• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Pada Sesi Tengah Hari

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Bursa Malaysia ditutup teramat rendah pada sesi dagangan tengah hari ini dengan tekanan jualan dilihat secara menyeluruh di pasaran.

Pada masa sama para pelabur masih lagi dalam proses untuk menerima pengumuman angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara untuk suku kedua tahun ini.

Bank Negara Malaysia mengumumkan KDNK pada suku kedua menguncup 17.1 peratus, penurunan suku tahunan dua digit paling rendah sejak 1998, berikutan pemberhentian aktiviti secara mendadak bagi mengawal penularan pandemik COVID-19 yang menyebabkan ekonomi hampir terhenti.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 13.0 mata kepada 1,563.42 berbanding 1,576.42 ketika ditutup semalam.

Indeks utama dibuka 2.37 mata lebih tinggi pada 1,578.79 dan bergerak antara 1,561.84 dan 1,579.63  sepanjang sesi pagi.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran masih lagi negatif dengan saham rugi mengatasi untung 968 berbalas 149 sementara 252 kaunter tidak berubah, 627 tidak diniagakan dan 33 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 6.52 bilion saham bernilai RM2.43 bilion.

Di pasaran serantau, Bursa Saham Shanghai China turun 0.17 peratus kepada 3,315.23, Indeks Straits Times Singapura naik sedikit 0.01 peratus kepada 2,596.32, Indeks Nikkei Jepun mengukuh 0.11 peratus kepada 23,275.27 dan Indeks Hang Seng Hong Kong berkurangan 0.10 peratus kepada 25,205.75.

Pasaran Asia bergerak bercampur-campur, memantau prestasi semalaman Wall Street di celah-celah data ekonomi China yang lemah dan kebimbangan mengenai penangguhan pakej rangsangan AS yang dilihat telah menghalang beberapa pelabur untuk mengambil risiko.

Di pasaran tempatan pula, seorang peniaga berkata pasaran dibuka tinggi tetapi susut selepas itu dan terus berada dalam kerugian sepanjang sesi pagi dengan aktiviti jualan menguasai urus niaga.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank susut dua sen kepada RM7.78, Public Bank jatuh 22 sen kepada RM17.58, Top Glove merosot 84 sen kepada RM24.16, Tenaga merosot lapan sen kepada RM11.08 dan Hartalega lebih rendah 36 sen kepada RM16.20.

Saham paling cergas, XOX turun empat sen kepada 21.5 sen, Sapura Energy lega setengah sen kepada 12.5 sen, Pegasus berkurangan satu sen kepada tiga sen sementara Priceworth dan Trive Property, masing-masing tidak berubah pada empat sen dan dua sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 123.53 mata kepada 11,146.12, Indeks FBM Emas Shariah kerugian 156.16 mata kepada 12,937.75 dan Indeks FBMT 100 merosot 113.25 mata kepada 10,978.27.

Indeks FBM 70 pula kerugian 232.83 mata kepada 14,168.72 dan  FBM ACE jatuh 411.70 mata kepada 9,687.30.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 124.42 mata kepada 13,264.14, Indeks Perladangan merosot 35.64 mata kepada 6,988.65 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lemah 1.40 mata kepada 138.28.

— BERNAMA

Share220ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In