• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Ini Lubuk Utama Info Lengkap Saham Yang Dipandang Sepi

in Asas Saham
A A
Ini Lubuk Utama Info Lengkap Saham Yang Dipandang Sepi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

“Korang beli saham tu ada buat kajian tak?”

“Ke korang main tekan-tekan je.”

Berdasarkan pemerhatian kami, semakin ramai individu yang berminat untuk melibatkan diri dalam pasaran saham patuh syariah.

Bagi pelabur yang masih baru, kami faham mungkin anda sebenarnya tak tahu di mana sumber yang betul untuk mencari maklumat berkaitan syarikat.

Untuk pasaran saham di Malaysia, terdapat banyak sumber yang menyediakan maklumat-maklumat berkaitan perniagaan syarikat, prestasi kewangan syarikat, berita berkaitan dan banyak lagi.

Antara sumber-sumber yang baik adalah seperti KLSE Screener, Bursa Market Place dan Malaysiastock.biz.

Nak tahu apa yang menarik?

Penggunaan laman web dan aplikasi ketiga-tiga sumber ini adalah percuma!

Ayuh baca perkongsian khas dari kami mengenai Malaysiastock.biz.

Apa Itu Malaysiastock.biz?

Malaysiastock.biz adalah sebuah laman web yang menyediakan banyak maklumat penting dan bermanfaat kepada para pelabur di Malaysia.

Segala maklumat merangkumi :-

  • harga saham
  • status patuh syariah
  • prestasi kewangan syarikat
  • dan lain – lain info berkenaan syarikat

1. Laporan Kewangan Terkini Syarikat


Sumber: malaysiastock.biz

Malaysiastock.biz memaparkan laporan kewangan terkini syarikat-syarikat yang mengumumkan prestasi kewangan syarikat.

Laporan kewangan ini amat penting buat pelabur dan juga pedagang dalam saham sebagai validasi berdokumen membuktikan syarikat itu membuat keuntungan atau menghadapi kerugian.

Sedar atau tidak, bintang yang tertera pada nombor-nombor tersebut menunjukkan yang ia merupakan rekod terbaik syarikat sejak di senaraikan. Sebagai contoh, dapat dilihat terdapat bintang pada net profit Slvest. Ia bermaksud Slvest berjaya mencatatkan keuntungan bersih tertinggi pada suku tersebut semenjak syarikat ini tersenarai di Bursa Malaysia

2. Berita Dividen Terkini

Sumber: malaysiastock.biz

Terdapat pelabur yang melabur dengan tujuan untuk mendapatkan dividen. Jika anda salah seorang daripadanya, anda mungkin sedang mencari laman web yang ada memberikan data dan informasi tersebut.

Jawapannya mudah. Kenapa tidak layari sahaja malaysiastock.biz?

Rujukan dari malaysiastock.biz dijamin sahih dan berkualiti.

Setiap kali sesebuah syarikat mengumumkan pemberian dividen, nama saham syarikat tersebut akan dipaparkan di portal malaysiastock.biz.

Maklumat tersebut lengkap dengan info penting seperti  :-

  • Ex-Date
  • Entitlement Date
  • Payment Date
  • Entitlement Type
  • Dividend (Cent)

3. Pergerakan Harga Saham

Malaysiastock.biz memaparkan harga semasa saham termasuklah dengan harga belian dan jualan semasa. Di samping itu, bilangan queue pada buy queue dan sell queue turut disediakan.

4. Maklumat Syarikat

Anda tak perlu bersusah payah mencari laman web syarikat kerana di sini kita boleh terus klik pada link untuk ke laman web syarikat.

Status syariah saham syarikat juga di kongsikan maka kita tidak perlu risau sekiranya saham tersebut patuh syariah ataupun tidak.

Maklumat penting yang lain dan boleh diperoleh adalah sektor dan juga sub-sektor syarikat.

Contoh terdekat adalah ARB Berhad yang secara umumnya adalah di bawah sektor teknologi. Perniagaan yang dijalankan ARB Berhad secara spesifiknya berkaitan rapat dengan perisian.

5. Perubahan Pemilikan Syarikat

Kenapa maklumat ini penting? Ia adalah kerana supaya kita tahu sekiranya terdapat kemasukan jerung-jerung seperti para institusi.

Sudah tentu berita baik sekiranya terdapat pelabur institusi yang masuk ke dalam sesebuah saham.

