• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

MIDF Investment Kekalkan Sasaran Asas Akhir 2021 Bagi FBM KLCI Pada 1,700 Mata

in Berita
A A
MIDF Investment Kekalkan Sasaran Asas Akhir 2021 Bagi FBM KLCI Pada 1,700 Mata
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) — MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF Investment) mengekalkan sasaran asas akhir 2021 yang diunjurkannya bagi FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) pada 1,700 mata.

Bank pelaburan itu menjelaskan semakan meningkat ke atas agregat pendapatan hadapan komponen FBM KLCI (di bawah liputannya) adalah hampir keseluruhannya disumbangkan oleh sektor penjagaan kesihatan manakala perladangan dilihat memberi dorongan tambahan bersifat marginal.

“Bagaimanapun sektor barangan dan perkhidmatan pengguna; kewangan; telekomunikasi dan media serta utiliti dijangka menunjukkan pertumbuhan pendapatan perlahan, manakala pendapatan sektor tenaga; perindustrian; serta pengangkutan dan logistik dijangka kekal tidak berubah.

“Susulan prestasi keseluruhan bercampur-campur, kami mengekalkan sasaran asas bagi akhir 2021 ke atas FBM KLCI pada 1,700 mata,” menurutnya dalam nota penyelidikan pada Selasa.

Bank pelaburan itu menambah agregat pendapatan yang dilaporkan oleh 30 komponen FBM KLCI telah meningkat kepada RM15.25 bilion pada suku keempat tahun kalendar 2020.

Ia merupakan pertumbuhan positif bagi prestasi suku ke suku dan tahun ke tahun masing-masing pada 14.5 peratus dan 21.4 peratus, katanya.

“Berdasarkan pelarasan, agregat pendapatan normal 30 komponen FBM KLCI pada suku keempat tahun kalendar 2020 meningkat secara berturutan pada 13.5 peratus suku ke suku dan 21.6 peratus tahun ke tahun kepada RM15.38 bilion — tertinggi sejak suku kedua tahun kalendar 2017 — didorong terutama oleh prestasi luar biasa kaunter penjagaan kesihatan (sarung tangan) yang secara kolektif mencatatkan pertumbuhan pendapatan 822.3 peratus tahun ke tahun,” menurutnya.

Bagi saham di bawah liputan MIDF, peratusan syarikat (hanya 37 peratus yang telah mengumumkan prestasi kewangan) yang mencatatkan pendapatan lebih rendah daripada jangkaan MIDF susut kepada 21 peratus pada suku keempat tahun kalendar 2020 berbanding 23 peratus pada suku sebelumnya.

Sebaliknya, peratusan yang mencatatkan kejutan peningkatan positif menokok kepada 37 peratus daripada 22 peratus bagi tempoh yang sama, jelasnya.

— BERNAMA

Share246ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In