• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Kekal Dalam Zon Positif Pada Sesi Dagangan Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) — Bursa Malaysia kekal positif pada sesi dagangan tengah hari dengan sektor yang pasti mencatatkan pendapatan tinggi terus menjadi tarikan.

Bagaimanapun, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut daripada keuntungan awal, mengakhiri sesi dagangan awal hari ini di bawah paras 1,570 berikutan kegiatan penjualan besar-besaran membabitkan kaunter berrwajaran tinggi sarung tangan getah telah menjejaskan prestasi indeks utama.

Pada waktu rehat, indeks penanda aras FBM KLCI ialah pada 1,569.67, meningkat  4.62 mata atau 0.30 peratus daripada 1,565.05 ketika ditutup pada petang Selasa.

Pada pembukaan pagi ini, indeks utama bergerak tinggi sebanyak 5.96 mata kepada 1,571.01 dan berlegar antara 1,581.55 dan 1,569.06 sepanjang sesi pagi.

Pergerakan harga di pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 705 berbalas 431 manakala 418 kaunter tidak berubah, 644 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 7.40 bilion unit bernilai RM3.46 bilion.

Daripada 30 kaunter di FBM KLCI, Petronas Chemicals naik 23 sen kepada RM7.73, Maybank mengukuh sembilan sen kepada RM7.98 sementara Press Metal Aluminium lebih tinggi sebanyak 19 sen pada RM8.91.

Didorong oleh berita ketibaan kumpulan kedua vaksin Pfizer-BioNTech ke Malaysia lewat hari ini, para pelabur mula mengurangkan pegangan mereka dalam kaunter berwajaran tinggi penjagaan kesihatan, terutamanya kaunter sarung tangan getah kerana mereka menjangkakan permintaan untuk sarung tangan getah akan menyusut berikutan pelancaran vaksin COVID-19.

Top Glove turun 33 sen kepada RM5.34, Hartalega menyusut 56 sen kepada RM10.50, Supermax lebih rendah sebanyak 37 sen kepada RM5.08 sementara IHH tidak berubah pada RM5.09.

Tiga kaunter sarung tangan iaitu Top Glove, Hartalega dan Supermax turut mendominasi senarai teratas kaunter paling kerugian di bursa tempatan.

Kaunter paling untung didahului oleh Nestle, melonjak RM1.00 menjadi RM136.30, diikuti oleh Euro Holdings yang menokok 40 sen kepada RM4.30 dan Time Dotcom meningkat 28 sen kepada RM14.28.

Antara kaunter paling cergas pula, XOX dan warannya masing-masing naik setengah sen kepada 9.5 sen dan 2.5 sen, Metronic Global menambah satu sen kepada 11.5 sen dan warannya 1.5 sen lebih kukuh kepada 6.5 sen sementara Techna-X turun dua sen kepada 17 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas memperoleh 9.88 mata kepada 11,560.69, Indeks FBMT 100 meningkat 17.38 mata kepada 11,246.21 tetapi Indeks FBM Emas Syariah merosot 30.82 mata kepada 12,947.68.

FBM 70 kehilangan 36.42 mata kepada 15,393.06 dan FBM ACE lemah 72.42 mata kepada 11,036.93.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 120.72 mata kepada 14,817.54, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 2.51 mata kepada 183.09 dan Indeks Perladangan meningkat 39.38 mata kepada 7,182.56.

Indeks Penjagaan Kesihatan merosot 111.69 mata kepada 3,266.46.

– BERNAMA

Share230ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In