• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Dibuka Tinggi Sedikit Pagi Ini, Disokong Oleh Minat Belian

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pada urus niaga pagi Isnin, disokong oleh kegiatan belian membabitkan kaunter berwajaran tinggi, didahului oleh Public Bank dan TNB.

Pada jam 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.94 mata  atau 0.06 peratus kepada 1,578.69 daripada 1,577.75 ketika ditutup pada petang Jumaat minggu lepas.

Indeks utama dibuka 0.95 mata lebih tinggi pada 1,578.70.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 304 berbalas 239 sementara 320 kaunter tidak berubah, 1,280 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah sebanyak 464.0 juta unit bernilai RM239.46 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd percaya sokongan daripada kegiatan membeli boleh muncul hari ini walaupun selepas FBM KLCI mempamerkan aliran menurun minggu lepas kerana sentimen pasaran cenderung untuk berubah menjadi positif, didorong oleh berita ketibaan vaksin Sinovac COVID-19 China ke Malaysia pada Sabtu lepas.

“Bagaimanapun, kami menjangkakan perkembangan politik mungkin juga boleh menjadikan pasaran bergerak tidak menentu. Dalam pada itu, trend menaik minyak sawit mentah dan minyak mentah Brent akan terus bertahan dalam jangka pendek sehingga pertengahan berdasarkan kepada momentum semasa,” katanya dalam satu nota hari ini.

Untuk fokus sektor pula, Malacca Securities terus menyarankan saham-saham yang bertemakan pemulihan seperti sektor pelancongan dan berkaitan pengguna.

“Sementara itu, kami menjangkakan peserta berkaitan pembinaan dan solar yang terlibat dalam kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) untuk segmen solar akan diniagakan lebih kukuh susulan kenyataan daripada Sultan Johor,” katanya.

Johor akan menjadi pengeluar utama tenaga mesra alam di Asia Tenggara menerusi pembukaan taman tenaga solar di Pengerang, Kota Tinggi dengan kos projek bernilai RM1.4 bilion.

Projek tersebut, yang diberi nama ‘Taman Solar Sultan Ibrahim’, akan menjadi yang terbesar seumpamanya di rantau ini dengan kapasiti 450 megawatt, menurut catatan di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Ahad.

Saham berwajaran tinggi Bursa Malaysia, Public Bank naik tujuh sen kepada RM4.23, TNB meningkat 18 sen kepada RM10.28, IHH Healthcare menambah empat sen kepada RM5.12, Maybank lebih tinggi enam sen kepada RM8.09, Hong Leong Bank tidak berubah pada RM18 dan Top Glove turun 19 sen kepada RM5.05.

Dalam kalangan saham paling cergas, Vivocom melonjak 13 sen kepada RM1.18, Nexgram dan Sapura Energy masing-masing naik setengah sen kepada lima sen dan 15 sen, sementara Bumi Armada meningkat 1.5 sen kepada 41 sen, EA Holdings tidak berubah pada empat sen dan Straits Interlogistics susut satu sen kepada 17.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 18.64 mata kepada 11,632.81, Indeks FBMT 100 mengembang 16.91 mata kepada 11,318.91 dan Indeks FBM Emas Syariah menokok 1.05 mata kepada 12,980.2.

FBM 70 meningkat 62.20 mata kepada 15,523.37 dan FBM ACE menambah 16.38 mata kepada 10,889.9.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.13 mata kepada 185.47 dan Indeks Perladangan lebih tinggi sebanyak 16.95 mata kepada 7,194.08.

Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 48.10 mata kepada 15,050.44.

— BERNAMA

Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In