• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Tinggi Pada Awal Dagangan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 3 Mac — Bursa Malaysia meningkat pada awal dagangan Rabu, didorong oleh pemulihan momentum belian.

Pada 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 8.14 mata atau 0.52 peratus kepada 1,578.01 daripada 1,569.87 pada Selasa.

Indeks petunjuk utama itu naik 7.03 mata kepada 1,576.9 sewaktu urus niaga dibuka.

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 288 berbanding 215 manakala 302 kaunter lain tidak berubah, 1,348 tidak diniagakan dan 9 yang lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 566.29 juta unit bernilai RM243.72 juta.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan bursa tempatan akan menyaksikan dagangan yang cenderung meningkat susulan perubahan status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur yang diumumkan pada Selasa.

“Selain itu, jumlah kes harian COVID-19 telah merosot ke paras terendah setakat tahun ini. Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa sentimen negatif semalaman di Wall Street juga boleh mengekang potensi peningkatan di peringkat tempatan,” katanya dalam nota penyelidikan pada Rabu.

Malacca Securities juga menyifatkan laporan media mengenai pelonggaran sekatan perjalanan akan terus menarik pembeli terhadap saham-saham yang pulih manakala peniaga mungkin menumpukan sektor seperti pengguna, peruncitan serta pembinaan.

“Selain itu, prestasi saham-saham teknologi pula dijangka akan didorong oleh keputusan membabitkan UWC Bhd,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank menokok enam sen kepada RM8.14, Public Bank naik empat sen kepada RM4.26, TNB meraih 10 sen kepada RM10.46, CIMB menambah satu sen kepada RM4.29, Petronas Chemicals dan IHH Healthcare masing-masing tidak berubah pada RM7.53 dan RM5.50 manakala Axiata susut lima sen kepada RM3.43 dan MISC jatuh tiga sen kepada RM6.73.

Bagi saham aktif, UWC melonjak 17 sen kepada RM6.70, Parkson menokok 5.5 sen kepada 24.5 sen, Kanger International naik satu sen kepada 11.5 sen, Mestron meningkat dua sen kepada 29 sen, TFP Solutions meraih 1.5 sen kepada 22 sen, Aimflex sebaliknya berkurangan 1.5 sen kepada 30 sen, Grand-Flo merosot 7.5 sen kepada 50.5 sen dan AMMB Holdings turun 35 sen kepada RM2.81 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas naik 32.47 mata kepada 11,608.99, Indeks FBMT 100 meningkat 32.29 mata kepada 11,307.01, Indeks FBM Emas Syariah naik 31.33 mata pada 12,921.88, FBM ACE menokok 35.19 mata kepada 10,606.55 dan FBM 70 susut 55.64 mata kepada 15,480.2. 

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.35 mata kepada 184.39 manakala Indeks Perladangan menokok 20.77 mata kepada 7,160.05 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan meraih 34.62 mata kepada 15,067.45.  

— BERNAMA

Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In