Maklumat ini juga penting kerana kita boleh melihat keluar masuk pemegang utama saham dalam syarikat.

Sekiranya pemegang utama saham syarikat menjual pegangan mereka secara besar-besaran, sudah tentu kita menjangkakan sesuatu yang kurang elok bakal terjadi.

Dan pemilik syarikat sudah pasti tahu lebih dalam keadaan syarikatnya sendiri.

6. 5 Magic Numbers Dalam Satu Halaman

Jika anda belum tahu apakah 5 magic numbers, 5 magic numbers adalah 5 nombor yang para pelabur gunakan untuk menilai sesebuah saham syarikat.

Maklumat kewangan tersebut adalah Earnings Per Share (EPS), Price Earnings Ratio (PE), Return on Equity (ROE), Dividend Yield (%) dan Net Tangible Asset (NTA).

Semuanya boleh didapati di malaysiastock.biz dalam satu halaman sahaja. Jadi anda tidak perlu pergi ke beberapa laman web untuk mengumpul maklumat-maklumat ini.

7. Sejarah Laporan Kewangan Syarikat

Dalam malaysiastock.biz anda bukan sahaja boleh mengkaji prestasi kewangan suku tahunan terkini syarikat tetapi anda juga boleh mengkaji prestasi lalu syarikat tersebut.

Daripada situ, anda akan tahu sekiranya syarikat tersebut ada membuat peningkatan ataupun tidak.

Sekiranya terdapat bintang pada revenue dan net profit, ia merupakan rekod tertinggi yang pernah direkodkan syarikat tersebut.

Tahukah anda apa impaknya?

Pelabur akan melihatnya sebagai sesuatu yang positif kerana pelabur beranggapan bahawa syarikat sedang berkembang dengan baik lalu berjaya membuat keuntungan demi keuntungan.

8. Berita Terkini Berkaitan Saham Syarikat

Di bahagian sebelah kanan, anda boleh membaca berita-berita terkini mengenai saham syarikat tersebut.

Sudah tentu anda tidak mahu terlepas berita yang menarik mengenai sesebuah saham betul tak?

9. Stock Screener

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa malaysiastock.biz mempunyai stock screener yang memudahkan kita untuk menyaring saham yang baik menggunakan kriteria-kriteria seperti 5 magic numbers.

Proses mencari saham yang berkualiti dengan stock screener ini menjadi lebih efisien.

Jadi, anda tidak perlu bersusah payah mengkaji kesemua saham di Bursa Malaysia satu persatu.

10. Menyaring Saham Yang Membuat Kenaikan Pendapatan & Keuntungan 3 Tahun Berturut-Turut

Saham yang baik adalah saham syarikat yang terus membuat keuntungan. Betul tak?

Sudah tentu kita tidak mahu melabur wang kita ke dalam syarikat yang rugi teruk. Silap-silap jika syarikat tersebut lingkup, kita sekali juga akan lingkup.

Tahukah anda, kita boleh mencari syarikat yang membuat peningkatan dari segi pendapatan dan juga keuntungan bersihnya untuk 3 tahun berturut-turut di malaysiastock.biz?

Syarikat yang berjaya membuat keuntungan 3 tahun berturut-turut dan bertahan ketika kelembapan ekonomi dan krisis kesihatan melanda, sudah tentu merupakan sebuah syarikat yang mempunyai pengurusan yang baik, model perniagaan yang kalis pandemik serta servis dan produk yang baik.

Penafian: Kesemua nama saham yang tertera di dalam artikel ini bukan satu saranan belian. Penulis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang keputusan pembaca dalam membeli dan menjual saham. Sebaiknya pembaca membuat kajian sendiri sebelum membuat sebarang keputusan.

Kalau rasa banyak benda belum faham, jangan risau. Jika anda “ZERO” dan belum berani nak terlibat dalam dunia pelabran saham, baca buku ini dahulu.

Kami yakin buku ini dapat membantu.

Jika anda juga ingin belajar asas pelaburan saham, anda digalakkan untuk membeli buku ini sebagai rujukan utama.

Buku ini sesuai untuk semua lapisan umur, dan jenis pekerjaan kerana gaya penulisan yang santai disulami dengan infografik berwarna untuk memudahkan anda membuat gambaran secara visual akan saham.

Dapatkan buku ini sekarang!

Klik BELI BUKU MALAYSIA MELABUR SAHAM

Share1868ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

10 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

10 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In