• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

TNB Teroka Pasaran Tenaga Boleh Diperbaharui Vietnam

in Catalyst
A A
Untung Bersih Suku Ketiga TNB Susut Kepada RM1 Bilion
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) — Tenaga Nasional Bhd (TNB) dalam usaha menguasai pasaran tenaga boleh diperbaharui Vietnam akan bekerjasama dengan Sunseap Group, Singapura melalui subsidiarinya, TNB Renewables Sdn Bhd dalam projek berkapasiti 21.6 MW yang merangkumi lima loji solar di negara itu.

TNB dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata ia juga akan memperoleh 39 peratus kepentingan dalam projek itu daripada Sunseap Group. 

Pengambilalihan tersebut menandakan pencapaian terpenting bagi TNB kerana ini beerti ia sedang memperluaskan jangkauan tenaga boleh diperbaharui antarabangsanya ke Asia Tenggara.

“Sebelum pengambilalihan ini, kehadiran global TNB dalam tenaga boleh diperbaharui hanya terdiri daripada jumlah portfolio sebanyak 2,732.3MW di Malaysia (termasuk 2,536.1MW hidro besar) serta 666MW di United Kingdom, Turki dan India yang merangkumi solar, angin dan aset penjanaan tenaga hidro.

“TNB mahu mengembangkan portfolio tenaga boleh diperbaharui kepada 8,300MW menjelang 2025 (termasuk hidro besar),” katanya. 

Projek itu telah memperoleh Tarif Suapan (FiT) di bawah skim FiT2 di Vietnam yang bertujuan untuk menggalakkan pelaburan dalam sumber tenaga boleh diperbaharui melalui tarif berkadar lumayan dan di atas pasaran.

“Selepas mencapai tarikh operasi komersial pada Disember 2020, kesemua lima loji tersebut adalah di bawah Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) 20 tahun dengan syarikat utiliti pemilikan kebangsaan, Vietnam Electricity, untuk membekalkan tenaga bersih ke grid nasional negara,” katanya. 

Sunseap kini memegang 90 peratus kepentingan dalam projek-projek berkenaan, yang akan dikurangkan kepada 51 peratus apabila selesai pengambilalihan 39 peratus kepentingan oleh TNB Renewables yang dijadualkan berlaku pada suku pertama tahun ini. 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din berkata pengambilalihan itu akan berfungsi sebagai tapak bagi TNB mewujudkan kehadiran serta penguasaannya ke dalam pasaran tenaga boleh diperbaharui dan utiliti yang berkembang pesat di Vietnam.

“Pengambilalihan ini terbina daripada kerjasama rentas sempadan Malaysia-Singapura sebelum ini dengan Sunseap dan mencerminkan komitmen kami untuk mengubah TNB menjadi peneraju tenaga boleh diperbaharui dan utiliti serantau,” katanya. 

Sunseap merupakan syarikat solar yang terbesar di Singapura serta terkemuka di Asia Tenggara dengan perniagaan solar bersepadu termasuk kehadiran dalam segmen peruncitan tenaga. Ia mempunyai kapasiti bersih 1.2GW merentasi 11 pasaran dan lebih daripada 200 aset dalam pelbagai peringkat pembangunan. 

Projek solar di atas bumbung berskala 21.6MW itu akan menambah skala ladang solar berkapasiti 168MW Sunseap yang dibina di Vietnam pada 2019, dan ia kini sedang membangunkan lebih 650MW projek tambahan di Vietnam.

— BERNAMA

Share235ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In