• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih Suku Keempat Hengyuan Melonjak Hampir Lapan Kali Ganda Kepada RM171.52 Juta

in Catalyst
A A
Keuntungan Bersih Suku Keempat Hengyuan Melonjak Hampir Lapan Kali Ganda Kepada RM171.52 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) – Keuntungan bersih Hengyuan Refining Company Bhd pada suku keempat berakhir 31 Dis, 2020 melonjak hampir lapan kali ganda kepada RM171.52 juta daripada RM21.56 juta setahun sebelumnya.

Bagaimanapun, perolehan berkurangan kepada RM1.82 bilion daripada RM3.14 bilion, sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, ia berkata perolehan bagi suku keempat 2020 lebih rendah berbanding tempoh yang sama pada 2019 berikutan harga produk minyak pasaran menyusut sebanyak 33 peratus bagi kedua-dua tempoh perbandingan itu.

“Jumlah jualan bagi suku semasa dan tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020 juga lebih rendah, masing-masing kepada sembilan juta tong dan 35.1 juta tong, berbanding 10.2 juta tong dan 41.9 juta tong dalam tempoh perbandingan itu.

“Ini berikutan penurunan permintaan tempatan terhadap produk minyak susulan pelaksanaan pelbagai fasa Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan sejak pertengahan Mac 2020,” katanya.

Mengenai prospek, syarikat itu berkata kemajuan terbaharu dalam pembangunan dan pengedaran vaksin COVID-19 telah memberi harapan kepada pertumbuhan permintaan untuk produk minyak di peringkat global.

Bagaimanapun, Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum menjangkakan permintaan pasaran terus perlahan sepanjang tahun 2021, dan penggunaan minyak tidak dijangka kembali ke paras pra-pandemik sehingga 2022.

Walaupun cabaran di sekeliling industri minyak kekal tidak dapat dikawal, syarikat akan terus memberi tumpuan kepada kecekapan operasi, kualiti produk, lindung nilai hidrokarbon, dan pengurusan risiko kewangan dalam mengoptimumkan prestasi syarikat.

– BERNAMA

Share268ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In