• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 30, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

TM Terima Saranan Positif Daripada Penganalisis Berikutan Keputusan Tahun Kewangan 2020 Kukuh

in Catalyst
A A
TM Lepasi Sasaran Pelaksanaan Infrastruktur Jalur Lebar Jendela 2020

Kredit Gambar: The Edge Market

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) — Penganalisis mengekalkan saranan positif terhadap Telekom Malaysia Bhd (TM) selepas syarikat telekomunikasi bersepadu itu mencatatkan keputusan yang kukuh untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020.

TM, dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Rabu, berkata keuntungan bersihnya untuk tahun kewangan tersebut meningkat kepada RM1.02 bilion berbanding RM632.68 juta pada tahun kewangan 2019.

Pada suku keempat tahun kewangan 2020, keuntungan bersih dicatatkan sebanyak RM259.4 juta daripada kerugian bersih sebanyak RM51.1 juta pada suku tahun sama sebelum ini, berikutan kos operasi yang rendah dan keuntungan lain.

Kenanga Research, dalam nota pada Khamis, meningkatkan saranan syarikat kepada “mengatasi pasaran” daripada “prestasi pasaran” dengan harga sasaran aliran tunai diskaun yang tidak berubah (DCF-TP) sebanyak RM6.85.

“Kami melihat pembetulan harga saham baru-baru ini sebagai tempoh yang tepat untuk meningkat, berikutan usaha berterusan TM untuk mencatatkan keuntungan, selain pendedahannya kepada jalur lebar gentian, 5G, perkhidmatan awan dan pusat data, memberikan peluang kepada pertumbuhan.” kata penganalisisnya, Clement Chua.

Sementara itu, RHB Research mengekalkan saranan “beli” ke atas TM dengan TP daripada DCF lebih tinggi sebanyak RM7.30 daripada RM7.20.

Penganalisisnya, Jeffrey Tan menjangka pertumbuhan yang lebih kukuh dalam internet dan data atau pendapatan borong akan berterusan, didorong oleh langganan gentian yang lebih tinggi dan sasaran di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), pengawasan kos yang tinggi dan peningkatan produktiviti. 

“TM adalah penerima manfaat utama rangka tindakan MyDigital dengan permintaan ‘fibre backhaul’ yang meningkat, dengan status penyedia perkhidmatan awan domestiknya,” katanya.

Maybank Investment Bank Bhd turut mengekalkan saranan “beli” ke atas TM dengan TP lebih tinggi sebanyak 7.40 daripada RM5.50 sebelum ini.

“Dengan TM menjadi penerima manfaat kepada bekerja dari rumah dan penggunaan 5G, kami melihat ruang untuk penilaian berkembang,” kata penganalisisnya, Tan Chi Wei.

Pada 10.02 pagi, saham TM naik satu sen kepada RM6.24 dengan 1.13 juta saham diniagakan.

— BERNAMA

Share232ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In