnings Per Share(EPS) dan Return on Equity (ROE) juga positif.
Sumber: Malaysiastock.biz
  • Bilangan unit saham yang diapungkan hanyalah 75 juta dan ini menjadikan saham Annum sangat anjal.
  • Melihat pada prestasi kewangan tahunan Annum, syarikat ini telah mengalami kerugian sejak tahun 2011 sehingga tahun 2019. Annum baru sahaja mula membuat keuntungan pada tahun 2020 dengan margin keuntungan sebanyak 7.4%.
Sumber: Malaysiastock.biz
  • Sebelum ini, saham Annum kurang mendapat minat dan hanya dalam keadaan sideways untuk bertahun-tahun lamanya. Setelah berjaya memecahkan paras rintangan 30 sen, harga saham Annum mengalami peningkatan mencecah RM3.45.

Sumber: Trading View
  • Kenaikan yang berbentuk parabolik biasanya akan disusuli dengan kejatuhan berbentuk parabolik juga dan itulah yang sedang dialami oleh saham Annum.

Baca : Berhati-Hati Dengan Saham Yang Membuat Kenaikan Parabola, Cepat Naik Takut-Takut Lagi Cepat Turun Nanti

  • Catalyst terbaharu mengenai Annum pula adalah melalui anak syarikatnya iaitu Billion Apex Sdn Bhd yang baru menerima tawaran daripada Ageson Berhad untuk menjadi kontraktor yang akan membangunkan hartanah dan infrastruktur di Pulau Pinang.

Baca : The Star

2. Pasukhas Group Berhad (PASUKGB) (0177)

Sumber: Pasukhas Group Berhad

Pasukhas Group ditubuhkan pada tahun 1985 dan pada awalnya terlibat dalam perkhidmatan menyediakan perkhidmatan kejuruteraan mekanikal dan elektrik. Pada tahun 1988, syarikat ini mula mengeluarkan papan suis bervoltan rendah.

Pada 1998, syarikat ini mula terlibat dalam perdagangan dan pengedaran transformer berprestasi tinggi.

Kini syarikat ini telah mempunyai pelbagai segmen seperti industri rawatan dan pembentungan air, kelapa sawit dan beberapa kilang yang lain.

Ulasan Mengenai Saham PASUKGB

  • PASUKGB tidak menunjukkan prestasi yang baik kerana sepanjang 7 tahun yang lepas  dan syarikat ini lebih banyak mencatatkan kerugian berbanding keuntungan.
  • Malah syarikat ini turut merekodkan kerugian bersih sepanjang 10 suku berturut-turut.

Sumber: Malaysiastock.biz
  • Catalyst terbaharu adalah syarikat ini berjaya memenangi kontrak untuk membina kilang sarung tangan bagi syarikat Fintec Global Berhad di Ipoh.
  • Prospek masa hadapan syarikat yang kurang menarik dan kegagalan syarikat ini mencatatkan keuntungan mungkin menjadikan saham ini kurang mendapat minat belian dari kalangan pelabur.
  • Melihat kepada teknikal pula, PASUKGB masih lagi berada pada fasa downtrend berharga hanya 4.5 sen setakat ini.
  • Tekanan jualan dijangka akan berterusan terhadap saham ini.

Sumber: Trading View

3. Supermax Corporation Berhad (SUPERMAX) (7106)

Sumber: The Star

Supermax diasaskan oleh Dato Seri Stanley Thai dan isterinya pada tahun 1987. Pada awalnya Supermax hanya menjual sarung tangan lateks. Sekitar tahun 1989, Supermax mula mengeluarkan sarung tangan keluaran sendiri melalui kilangnya sendiri.

Supermax kini mempunyai 11 kilang pembuatan di Malaysia yang menghasilkan sarung tangan.

Supermax Group mempunyai kapasiti untuk menghasilkan 24 bilion unit sarung tangan setiap tahun. Syarikat ini mampu menampung sebanyak 12% permintaan dari seluruh dunia terhadap sarung tangan lateks.

Ulasan Mengenai Saham Supermax

  • Prestasi syarikat pengeluar sarung tangan di Malaysia tidak asing lagi kerana syarikat-syarikat ini termasuklah Supermax mendapat permintaan tinggi terhadap sarung tangan mereka ketika fasa awal pandemik yang lalu.
  • Secara fundamental, Supermax mempunyai prestasi kewangan yang sangat baik malah Supermax berjaya mencatatkan keuntungan bersih setinggi RM1.06 bilion bagi suku tahunan yang terkini.

Sumber: Malaysiastock.biz
  • Kenaikan harga saham Supermax pada tahun lalu adalah kerana “glove mania” yang mana orang ramai tidak mahu ketinggalan membeli saham-saham syarikat pengeluar sarung tangan.
  • Namun, kejatuhan harga saham Supermax kini disebabkan kejayaan negara untuk membawa masuk vaksin dan proses vaksinasi telah bermula di seluruh negara.
  • Bukan sahaja di dalam negara, malah seluruh dunia juga rancak menjalankan proses vaksinasi terhadap orang ramai.
  • Sekiranya vaksin ini berjaya mengurangkan kadar jangkitan covid-19, seluruh dunia bakal menyaksikan ekonomi akan dibuka semula dan orang ramai akan menjalani kehidupan normal seperti biasa.
  • Dengan ini psikologi para pelabur berpendapat bahawa sarung tangan tidak lagi mendapat permintaan sebanyak pandemik yang lalu.
  • Secara teknikal pula, Supermax kini telah berada dalam fasa ‘Mark Down’.
  • Supermax dilihat sedang cuba membuat teknikal rebound setelah menyentuh paras support.

Sumber: Trading View

Natijahnya, semua saham yang naik pasti ada potensi untuk jatuh juga.

Sebagai seorang pelabur, kita seharusnya tahu bila untuk keluar dari posisi kita dan cut loss untuk menyelamatkan modal pelaburan kita.

Segala ulasan yang dibuat hanyalah pandangan dari pihak kami dan semua nama saham yang dinyatakan di dalam artikel ini bukan satu saranan beli dan juga bukan saranan jual.

Risiko pelaburan terletak di tangan masing-masing dan jadilah pelabur yang bijak.

Sumber Rujukan:

  • The Star

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?

 Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Best ke formula ni?
Tak susah ke?

Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?

Dapatkan eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Share582ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In