• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Harga Minyak Sawit Mentah Diniagakan Antara RM3,200-RM3,700 Satu Tan Pada Mac

in Market Update
A A
CGS-CIMB Unjur Harga Dagangan CPO RM3,000-RM3,500 Satu Tan Bulan Ini

Kredit Gambar: The Malaysian Reserve

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) — CGS-CIMB Research telah mengunjurkan harga minyak sawit mentah (MSM) diniagakan antara RM3,200 dan RM3,700 satu tan metrik pada Mac 2021. 

Ini berikutan paras inventori rendah yang diunjurkan di Malaysia yang akan mengambil masa untuk dibina semula serta pemulihan bekalan minyak sawit pada suku kedua 2021 apabila keadaan cuaca kembali normal.

Firma penyelidikan itu berkata harga purata MSM meningkat 4.0 peratus bulan ke bulan dan 44 peratus tahun ke tahun kepada RM3,897 satu tan pada Februari dan ini disebabkan kebimbangan terhadap paras inventori minyak sawit dan bekalan minyak boleh dimakan dunia yang rendah.

“Kami mengekalkan penarafan ‘neutral’ ke atas perniagaan tani dengan jangkaan harga purata MSM RM2,900/RM2,700 satu tan untuk unjuran 2021/2022,” katanya dalam satu nota hari ini.

CGS-CIMB Research menganggarkan eksport minyak sawit menyusut 6.0 peratus bulan ke bulan dan 18 peratus tahun ke tahun pada Februari 2021 kepada 0.89 juta tan, didorong oleh harga jualan yang tinggi untuk MSM dan kekurangan bekalan di Malaysia.

“Data daripada juruukur kargo SGS mendedahkan eksport yang lemah ke China dan Amerika Syarikat manakala peningkatan duti import India terhadap MSM boleh menjejaskan permintaan untuk minyak sawit,” tambahnya.

Selain itu, firma penyelidikan itu berkata pengeluaran yang lemah pada Februari terjejas oleh kekurangan tenaga kerja asing dan faktor bermusim.

 Sementara itu, CGS-CIMB Research menjangkakan inventori minyak sawit Malaysia berkembang 7.6 peratus bulan ke bulan tetapi menyusut 16.2 peratus tahun ke tahun kepada 1.43 juta tan pada akhir Februari 2021 berikutan kemerosotan dalam pengeluaran berbanding eksport.

“Ini agak menyimpang daripada trend sejarah di mana stok minyak sawit biasanya menurun pada bulan Februari dengan purata 3.0 peratus bulan ke bulan sejak 10 tahun lepas.

“Ini mungkin disebabkan pencatuan permintaan oleh pengguna dan peralihan dalam penyumberan minyak sawit dari Indonesia kerana peningkatan pengeluaran minyak sawit,” katanya.

— BERNAMA

Share289ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In