• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 30, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Firma Penyelidikan Kekal Yakin Dengan Prospek Pos Malaysia

in Catalyst
A A
Pos Malaysia Perkenalkan Platfrom Insurans Dalam Talian Baharu

Kredit Gambar: NST

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) — Syarikat penyelidikan terus yakin dengan trajektori pemulihan Pos Malaysia Bhd dalam bergerak ke hadapan, didorong oleh pemangkin positif ekonomi di dalam negara dan juga global.

RHB Research kekal optimistik terhadap prospek pemulihan Pos Malaysia untuk tahun 2021, seiring dengan pembukaan semula ekonomi secara meluas, meningkatkan segmen perniagaan bukan pos serta fokus syarikat untuk memperbaiki margin.

“Melangkah masuk ke tahun 2021, fokus pengurusan ialah meningkatkan margin. Dari segi operasi, ini memerlukan usaha giat mengukuhkan perniagaan kurier, transformasi digital perniagaan runcit dan inisiatif seterusnya dalam mengurangkan kos.

“Pos Malaysia akan terus terlibat dengan kerajaan terhadap perubahan peraturan bagi menyokong kemampanan jangka panjang industri kurier,” kata firma penyelidikan itu yang turut mengekalkan saranan ‘beli’ ke atas syarikat dengan harga sasaran tidak berubah pada RM1.45.

Sementara itu, AmInvestment Bank pula mengambil sikap berhati-hati terhadap tinjauan untuk Pos Malaysia tahun ini kerana berpendapat ia memerlukan masa untuk memulihkan kerugian dan mengembalikan keyakinan berikutan penutupan pusat pemprosesan bungkusan utamanya untuk tempoh Oktober–November 2020, serta untuk operasinya kembali pulih sepenuhnya daripada pandemik.

Bagaimanapun, melangkaui 2021, ia berkata tinjauan untuk segmen penghantaran bungkusan yang mana Pos Malaysia adalah antara tiga pemain teratas di Malaysia, adalah positif, katanya dalam satu nota berasingan.

Ia menambah tinjauan positif itu disokong oleh perubahan struktur dan pilihan pengguna terhadap konsep membeli-belah dalam talian serta pembekuan lesen kurier baharu di Malaysia mulai September 2020 sehingga September 2022 bagi memastikan persaingan yang rasional dalam segmen itu.

— BERNAMA

Share254ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In